Wednesday, June 30, 2021

24 tahun rahsiakan keislaman takut disisih keluarga

 

PAYA BESAR: Selama 24 tahun Saiful Nizam Manivanan merahsiakan keislamannya kerana takut disisihkan keluarga dan pelbagai cabaran yang diharungi cabaran dalam mengamalkan kehidupan sebagai Muslim.

Beliau yang nama sebenarnya Manivanan Munusamy memeluk Islam pada 16 Oktober 1996, namun tekanan emosi dialami itu terubat apabila pemakluman keislamannya diterima ibunya yang juga terus memeluk Islam tahun lepas.

Saiful Nizam yang tinggal di Taman Tas, Kuantan bersama ibu dan tiga anaknya itu pernah berkahwin dengan Orang Asal berketurunan Cina dikurniakan 4 empat orang cahaya mata dan tiga daripadanya di bawah jagaannya.

Prihatin terhadap nasib muallaf ini, ADUN Panching, Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya telah mengadakan ziarah mahabah kepada keluarga Saiful Nizam baru-baru ini.

Mohd Tarmizi yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Paya Besar telah mengadakan beberapa siri bantuan terhadap golongan muallaf ini sejak mula menjadi ADUN Panching dari tahun 2018 lagi.

Menurutnya siri-siri bantuan ini bukan sahaja dalam bentuk keperluan harian sahaja, malah sumbangan wang ringgit juga disumbangkan dalam membantu keperluan harian dan persekolahan keluarga ini.

“Bantuan yang kita berikan kepada mereka ini dalam berbentuk keperluan barangan dan juga bantuan kewangan bagi meringankan beban mereka,” ujarnya yang hadir mengagihkan sumbangan.

Saiful Nizam dalam wawancaranya menyatakan Ustaz Tarmizi banyak membantu keluarganya sejak menjadi ADUN Panching dari tahun 2018 sehingga sekarang.

Lebih-lebih lagi katanya, apabila beliau kehilangan punca pendapatan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan tahun lepas.

“Saya dan keluarga banyak terhutang budi dengan YB Ustaz Tarmizi yang banyak membantu keluarga kami.

“YB bukan sahaja memberi barangan keperluan harian malah memberi sumbangan wang ringgit dalam meringan beban kami sekeluarga,” ujarnya yang juga penerima bantuan OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Saiful Nizam menambah beliau dan keluarganya dalam proses mendaftarkan keluarganya dengan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Pahang dalam mendalami ilmu Islam yang sepenuhnya.

Para penyumbang yang ingin menyumbang kepada golongan yang memerlukan termasuk golongan muallaf di sini boleh salurkan ke akaun Bank Muamalat 06010004266719 atas nama Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Panching dan hubungi 016-2640 448 untuk sebarang pertanyaan.

Para dermawan juga terus menyumbang ke akaun Maybank 106221018549 atas nama Manivanan A/L M Munusamy dan hubungi 010-546 5267 untuk sumbangan terus kepada Manivanan. – HARAKAHDAILY 27/6/2021

1 comment:

  1. Tahniah pas. Tak perlu cakap banyak, janji buat kerja. Jangan jadi macam liberal. Banyak cakap, banyak fitnah.
    Sejak pn, walaupun covid ekonomi masih mampu bertahan. Tak perlu buat pinjaman.
    Masa awal covid, atok ngan eng guan sebuk buat pinjaman luar negara.

    ReplyDelete