Wednesday, June 02, 2021

Berang 15 hari tidak ‘dilayan’, lelaki tembak isteri. Mengapa?

 

1. Berang 15 hari tidak ‘dilayan’, lelaki tembak isteri dan lempar 3 anak dalam terusan.

BIHAR: Seorang lelaki di Bihar, India didakwa membunuh isterinya setelah mangsa menolak pelawaan melakukan hubungan seks dengannya. Tidak hanya itu, suspek turut melempar tiga anaknya yang masih kecil ke dalam terusan.

Menurut polis, lelaki itu menembak isterinya pada Rabu di kampung Basedi kerana “enggan berhubungan intim dengannya secara fizikal” sejak 15 hari lalu. Pappu Kumar, 37, dilapor melarikan diri setelah membunuh isterinya yang berusia 36 tahun dan anak-anak yang berusia lima, tiga, dan 15 bulan.

“Setelah membunuh isterinya, tertuduh khuatir dengan apa akan berlaku kepada anak-anaknya, jadi dia turut membunuh mereka,” lapor Times of India yang memetik kenyataan jurucakap polis.

Pappu Kumar yang bersembunyi di kawasan hutan berjaya ditangkap tidak lama kemudian.

2. Suami tembak isteri sedang tidur guna senapang angin, sumbat dalam tong


Johor Bahru: Misteri kehilangan seorang isteri yang didakwa melarikan diri dari rumah akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui secara tragis dalam sebuah tong air yang tertanam di sebuah ladang serai, di Bandar Penawar, pagi semalam.

Lebih memilukan, suaminya yang berusia 43 tahun, menjadi suspek utama yang dipercayai menembak isterinya yang berusia 38 tahun, ketika wanita berkenaan sedang tidur di kediaman mereka di Taman Saujana, Kota Tinggi.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kes berkenaan dipercayai bermotifkan cemburu, selain polis turut menemui surat tuntutan fasakh di kediaman berkenaan.

Katanya, kes ini bermula apabila jiran mangsa membuat laporan berkaitan kehilangan ibu dua anak berkenaan, Isnin lalu. Katanya, ia membawa kepada penahanan suami wanita berkenaan serta seorang lagi lelaki yang berusia 32 tahun yang juga rakan baiknya, keesokan harinya bagi membantu siasatan.

Komen Weblog  Ibnu Hasyim: Oleh itu, kembalilah kepada kehidupan beragama. Bahkan semua agama membawa penganutnya ke arah kebaikan, cuma kebaikan itu dinilai dari sudut agama masing-masing. Islam adalah suatu cara hidup berpekej lengkap, yang membawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Maklumat sedikit komen tambahan..

1 comment:

Anonymous said...

Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

2 comments:

Anonymous said...

Dap memang tidak mesra dengan rakyat malaysia. Mereka membina sekolah sendiri dan tidak menghantar anak2 ke sekolah kebangsaan. Mereka menentang islam sebagai agama rasmi negara ini. Mereka menolak jawi sebagai tulisan asal penduduk negara ini. Mereka menolak kesultanan melayu sebagai ketua negara ini. Mereka menjual produk yg mengandungi bahan tidak halal kepada orang islam. Mereka tidak bersama dalam menyokong isu palestin. Pendek kata sejak dulu dap tidak mesra dengan orang melayu dan peristiwa 13 mei adalah berpunca bila bapa eng guan mengeluarkan sepanduk menghalau orang melayu dari negara ini.

Anonymous said...

Dengan bukti2 nyata di atas, MENGAPA pemimpin2 MELAYU ISLAM kononnya, sejak 50 tahun lalu, masih TIDAK MENGHARAMKAN parti dap laknatullah itu, malah dap terus ujud hingga hari ni walhal terdapat ulama2 besar PAS dlm kerajaan Perikatan Nasional PN sekarang?

Oleh itu, memang Dayus bacul bangsat n pengkhianat sejatilah pemimpin MELAYU ISLAM sejak dulu kini dan selamanya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails