Penyanyi, pelakon 80-an turut dipanggil polis rakam keterangan
TAPAH: Selain penyanyi terkenal, seorang lagi penyanyi dan pelakon tahun 1980-an turut dipanggil polis selepas dia turut serta dalam majlis sosial di ladang dekat Kampung Poh, Bidor, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail mengesahkan, penyanyi dan pelakon itu turut terbabit dalam majlis sosial yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika negara masih dalam pelaksanaan sekatan pergerakan penuh ketika ini.
Katanya, penyanyi dan pelakon berkenaan sudah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah pagi tadi untuk memberi keterangan lanjut berhubung kejadian terbabit.
"Bukan setakat penyanyi terkenal itu saja, malah seorang lagi selebriti iaitu penyanyi dan pelakon era 1980-an turut serta dalam majlis sosial yang melanggar SOP itu dan gambar mengenainya tular di media sosial," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Semalam, akhbar ini melaporkan polis akan memanggil beberapa individu termasuk penyanyi terkenal kerana menyertai majlis sosial dipercayai berlaku di sebuah ladang dekat Kampung Poh, Bidor, baru-baru ini.
Ia susulan penularan gambar majlis sosial itu di Facebook (FB) kira-kira jam 2 petang semalam.
Majlis berkenaan membabitkan selebriti tempatan dan beberapa individu di sebuah ladang, sekali gus melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Melalui gambar tular berkenaan, polis mendapati individu terbabit tidak mengamalkan penjarakan sosial dan tidak memakai pelitup muka.
Gambar berkenaan dipercayai dirakam pada Khamis lalu oleh individu yang turut serta dalam majlis terbabit.
Lihat sebelum ini: Ini penyanyi terkenal karaoke di ladang &disko baw...
4 comments:
Menteri paling bodoh di Malaysia Zuraida patut nasihat kerajaan beri moratorium. Akibat bila otak letak dilutut. Tindakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) membenarkan syarikat Pemberi Pinjam Wang (PPW) berdaftar beroperasi ketika lockdown terus dikritik.
Sepatutnya PN memberi moratorium pinjaman wajib, bukannya menggalakkan rakyat meminjam kepada PPW yang mengenakan kadar faedah tinggi.
“YB Zuraida Kamaruddin sepatutnya menasihatkan kerajaan segerakan rundingan dengan bank bagi moratorium automatik, mengurangkan caj faedah pinjaman, memudahkan proses kelulusan pinjaman, serta memaksimumkan agihan bantuan zakat secara lebih efektif membuka ruang kepada syarikat pinjaman wang tidak berlesen memanipulasi, memperdaya serta mengelirukan rakyat yang dalam kesempitan dan tidak punya pilihan mendapatkan wang.
“Secara tidak langsung, jika perkara ini gagal dikawal dan semakin berleluasa, ia berpotensi mengheret rakyat kepada hutang yang serius
KPKT meletakkan PPW dalam kategori perkhidmatan penting (essestial services) ketika banyak perniagaan lain yang bersangkutan dengan keperluan pekerjaan atau kehidupan rakyat ditutup.
“Tindakan kerajaan meletakkan PPW sebagai senarai perkhidmatan perlu mengesahkan kecelaruan berhubung status essestial services itu sendiri yang menjadi pertikaian ramai.
Bahana bila ramai menteri yang ada 'fake degree' dibenar menjawat jawatan menteri. Lu fikir lah sendiri. PRU 15 warga Parlimen Ampang wajib tolak pemimpin mewakili penduduk Parlimen Ampang
15 hujah PAS yang DAP anti-Islam sudah cukup terkenal dengan kelantangan celupar dan biadab, memperlekeh, mempertikai, memprovokasi serta campur tangan terhadap hal-ehwal, institusi dan tokoh Islam.
1. Mufti Pahang, Dr Abdul Rahman Osman, sewaktu mempertahankan kandungan khutbah Aidiladha yang dikeluarkan Jabatan Mufti Pahang menyebut mengenai campur tangan DAP terhadap hal ehwal Islam seperti pelaksanaan hudud di Kelantan. Malah, tokoh DAP, Karpal Singh, cukup terkenal dengan kata-katanya, “an Islamic state over my dead body”.
2. Perlembagaan DAP jelas menyebut dalam Perkara 2 matlamat-matlamat DAP ialah untuk “mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal”.
3. Perkara 3(1) Perlembagaan Malaysia menyebut bahawa “Islam ialah agama bagi Persekutuan”. Namun, dalam Perlembagaan DAP pada Perkara 3 Matlamat-matlamat DAP hanya menyatakan “mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi yang merangkumi kebebasan pelbagai agama”.
