AKAN ku sambung lagi kisah lelaki beristeri 38 orang. Tetapi menarik lagi kisah ini. Seorang ulamak Islam bernama Syech H Muhammad Yusuf Saigon. Beliau berkahwin sebanyak 40 kali.
Dari ulama inilah lahirnya Tuan Guru Haji Ahmad bin Tuan Hussein, ulama Islam yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Pertama Malaya 1955 sebelum merdeka dulu.
Semasa saya menulis catatan perjalanan ini 25 Feb 2012 (Pontianak Id) ini..
Masa itu, pada saya masih belum jelas lagi sahkah beliau yang menang PRU Pertama 1955 itu. Maka kini saya jelaskan.
Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein.
Itukah ulama Islam yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Pertama Malaya 1955 sebelum merdeka. Beliau menang menjadi Ahli Parlimen Pertama dari PAS atau Parti Islam Se Malaya, merebut 1 dari 52 kerusi Parlimen. Beliau, dikatakan menang adalah atas sokongan mayarakat Banjar sekitar tempat beliau bertanding.
Waktu itu, PAS terus terjun mengharungi pilihan raya dengan merebut 11 dari 52 kerusi parlimen yang dipertandingkan. Iaitu satu di Pulau Pinang, Pahang dan Kedah. Dua di Selangor, tiga di Kelantan dan Perak.
Calon PAS yang bertanding ialah Haji Zabidi Ali (Wellesley South atau Seberang Perai Selatan), Hassan Adli (Teluk Anson), Abdul Wahab Nor (Dinding), Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin (Krian), Zulkifli Mohamed (Selangor Tengah), Othman Abdullah (Kuala Selangor), Mohd Yassin Salleh (Semantan), Tuan Guru Haji Mokhtar Ahmad (Pasir Mas), Mohd Asri Muda (Kelantan Timor), Haji Nor Yusof (Kelantan Selatan) dan Mohd Salleh Shafie (Kedah Selatan).
PAS cuma dapat satu kerusi parlimen atau pada waktu itu disebut Dewan Perundangan Persekutuan sahaja, iaitu di kawasan Kerian Perak, melalui calonnya Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin. (Juga satu lagi kerusi Perbandaran, atau Dewan Undangan Negeri Perak, di Parit Buntar atau dalam daerah Kerian. Calonnya yang menang ialah Encik Ahmad Kamal dari Kawasan Kerian Laut.)
Allahyarham Sohibul Fadhilah Tuan Guru Haji Ahmad yang menurut sumber Banjar Pontianak ini pernah berkata mengenai ayahnya, “Prinsip Tuan Hussein membangunkan pondok ialah untuk mengembangkan ajaran Islam dan memudahkan bagi orang yang ingin mempelajarinya..."
Ertinya, perjuangannya ialah melanjutkan perjuangan ayahnya, yang juga sama dengan perjuangan Syech H Muhammad Yusuf Saigon, iaitu perjuangan menegakkan agama Islam. Itulah juga yang diperjuangkan oleh PAS pada masa itu.
Akhir kalam!
Sangat penting dan terima kasih kepada
pencatat oleh حمزا عبدالرحمن الشطاري di 5:29 PG
(anwarwajidi -Selasa, 26 Mei 2009) yang kami angkat dari blog beliau.
Tulis beliau..
Alhamdulillah pencarian aku selama in mengenai sejarah Tuan Guru Haji Ahmad Bin Tuan Hussein terhasil dari sokongan yang diberikan oleh Tuan Haji Omar Kampong , Jelatang, Gurun, Kedah. Untuk maklumat ramai, Tuan Haji Omar memiliki sejarah Tuan Hussein dan salasilah keturunannya yang dituliskannya sendiri bermula semasa menjadi Imam Masjd Perwaja, Gurun.
Pagi tadi semasa aku mengunjunginya dan bertanyakan berkenaan Tuan Hussein beliau telah menunjukkan tulisannya berupa makalah2 yang berkaitan keturunannya yang bersanad dengan anak Tuan Hussein iaitu Tuan Guru Haji Ahmad yang berkahwin dengan kakak kepada bonda Haji Omar.
Lalu dipinjamkannya aku risalah Kenangan Cenderamata 50 tahun Madrasah Al-Khariah Islamiyyah, Pokok Sena, Seberang Perai, Pulau Pinang. Inilah terjemahan aku dari risalah bertulisan jawi itu.
Pengenalan
Nama Tuan Guru yang sebenarnya ialah Nikmatullah Ahmad Bin Tuan Hussein. Nama ini telah diberi oleh ayahandanya Tuan Hussein Nasir waktu ia dilahirkan. Tetapi nama yang tersebut itu tidak digunakan dalam surat-menyurat.
