Tuesday, June 29, 2021

Buaya: Mana lebih bahaya, ini atau buaya darat?

 

PERHILITAN Terengganu menjerat buaya di lombong tinggal di Tepoh, Kuala Nerus. - Foto NSTP/ZATUL IFFAH ZOLKIPLY

   Mamat berjaya ditangkap

KUALA NERUS: Buaya jantan hampir empat meter yang menghuni lombong tinggal di Tepoh dekat sini, berjaya ditangkap hari ini.

Reptilia dianggarkan seberat 250 kilogram yang terkenal dengan panggilan Adik Mat atau Mamat itu, berjaya dikesan selepas dua tahun Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) memburunya.

Pengarah PERHILITAN Terengganu, Dr Abdul Malek Mohd Yusof, berkata kakitangan jabatan itu memasang tiga perangkap Mei lalu, selepas dimaklumkan mengenai kehadiran buaya semula reptilia berkenaan.

Beliau berkata, kaedah memasang perangkap tidak berhasil, lalu operasi menggunakan kaedah menjerat bermula pada jam 4.30 petang hari ini.

"Reptilia itu berjaya ditangkap pada jam 5.45 petang dalam operasi yang dilakukan 17 kakitangan PERHILITAN Terengganu dengan bantuan 10 anggota polis yang melakukan kawalan.

"Buaya jantan berusia lapan tahun ini akan dibawa ke Paya Indah Wetland, Selangor," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kisah Mamat pernah tular pada 2016 ketika reptilia itu hanya sepanjang satu meter ketika ditemui penduduk di kampung berkenaan sebelum sang bedal itu menghilangkan diri selama dua tahun.

Mamat muncul kembali di lombong tinggal itu pada 2019 tetapi menghilangkan diri. Pada Mei lalu, reptilia itu sekali lagi dilihat berada di kawasan berkenaan.

Buaya jantan dikenali sebagai Mamat ditangkap di lombong tinggal di Tepoh, Kuala Nerus. - Foto NSTP/ZATUL IFFAH ZOLKIPLY
Buaya jantan berusia lapan tahun itu akan dibawa ke Paya Indah Wetland, Selangor. - Foto NSTP/ZATUL IFFAH ZOLKIPLY

Selpas 5 tahun, 'Mamat' akhirnya ditangkap | Free Malaysia Today (FMT)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kilatan daun bercahaya ditiup angin dingin bergoyang-goyang, semuanya bergerak mengikut fitrah ciptaan Nya. Segala seuatu di atas muka bumi ini, semuanya begitu. Semua perbuatannya adalah berzikir mengikut perintah Allah yang Maha Pencipta dan Penentu.

Burung terbang di udara, ikan di laut, buaya di sungai, walaupun mereka memamah mangsanya, itu juga berzikir kepada Allah SWT. Cuma manusia yang diberi fikiran disuruh mengikut peraturanNya yang baik-baik saja. Buat baik, itulah fitrah manusia yang ada otak.

'Buaya darat', apakah itu lambang manusia tidak baik? Kalau ya 'tidak baik', itu merbahaya. Jadi.. manusia buaya darat, jelas lebih merbahaya dari buaya-buaya yang memerangkap mangsanya di sungai.

Itu saja. Sekian. 

Lihat siri s'purakini: 

No comments:

Post a Comment