Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Kerajaan laksana pelan induk amalan bandar rendah karbon
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan Pelan Induk Bandar Rendah Karbon Negara sebagai hala tuju untuk kerajaan Pusat, negeri serta pihak berkuasa tempatan (PBT) mengamalkan amalan bandar rendah karbon.
Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata pelan induk terbabit mengguna pakai pendekatan pengukuran, pengurusan dan mitigasi dalam menyediakan kerangka umum untuk mengenal pasti, melaksana, memantau dan mengukur intervensi rendah karbon.
"Di seluruh dunia, bandar-bandar sedang meningkatkan usaha secara kolektif untuk menangani isu perubahan iklim.
"Malaysia juga adalah sebuah negara perbandaran yang paling pesat di Asia. Oleh itu, langkah ke arah pembangunan bandar lestari dapat mengurangkan permintaan dan penggunaan tenaga, di samping pengurangan pelepasan gas rumah kaca (GHG)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Global Net-Zero Action secara maya hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi Confexhub, Datuk Dr Abdul Aziz S A Kadir serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi (MIGHT), Datuk Dr Mohd Yusoff Sulaiman.
Tuan Ibrahim berkata, pelaksanaan pelan induk terbabit bukan hanya akan menurunkan pelepasan GHG, malah menyeimbangkan aspek pembangunan dan kelestarian alam di samping meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan akan melaksanakan Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030 (LCMB) di seluruh negara bagi mengurangkan pelepasan GHG dalam sektor pengangkutan.
"Melalui pelan ini, pelepasan GHG dijangka berkurang sebanyak 165 juta tan karbon dioksida setara dan penjimatan perbelanjaan bahan api sebanyak RM150 bilion untuk tempoh 10 tahun.
"Beberapa strategi utama seperti penggunaan kereta, bas dan motosikal elektrik serta mempromosikan mobiliti aktif dalam usaha mengurangkan penggunaan tenaga dan pelepasan GHG," katanya.
Katanya, Kementerian Alam Sekitar dan Air juga giat melaksanakan program kesedaran dan memupuk gaya hidup hijau supaya semua pihak dapat memainkan peranan menangani perubahan iklim ke arah pembangunan lestari yang holistik.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tinggalkan atau hukum negeri tak mahu beri kerjasma, seperti negeri yang busuk tahi babi itu..
No comments:
Post a Comment