Sebabpun Tuan Guru ini diberikan nama Nikmatullah Ahmad kerana anak2 Tuan Hussein yang pertama hingga kelapan (8) orang semuanya meninggal dunia di dalam lingkungan umur tiga (3) tahun sahaja. Oleh sebab itu Tuan Hussein telah berdoa kepada Allah swt supaya dipanjangkan umur anak2nya yang akan datang. Tidak lama kemudian Tuan Hussein dikurniakan anak yang kesembilan (9) seorang perempuan yang bernama Maryam. Anak ini hidup dengan sempurna.
Selepas kelahiran Maryam, Tuan Hussein berdoa lagi kepada Allah swt supaya anaknya yang mendatang seorang lelaki. Tidalk lama kemudian lahirlah seorang bayi lelaki pada 17 Jun 1906 bersamaan 25 Rabiul Akhir 1324 disebuah kampung bernama Bohol, mukim Titi Gajah, daerah Alor Setar, Kedah. Oleh kerana doanya dimakbulkan Allah swt dinamakannya Nimatullah Ahmad. Selepas kelahiran Tuan Guru ini Tuan Hussein dikurniakan seorang lagi anak lelaki tetapi meninggal dunia kerana tu tidak cukup bulan. Jumlah semuanya sebelas (11) orang.
Pendidikan awal
Haji Ahmad Tuan Hussein diawasi, dijaga, dididik serta diajar oleh bapanya sendiri Tuan Hussein sehingga berumur 6 tahun. Pada tahun 1332H bersamaan 1914M Haji Ahmad telah belajar di sekolah melayu Chowrasta, Pulau Pinang, tinggal di rumah sepupu bapanya di Armenian Street. Sebab2 pun Haji Ahmad dihantar ke Pulai Pinang oleh kerana bapanya telah berpindah ke Bagan Ulu, Pantai Merdeka, Kedah dan tidak ada sekolah Melayu di sekitar itu kecuali di Kota Kuala Muda yang jauhnya 6 batu.
Pendidkan Agama
Setelah 4 tahun di Pulau Pinang dan tamat bersekolah rendah beliau kembali ke Bagan Ulu pada tahun 1330H mempelajari ilmu2 agama dan bahasa Arab kepada bapanya sendiri selama 6 tahun. (Tapak pondok tempat haji Ahmad belajar ialah tapak surau Pantai Merdeka sekarang).
Perpindahan
Setelah 7 tahun di Bagan Ulu keluarga Haji Ahmad berpindah ke Sg. Limau, Yan, Kedah kerana bapanya membeli sawah bendang untuk dikerjakan. Disana Haji Ahmad bekerja sambil menambahkan lagi palajaran agama dan bahasa Arabnya secara sambilan. Tidak lama kemudian selepas menyedari tidak sempurna belajar secara sambilan dia berhasrat menyambung pelajaran di Mekah. Tuan Hussein bersetuju tapi dengan syarat anaknya sendiri mesti mengumpul wang dengan mengerjakan sawah padi selama 3 musim dengan tujuan anaknya merasai sendiri susah payah dan penghasilan sendiri itu adalah berkat. Haji Ahmad bersetuju dan diusahakan sendiri pekerjaan bersawah itu. Hanya setahun sudah mencukupi perbelanjaan dan tambang ke Tanah Suci.
Pada tahun 1923M bersamaan 1342H Haji Ahmad berangkat ke Tanah Suci (tambang pergi balik ke Mekah masa itu cuma RM80) dengan tujuan menyambung pelajaran agama dan bahasa Arab. Masa itu Haji Ahmad berumur 18 tahun. Disana Haji Ahmad belajar selama 4 tahun iaitu mempelajari undang2 Islam 4 mazhab, nahu dan bahasa Arab, Bayan, bidang ma’ani, hadith dan tafsir Antara gurunya di Mekah ialah Syeikh Umar Hamdan, Syeikh Umar Badjenid, Sayyid Amin Latif, Syeikh Ahmad Arabi, Syeikh Ammad Sembawa, Syeikh Ibrahim Al-Fathani,, Syeikh Ibrahim Jibri dan Syeikh Ahwidth (ilmu falak saja).
Perkahwinan
Pada tahun 1927M Haji Ahmad kembali ke Malaya dan mula menyampaikan pelajaran2nya di Kedah. Beliau berpindah ke Pokok Sena, Kepala Batas, Seberang Perai pada tahun 1930 selepas berlaku peristiwa hitam ke atas ayahandanya. Disana Tuan Hussein mendirikan pondok dan sebuah sekolah agama yang kekal hingga sekarang dengan nama Madrasah Khairyyah Islamiyyah. Tidak lama kemudian Tuan Hussein meninggal dunia.
