Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim
Indokini: Wanita Islam Boleh Berkahwin Lelaki Hindu?
"KAMU menginap di rumah kampung Hindu ini?" Tanya seorang wanita asal Bali kepadaku.
"Ya." Jawabku, sambil meneguk teh di warungnya, sederetan dengan beberapa warung, di simpang jalan menuju kampung tempatku menginap itu. "Mengapa?"
"Oh. Aku kenal dia." Katanya, yang juga hampir sebaya denganku. "Dia orang asal di sini, beragama Hindu, tetapi berkahwin dengan wanita Islam, keturunan Jawa. Punya seorang anak, sekarang sudah gadis pun!."
"Bagaimana wanita Islam boleh berkahwin dengan lelaki Hindu?" Aku tertnya-tanya.
"Oh bapak ngak tahu.. Di sini lain. Isteri kena ikut suami. Saya dulu beragama Hindu di Bali ini, saya berkahwin dengan lelaki Islam asal dari tanah Jawa. Saya ikut agama suami. Saya masuk Islam, belajar Islam, pergi masjid.. Saya sekarang jadi Islam yang baik, sembahyang, puasa, bayar zakat dan lain-lain. Juga suami saya mengajarkan agama di rumah. Anak saya ikut Islam!" Jelasnya.
Terpinga-pinga aku. Bagaimana seorang wanita Islam boleh berkahwin dengan lelaki beragama Hindu? Tidak ada ruang dalam perundangan syariat Islam boleh jadi begitu! Oh, beginikah Islam di Indonesia??
Warung sederetan dengan tempatku minum teh pagi.
Gambar di atas: Dia, bukan sahaja berkahwin dengan lelaki Hindu (hingga beroleh anak yang mengikut agama ayahnya) bahkan membuat samsu (arak yang dilarang oleh Islam) yang memabukkan untuk membantu sumber pendapatan suaminya.. Gambar diambil oleh Ibnu Hasyim, semasa tinggal beberapa hari dirumahnya.
Di sini, jalan dan lorong masuk ke kampung itu. Bila mereka tahu aku ingin menulis mengenai masyarakat Hindu Bali, aku dijemput tinggal di sebuah rumah dalam sebuah kampung Hindu asli, di Denpasar berhampiran Bali Ngurah Rai International Airport, Indonesia.
Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com
Jan 2012
Bali, Ind.
- Restoren Pelbagai Macam. Arak, Homo, Lesbian.. siri 1
- Medan Baru, Pelacur Profesional & Bisnes Dlm Beca siri 2
- Budaya Punk: Rakyat Cabar Pemimpin Negara siri 3
- Tolong! Tolong! Bagaimana Menolong Dia.., siri 4
- Rompak Bentuk Baru, M'sia Negara Perompak?, siri 5
- Antara AS & Arab, Apa Kayanya Indo? siri 6
- Selingan Video KPoP versi Jawa, 'Pinter Ngaji' siri 7
- Indo Pelopor Negara Muslim, Syiah Masuk Indo? siri 8
- Islam, Timor Leste & Aku siri 9
- Pemisahan T/Leste Sama Pemisahan S'pura-M'sia? siri 10
- Sejarah & Operasi Seroja T/Leste, Siapa Untung? siri 11
- Haji Alfonso, Bukti Timor Leste Terima Islam.. siri 12
- Timor Leste: 247 Muslim Diusir Keluar Negaranya siri 13
- Perjuangan Islam T/Leste Bagai Kucing Ini.. siri 14
- Mengapa Anak Timor Leste Ini Pilih Islam? siri 15
- Jalan Darat Dari Dili T/Leste Ke Kupang Indonesia siri 16
- Di Sebuah Kampung Hindu Bali.. 'Potong Gigi' siri 17
- Bali: Wanita Islam Boleh Berkahwin Lelaki Hindu? siri 18
- Geng Bali Nine, Scott Rush Pilih Islam Di Penjara.... siri 19
- Bom Bali, Mengapa T/Kasih Kpd Pengebomnya? siri 20
- ... Sambungan Bom Bali, Apa Hukum Ikut Syarak? siri 21
- Islam Di Bali, Unik & Punya Dayatarik Sendiri? siri 22
- Bali: Selamat Tinggal Si Wajah Sayu.. siri 23
- Surabaya: Sura Lawan Buaya & Jambatan Merah siri 24
- Kampung Arab Surabaya, Sumbangan Kpd Indo.. siri 25
- Surabaya Lepas Senja, Rumah Berkaca... siri 26
- Inul Daratista Goyang Ngebor, Sate Kelapa, Surabaya siri 27
Bersambung.. Ikuti lanjutnya!
1 comment:
apa nak bnagga ngan cerita duka ni
terjadi dinegara umat Islam teramai didunia
puak pemerintah bukanlah golongan solih
sedihnya
tramai pun macam buih
Dan janganlah kamu nikahi wanita-wanita musyrik, sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita budak yang mukmin lebih baik dari wanita musyrik, walaupun dia menarik hatimu.
Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita mukmin) sebelum mereka beriman.
Sesungguhnya budak yang mukmin lebih baik dari orang musyrik walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke surga dan ampunan dengan izin-Nya.
Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya (perintah-perintah-Nya) kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran.
jelas gagal tegak hukum hukum Allah
patutla bala demi bala
Post a Comment