India turun cukai import sawit, Malaysia raih manfaat
KUALA LUMPUR: Langkah India mengurangkan duti import minyak sawit mentah (MSM) kepada 10 peratus berbanding 15 peratus berkuat kuasa pada Rabu, akan memberi manfaat kepada industri minyak sawit Malaysia serta pekebun-pekebun kecil, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Ketua Pengarah MPOB, Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata sejajar dengan paras harga MSM yang stabil pada RM3,500 hingga RM3,800 satu tan, eksport komoditi itu ke India yang juga pengguna minyak sawit terbesar dunia, dijangka terus meningkat dalam masa terdekat.
Data pengawalselia industri itu menunjukkan eksport minyak sawit Malaysia ke India telah meningkat lebih lapan kali ganda kepada 1.29 juta tan bagi tempoh Januari sehingga Mei 2021 berbanding 0.15 juta tan pada tempoh sama tahun lalu.
Semalam, Kementerian Kewangan India mengumumkan kadar baharu cukai import itu akan berkuat kuasa pada 30 Jun 2021 sehingga 30 September 2021.
Berikutan itu, Persatuan Pengeluar Minyak Sayuran India (IVPA) dalam kenyataannya pada Rabu berkata duti import ke atas MSM yang turut meliputi ses pembangunan pertanian dan surcaj kini berkurangan kepada 30.25 peratus daripada 35.75 peratus sebelum ini.
"Bagaimanapun bagi minyak sawit bertapis (RPO), Malaysia tidak meraih pulangan ketara kerana sekatan import ke atas RPO yang bermula 8 Januari, 2020, masih lagi dilaksanakan," kata Ahmad Parveez.
Menurutnya, India juga telah mengurangkan duti import RPO kepada 37.5 peratus daripada 45 peratus sebelum ini.
Pada masa sama, beliau mengingatkan mengenai jangkaan persaingan sengit dari Indonesia yang akan mendapat manfaat susulan pengumuman pengurangan duti import berkenaan.
"Malah, Indonesia telah mengumumkan rancangan untuk menurunkan levi eksport MSM kepada AS$175 satu tan daripada AS$255 satu tan ketika ini apabila harga MSM melebihi AS$1,000 satu tan," katanya.
Sementara itu, Pemilik dan Pengasas Bersama Palm Oil Analytics yang berpejabat di Singapura, Dr Sathia Varqa berkata bahagian pasaran import MSM Malaysia ke India dijangka meningkat tahun ini selepas eksport bagi Januari-Mei 2021 melonjak 12 kali ganda kepada 1.16 juta tan berbanding tempoh sama tahun lalu.
Menurutnya, eksport MSM Indonesia ke India sebaliknya susut sebanyak 32 peratus kepada 999,304 tan.
"Malaysia terbukti menjadi pengeksport utama MSM ke India tahun ini dan mengatasi Indonesia. Oleh itu, Malaysia dijangka meraih manfaat daripada keputusan India menurunkan cukai import tersebut," katanya.
Dalam pada itu, data jurunilai kargo Intertek Testing Services menunjukkan eksport Malaysia bagi tempoh 1 hingga 30 Jun 2021, meningkat sebanyak 7.07 peratus kepada 1.52 juta tan daripada 1.42 juta tan pada 1 hingga 30 Mei, 2021.
Jurunilai kargo lain, Amspec Malaysia pula menyatakan eksport pada 1-30 Jun, 2021 turut naik 8.62 peratus kepada 1.55 juta tan daripada 1.42 juta tan yang direkodkan pada Mei, 2021.
– Bernama
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa kata puak-puak yang berasa cerdik (menteri wanita DAP) suruh tebang sawit ganti tanam buluh dulu? Muka letak di mana sekarang termasuk bosnya?
8 comments:
Bio mulut tak banyak cakap yeopp kerja kena kuat yeopp...
Pada otai dan walaun sklian bukan ber FB siang malam babi pun boleh terbang.... gebang sampai lebam cipan pun boleh terbang..
puiiii...!!
Maaf bab ni terpaksa komen sbb ada juga ladang sawit.
Kaki bodek P eNd dan pemimpin sama sj. Boleh kata tak cerdik? Mangkuk mungkin teruk sangat?
Kenyataan "memberi manfaat kepada industri minyak sawit Malaysia serta pekebun-pekebun kecil"
Apa yg banyak berlaku skrang?
1. Pokok sawit skrng tak banyak buah. Banyak pokok dah tua pun. Mana nak dapat hasil tinggi?
2. Pekerja banyak foreigner hatta kat kawasan kampung sbb Melayu malas kerja kutip buah. Skrg MCO3. Cuba nak senyap kutip hasil. Call pekerja semua hilang atau sembunyi. Kan skrg Hamezah berlagak kejar foreigners tak tentu hala.
3. Syarikat besar x tahulah masalah sama atau tak. Tapi mungkin asermin bagi pekerja kerja kot sbb nak jaga syarikat besar.
4. Kos baja dll meningkat.
Mana nak dapat manafaatnya. GILA heboh bagus harga sawit tinggi.
Mungkin ada skt untungnya... Tapi pekebun kecil & rakyat biasa mcm tulah.
P eND kuat buat orang berangan.
Realitinya hancuss.
Kerejaan gagal.
Penanda Hrga komoditi naik turun brgantung pada supply n demand bukan pada menteri kaki puki mak jnde wokay..
Dlm keadaan skg tak perlu demand tinggi ssgt... dan india import berkali ganda dah kira syukur.... tak payah nak detail baja naik gharga buah sawit tak banyak... gebang mcm babi terbang sajer... fakta data ke laut...
#bawakotakbukannpisau
Ha ha
Tuhan bagi akal suruh fikir. Nak tahu maklumat betul atau salah, pegi tanya pekebun kecil. Takkan tak da kawan tanam sawit.
Klau x da kawan, meh bagi satu contoh.
Waktu getah ada harga dlu, ingat tak? Heboh peneroka jadi kaya sampai ada beli kereta baru bagai.
Ni sawit naik harga... x dengar apa apa apa apa pun. Sonyap jo.
Geng Melayu bodoh klau FAKTA betul pun, susah percaya. Sbb tu bleh sokong pemimpin Melayu yg perintah 60 tahun(skrg pun masih joint oweintah) tapi tanah hak milik Melayu skrg tinggal CIPUT.
Fakta dan bukti..
Ketua Pengarah MPOB, Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata sejajar dengan paras harga MSM yang stabil pada RM3,500 hingga RM3,800 satu tan, eksport komoditi itu ke India
8.02 saje kopi pes ko punya
Klau x da kawan, meh bagi satu contoh.
Waktu getah ada harga dlu, ingat tak? Heboh peneroka jadi kaya sampai ada beli kereta baru bagai...
Tak ingat lah bro... bukti link ada.. video ka... kikiki..
#faktakelautgebangmcmbabiterbang
Maaf. Mungkin betul Melayu mudah lupa
Sbb tu masih bergeng dgn parti amano yg perintah 60 tahun, tapi tanah Melayu tergadai
Melayu Mudah Lupa bukan UMNO lagi dah masuk geng PH haahhh...!!
PH yg mudah lupa
Post a Comment