4. Sheikh Omar Ali, Pegawai Khas Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, pada 8 September 2015 menulis: “Bagi DAP, urusan beragama adalah bersabit seorang hamba dengan Tuhannya”. Pegangan DAP yang membataskan urusan beragama kepada soal peribadi ini bercanggah dengan definisi Islam, iaitu satu cara hidup.
5. Penentangan DAP terhadap cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (RUU355) dengan pelbagai alasan. Sedangkan ia sekadar mahu meningkatkan kadar hukuman yang boleh dikenakan ke atas penganut Islam atas kesalahan syariah sahaja.
6. DAP juga memiliki rekod membentak dan ingkar kepada raja-raja Melayu. Antaranya mengenai isu pelantikan Menteri Besar Perak apabila Lim Kit Siang menyeru agar Adun DAP memboikot upacara mengangkat sumpah kerana tidak setuju perkenan Almarhum Sultan Azlan Shah yang melantik Adun PAS sebagai Menteri Besar pada 2008. DAP juga mengundang murka Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 2014 apabila enggan mengemukakan lebih daripada dua nama untuk calon Menteri Besar Selangor susulan Langkah Kajang. Ini tidak termasuk banyaknya lagi celupar pro-DAP terhadap institusi Istana.
7. Lim Kit Siang menuduh khutbah Jumaat disediakan Jakim sebagai menyebarkan kebencian dan mencabar usaha ke arah keharmonian. Pengerusi Wanita DAP, Chong Eng, pula mengkritik khutbah Jumaat berkait kewajiban wanita Muslim menutup aurat. Timbalan Setiausaha Agung DAP, Dr P Ramasamy, pula pernah menggelar pendakwah Islam, Dr Zakir Naik sebagai ‘syaitan’.
8. Dalam isu laungan azan dan bacaan ayat al-Quran, Dr Tan Seng Giaw telah mempersoalkan di Dewan Rakyat pada 27 Sept 2005 keperluan melaungkan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara yang dikatakan mengganggu penganut bukan Islam, terutama pada waktu Subuh. Antara disebut beliau, “bahkan juga 1,500 tahun yang lampau mana ada pembesar suara?”
---- sambung ---
sambung ---
9. Dalam isu solat hajat, Teresa Kok mempersoalkan dalam Facebook beliau pada 22 Julai 2016 kewajaran Exco Hal Ehwal Agama Selangor dari PAS, Dr Ahmad Yunus Hairi, mengarahkan agar semua masjid di seluruh negeri mengadakan solat hajat untuk memohon ke hadrat Allah agar konsert Selena Gomez di Stadium Melawati, Shah Alam pada 25 Julai dibatalkan.
10. Dalam isu umrah di Makkah, pemimpin DAP Melaka, Damian Yeo Shen Li, mempersoalkan sama ada dosa penganut Islam terhapus bila menjejakkan kaki ke Makkah. Sindiran sama juga telah disuarakan oleh pemimpin DAP Johor, Suppiah Ramakrishnan, dalam muka buku beliau pada Mac 2016 walaupun ia kemudiannya dipadamkan.
11. Dalam isu aurat, Nga Kor Ming menyindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam sambil menyifatkan seorang pemimpin Umno Pulau Pinang, Ahmad Darus, yang mencadangkan dalam Perhimpunan Agung Umno 2015 supaya pramugari MAS memakai pakaian yang menutup aurat sebagai "pemimpin Melayu otak cacat".
12. Dalam isu murtad, Ngeh Koo Ham mengeluarkan kenyataan pada 7 Jun 2014, yang diikuti ucapan sama di Dewan Rakyat pada 11 Jun 2014, supaya umat Islam diberikan kebebasan untuk keluar dari Islam. Kata beliau, umat Islam mestilah menerima hakikat bahawa jika seseorang Islam atas kehendaknya sendiri mahu keluar dari Islam dia mestilah dibenarkan berbuat demikian.
13. Pemisahan DAP dari semua pakatan politik yang pernah disertainya, iaitu Gagasan Rakyat pada Jan 1995, Barisan Alternatif pada Sept 2001 dan Pakatan Rakyat pada Jun 2015 kesemuanya berpunca dari ketidaksetujuannya terhadap perjuangan Islam PAS.
14. Deklarasi Setapak DAP menyatakan, “kesamarataan etnik harus menjadi prinsip paling penting, dan di atas prinsip inilah pengasingan rakyat ke dalam dua kelompok bumiputera dan bukan bumiputera ditentang”.
15. Kuat menyuarakan supaya Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) diratifikasi.
Ini merupakan sebahagian daripada banyaknya lagi hujah dan fakta serta senarai panjang mengenai DAP.
Biasa la..mesti salah dap punya.
Post a Comment