CATATAN PERJALANAN: Kalimantan siri 21
2012/03/ni-wanita-iban-
masakini-pun-tak-pakai.html (catatan perjalanan Kalimantan siri 8) pendedahan wanita-wanita Iban tidak pakai baju, di mana mendapat 78 komen yang pro dan kotra..
Maka pihak kami weblog Ibnu Hasyim membuat kesimpulan..
Satu: Ingin memohon maaf kepada kaum Iban di Serawak kerana pihak kami menyiarkan gambar wanita-wanita Iban tidak berbaju, walaupun asalnya gambar-gambar tersebut adalah dari poskad-poskad dijual di Serawak sekitar tahun 60an, dengan sedikit ulasan dan tulisan diangkat dari blogger lain (Utuh Paloi Banjar Blog ..) yang bukan dari weblog ini.
Dua: Pihak kami juga mengucapkan terima kasih kepada pengomen-pengomen artikel tersebut yang tidakpun kami tapis lebih dahulu sebelum dipamerkan, di mana banyak nasihat-nasihat dan pandangan berguna yang boleh dimanfaatkan.
Tiga: Kami sedia menarik balik gambar-gambar dan tulisan-tulisan dalam entri tersebut, kecuali komen-komen. Dan pihak kami sedia menerima komen selanjutnya jika ada, dari pihak tuan.
Empat: Pihak kami mengucap syukur kepada Allah SWT kerana masyarakat Iban Serawak sekarang begitu berbeda dengan sebelum ini. Kalau di tahun 60an dulu gambar-gambar begitu di'komersial'kan (dijual dalam bentuk poskad), tetapi sekarang tidak lagi. Bahkan gambar-gambar begitu dianggap lucah dan maruah yang perlu dipertahankan. Syabas sahabatku orang-orang Iban! Tahniah dan Al-hamdulillah.
Lima: Cuma yang pihak kami sedih, bahawa kerajaan Malaysia sendiri tidak menghormati batas-batas dan aksi lucah begini. Selepas merdeka makin bertambah-tambah gambar-gambar begini, bahkan lebih teruk lagi. Bersepah-sepah dalam media yang dikuasai mereka, bukan saja surat khabar, majalah, radio tv, video, bahkan kuncu-kuncunya mencipta video seks khas untuk burukkan lawan.
Enam: Dalam kes-kes begini, kita tidak mengira bangsa, Iban atau Melayu, agama Islam atau Kristian, Malaysia Timur atau Barat, yang penting maruah dan tarbiah moral perlu dipelihara dan dipertahankan. Setakat ini di internet sendiri, kita boleh lihat gambar anak remaja kita, pelajar-pelajar kita melaksanakan perlakuan najis zina. Apakah kerajaan kita yang berdaulat ini tidak berkuasa membendungnya?
Tujuh: Bahkan siaran-siaran tv di Malaysia sendiri terlibat dalam mempamerkan filem, tarian, dan nyanyian separuh bogel yang lebih teruk dari gambar yang dipamerkan dalam wedblog ini. Sedangkan yang dibantah di weblog ini adalah gambar gadis-gadis Iban, berkelakuan sopan tetapi hanya tidak menutup aurat.
Lapan: Sepatutnya pengkritik weblog ini (mengenai perkara di atas) lebih perlu menghalakan kritik mereka berlipat ganda lagi kepada kerajaan Malaysia sendiri, yang mengabaikan aspek-aspek lucah tersebut.
Sekian, harap maklum. Terima ksaih.
alamat: ibnuhasyim@gmail.com 24 Aril 2012
Wednesday, March 7, 2012
"Koleksi gambar-gambar di bawah diimbas dari poskad yang banyak dijual di Sarawak tahun 60an. Siapa yang tak pernah membeli poskad sedemikian bila berkunjung ke Sarawak, entahlah…rasanya lebai yang berjubah dan bersarban pun terliur.Kepada kaum asli Sarawak zaman itu, ‘topless’ adalah budaya mereka."Inilah realitinya, semoga budaya seperti ini tidak berlaku lagi di Malaysia, yang 'Agama bagi Persekutuan'nya, adalah Islam. Kalau masih berlaku, fikir-fikirlah untuk menyelesaikannya. Bila bala Allah SWT datang, disapu semuanya termasuk ulama, kerana perangai 'syaitan bisu'nya.
Memang tidak dinafikan POSKAD sedemikian di jual pada sekitar 1960an-1970an semasa Sarawak baru menyertai MALAYSIA..& tetapi telah di "HARAMKAN" oleh SERAKUP INDU DAYAK SARAWAK ..seperti di dalam UCAPAN DATO' SRI EMPIANG JABU semasa DINNER SIDS(Serakup Indu Dayak Sarawak) Cawangan Miri di MEGA HOTEL MIRI(13 Aug 2011)..
UCAPAN berkenaan MARUAH WANITA DAYAK dariDATO' SRI EMPIANG JABU semasa DINNER SIDS(Serakup Indu Dayak Sarawak) Cawangan Miri di MEGA HOTEL MIRI(13 Aug 2011). |
Petikan dari www.ibnuhasyim.com"
Tuesday, March 06, 2012
Ni, Wanita Iban Masakini Pun Tak Pakai Baju
Great Information.
No comments:
Post a Comment