Tuesday, June 29, 2021

Gantung pakaian dalam di pagar Rumah K'jaan Bangkok, Mengapa?

 

Pekerja sektor hiburan dan kelab malam mengadakan tunjuk perasaan dengan meletakkan kasut di perkarangan dan menggantung pakaian dalam di pagar Rumah Kerajaan di Bangkok, Thailand, menuntut sekatan COVID-19 ditamatkan segera. - Foto EPA

Thailand, Bangladesh, Australia ketatkan sekatan COVID-19

Thaikini: Gantung pakaian dalam di pagar Rumah K'jaan Bangkok, Mengapa?

BANGKOK: Thailand mengarahkan semua restoran di ibu negara Bangkok dan wilayah berhampiran menutup operasi mereka selama sebulan, berikutan langkah sekatan pergerakan dalam usaha menyekat penyebaran COVID-19.

Larangan makan di restoran itu berkuat kuasa kelmarin sebagai tambahan kepada sekatan untuk pekerja binaan di kawasan metropolitan Bangkok dan empat wilayah lain, yang menyebabkan peningkatan kes jangkitan.

Pusat beli-belah di Bangkok dan wilayah berhampiran diarahkan tutup pada 9 malam.

Menurut Warta Diraja Thailand, semua perhimpunan melebihi 20 orang, seminar dan persidangan dilarang sama sekali di Bangkok serta lima wilayah lain.

Bangladesh pula mengumumkan perintah berkurung lebih ketat mulai kelmarin selepas merekodkan lonjakan kes jangkitan COVID-19 varian Delta, yang lebih berbahaya lagi membimbangkan.

Kerajaan berkata pejabat pemerintah dan swasta diarahkan ditutup selama seminggu dan hanya pengangkutan berkaitan perubatan dibenarkan.

Jurucakap Jabatan Kesihatan, Robed Amin, berkata polis dan pengawal sempadan akan dikerahkan untuk menguatkuasakan penutupan, malah tentera mungkin terbabit jika diperlukan.

"Tiada dibenarkan keluar dari rumah kecuali kes kecemasan," menurutnya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Australia pula mengadakan mesyuarat tergempar kelmarin ketika COVID-19 varian Delta menular merentasi negara itu.

Lebih 20 juta rakyat Australia, atau kira-kira 80 peratus penduduk, kini berada di bawah perintah sekatan, dengan pegawai kerajaan bertungkus lumus cuba membendung lonjakan kes di setiap negeri dan wilayah.

Menteri Kewangan, Josh Frydenberg, menyifatkannya sebagai memasuki fasa baharu pandemik dengan tumpuan terhadap varian Delta yang lebih mudah berjangkit

Beliau memberitahu badan penyiaran berita Australian Broadcasting Corp bahawa Australia kini berdepan masa runcing dalam usaha memerangi coronavirus.

Kata Frydenberg, Jawatankuasa keselamatan kebangsaan yang dipengerusikan Perdana Menteri, Scott Morrison, diberi taklimat oleh ketua pegawai perubatan Australia mengenai keadaan semasa pandemik.

Setakat semalam, statistik global menunjukkan COVID-19 sudah menjangkiti 182,202,398 mangsa termasuk mengakibatkan 3,945,677 kematian di 220 negara dan wilayah. - AGENSI

Lihat siri Thaikini:

Lihat siri S'purakini: 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails