Bekas penyokong Azmin nafi ditawarkan untuk tukar sokongan
Hariz Mohd
Dakwaan ada gerakan pihak tertentu sedang cuba mendapatkan perakuan berkanun (SD) daripada ahli-ahli parlimen untuk jawatan dalam kerajaan pusat dilihat sedikit sebanyak menganggu gugat PKR.
Ada kecurigaan timbul di kalangan ahli parti itu tentang kemungkinan beberapa ahli mereka akan melompat.
Di saat "luka" akibat konflik dalaman PKR belum pulih sepenuhnya, kalangan yang berpihak kepada presiden parti, Anwar Ibrahim mendakwa yang ahli parlimen yang setia kepada bekas timbalan presiden, Mohamad Azmin Ali disyaki sebahagian daripada usaha itu.
Bagaimanapun, anggota Parlimen yang dikhabarkan telah didekati untuk mendapatkan sokongan mereka, telah menafikan dakwaan itu. Menurut sumber dalam parti, mereka percaya antara wakil rakyat yang cuba didekati adalah Ahli Parlimen Sungai Buloh Sivarasa Rasiah dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah.
Mereka sebelum ini dikenali sebagai penyokong Azmin ketika dia masih dalam parti itu. "Saya dengar kedua-dua anggota Parlimen itu didekati oleh geng (lama) mereka," kata seorang sumber.
Seorang ahli Parlimen yang dikenali sebagai penyokong setia Anwar turut mengatakan perkara sama, ketika ditanya jika dia ada mendengar bekas sekutu Azmin dalam PKR ditawarkan untuk meninggalkan parti itu.
"Saya belum dapatkan pengesahan mengenai hal ini, tetapi secara teorinya, mereka yang akan jadi sasaran," katanya yang juga pemimpin PKR.
Bagaimanapun, dia yakin tidak mudah bagi mereka yang mencari sokongan untuk mendapatkan SD dari ahli Parlimen PKR. Menurutnya, ada yang telah didekati sebelum ini tetapi mereka tetap setia dan memaklumkan perkara itu kepada parti.
Maria dan Sivarasa adalah sebahagian daripada kem Azmin ketika pemilihan PKR 2018. Ramai calon daripada kem itu menang dan mendapat tempat dalam kepimpinan PKR.
Malaysiakini telah menghubungi dengan Sivarasa dan Maria susulan khabar angin itu. Kedua-duanya menafikan ada hasrat untuk meninggalkan PKR. Sivarasa juga berkata dia belum didekati oleh sesiapa dalam dakwaan langkah politik terbaru ini.
"Saya sangat terkejut mendengar nama saya disebut. Sebagai makluman, tidak ada yang menghubungi saya mengenai pembelian MP ini.
"Kali terakhir saya didekati adalah pada Februari tahun lalu, ketika saya ditawarkan untuk meninggalkan PKR. Tetapi saya menolaknya dan sejak itu, tidaada orang lain yang datang kepada saya untuk membuat tawaran seperti itu lagi," katanya kepada Malaysiakini.
Sivarasa menegaskan pendiriannya "sangat jelas" dan mahu mereka yang masih tertanya-tanya agar memahami yang dia akan sentiasa bersama PKR dan PH.
"Sekiranya saya ingin melompat, saya pasti telah melakukannya dulu," katanya lagi.
Sivarasa juga berkata dia memilih Anwar ketika semua anggota Parlimen dipanggil ke Istana Negara pada Februari tahun lalu. Sementara itu, Maria berkata dia merasa kesal apabila kesetiaannya kepada PKR masih dipersoalkan.
"Tidak. Saya tidak akan melakukan tindakan seperti itu kerana keutamaan saya adalah menangani wabak ini, ”katanya ringkas kepada Malaysiakini.
Seorang lagi wakil rakyat yang disebut sebagai mungkin menjadi sasaran adalah Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran. Bagaimanapun, Prabakaran ketika dihubungi menafikan ada pihak yang cuba mendekatinya untuk mendapatkan SD.
"Tiada yang dekati saya. Sekiranya ada yang melakukannya selepas ini, saya akan maklumkan kepada anda," katanya.
Pada Khamis lalu, PKR mendakwa ada gerakan pihak tertentu sedang cuba mendapatkan perakuan berkanun (SD) daripada ahli-ahli parlimen untuk mendapat jawatan dalam kerajaan pusat.
Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata pihaknya dimaklumkan gerakan itu dilakukan oleh beberapa ahli parlimen yang tidak memegang jawatan utama dalam parti, dan untuk mendapatkan jawatan dalam kerajaan Persekutuan. at 6/12/2021 11:30:00 (KERENGGA)
4 comments:
Tindakan yg dialu-alukan. Keluarlah dari kandang babi, supaya dapat hirup udara bersih. Yg tinggal dlm ph bergelumang dgn najis liberal dan avengalist. Lgbt pun dah jadi normal dlm ph. Kitab suci mereka manifesto yg direka penuh dgn agenda kencing rakyat.
tak cukup bang cakap mcm tu bg kaw2 sikit kat ph. takat ayat tu je tu telur ada tak haul. bg ayat power kt mcm azwan ali cakap XXXXXX mak ko.
Musuh utama skrang kekang liberal. Dulu liberalnya tak begitu nyata sekarang sangat jelas. Liberal sedang kumpul duit utk disumbangkan penghina YDPA.
Dunia dah terbalik. Yg eloknya ajak guna bahasa yg baik, bukan ajak guna bahasa lucah. Bab bahasa pun dah tak boleh urus, macam mana nak urus negara jadi baik.
Post a Comment