Tuan Guru Haji Ahmad kembali semula ke Mekah menyambung pelajarannya dan selepas itu beliau balik Ke Malaya menyambung mengajar di madrasah ayahnya sebagai mudir di situ. Sebelum ayahnya meninggal dunia Haji Ahmad telah berkahwin dengan Hajjah Sofiah Binti Haji Ideris pada 6 Rabiul awal 1344H bersamaan 23 Oktober 1925M dan dikuriniakan 16 orang anak dua (2) daripadanya meninggal dunia. Anaknya yang sulong Haji Ali mengambil alih tugas allahyarham Haji Ahmad.
Jawatan2 yang dipegang
1- Tahun 1950 dilantik menjadi ahli majlis mesyuarat penasihat Islam Negeri Pulau Pinang sehingga majlis itu dibubarkan
2- Tahun 1955 menjadi wakil rakyat di Dewan Undangan Parlimen Kawasan Krian, Perak mewakili PAS (Tokoh PAS pertama memenangi pilihanraya dan wakil pembangkang tunggal ketika itu. Tuan Guru Haji Ahmad menewaskan calon Perikatan Haji Sulaiman Palestin).
3- Tahun 1969 telah dilantik menjadi ahli Majlis Agama Islam Pulau Pinang.
4- Tahun 1965 hingga 1974 menjadi Qadhi Besar Negeri Pulau Pinang.
5- Tahun 1966 menjadi ahli Majlis Penasihat Raja2 Melayu Malaya.
6- Tahun 1974 dianugerahi Pingat Jaksa Pendamai (J.P)
Sahabat2 Persekolahan
1- Tuan Guru Haji Abdul Rahman Merbok (anak murid Tuan Hussein)
2- Tuan Haji Ghazali Bagan Datok
3- Tuan Haji Endut, Alur Ganu, Alor Setar
4- Tuan Haji Ismail Kelatani
5- Tuan Haji Ismail Hamzah, bekas Mufti Perak
6- Tuan Haji Abdulah Zawawi, Qadhi Kuala Kangsar
7- Tuan Haji Abdul Rahman, Qadhi Kuala Lipis
8- Tuan Haji Ahmad Maher, Mufti Kelantan
9- Tuan Haji Nik Man
10- Tuan Haji Nik Adib
11- Tuan Haji Abdul Rahman Idris
12- Tuan Syeikh Mahmud, Kulim, Kedah
13- Tuan Syeikh Nuh (Pak Noh), Kulim, Kedah
Tuan Guru Haji Ahmad meninggal dunia pada hari Sabtu jam 7.05 malam (maqhrib) di Pokok Sena, Seberang Perai bersamaan 17 Rabiul Awal 1398 dalam usia 71 tahun.
Disusun oleh Tuan Haji Ahmad Khair Taib (Bekas Qadhi Pulau Pinang)
Rujukan: Percakapan mulut :Tuan Haji Ahmad yang direkod, keterangan mulut Abdullah Haji Ahmad (anaknya), keterangan mulut sahabat2nya.
Tulisan berwarna hijau adalah tambahan yang aku dapat dari sumber lain. Saja untuk ingatan! Dicatat oleh حمزا عبدالرحمن الشطاري di 5:29 PG
(anwarwajidi -Selasa, 26 Mei 2009)
http://anwarwajidi.blogspot.com/2009/05/biodata-tuan-guru-haji-ahmad-tuan.html
1 comment:
ELOK RASA BAGI KAT PAS PULA
BAKAL PM UNTUK SEMUA NEGARA KITA
UMNO DAH LAMA HAMPEH SEGALA NYA
BANGSA JHO LOW DI KAYA RAYA NYER
JHO LOW TERSENYUM MANYAK SINANG ATI
NANG BUTINANG KUI BUTIKUI KATANYA
GUA ENJOYY KE SANA KE SANUN KE SINI
SESAMA MELAYU GADOH SMPI HABIS NYAWA
PEMIMPIN MELAYU DIBODOH JHO LOW SEADANYA
BANGSA JHO LOW TERKINJA TEPOK TANGAN SEMUA
JHO LOW BERJAYA BANGSATKAN PEMIMPIN MELAYU ULTRA
PEMIMPIN MELAYU TAK SERIK2 DI BODO BANGANG BANGSANYA
WOOIIII DAH TUA BANGKA RENTA PEMIMPIN MELAYU KENA BANGANG DENGAN SEKOR JHO LOW... MALU LAH PEMIMPIN MELAYU SEMUA KAU ORANG BERCAKARAN LONDEH MELONDEH SESAMA SENDIRI CAKAP ULTRA MELAYU ISLAMIK.
GEBANG ULTRA MELAYU MCM BABI PUN BOLE TERBANG, DNG SEKOR JHO LOW SAJA PEMIMPIN MELAYU LONDEH MELONDEH BERANTAKAN... PUIIII....!!
TAK SERIK SERIK MELAYU KENA MAIN DENGAN BANGSA JHO LOW... SEDAR LAH DIRI TU SKET
#BANGAUDAHPULANGSUARASUMBANG
Post a Comment