Saturday, June 05, 2021

Gusti Minyak Kirkpinar, Sukan dari Turki.

 

KIRKPINAR OIL WRESTLING
SuKAN

GUSTI, yang diterima sebagai sukan nenek moyang orang Turki, adalah salah satu sukan tertua dalam sejarah manusia. 

Ketika berkaitan dengan gusti di Turki, perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah Wrestling Oil Kırkpınar. 'Gusti minyak' adalah bentuk gusti di mana ahli gusti memakai seluar kulit (kispet) dengan pinggang dan kakinya diikat dengan tali dan bersaing di rumput dengan dilumuri dengan minyak zaitun. 

Pertandingan gusti minyak ini, yang bermula pada abad ke-19, dianggap sebagai acara sukan terpanjang di dunia. Menurut legenda, gusti minyak Kırkpınar dimulakan dengan peralihan orang Turki ke Thrace pada tahun 1361. Pertandingan yang telah dianjurkan selama lebih dari 650 tahun diadakan di lokasi Sarayiçi di Edirne. 

Gusti Minyak Kırkpınar berlaku pada akhir bulan Jun dan awal bulan Julai, yang berlangsung selama seminggu. Pehlivan yang memenangi pertandingan memenangi tali pinggang emas dengan mengambil gelaran "Başpehlivan" dan akan memiliki tali pinggang emas ini sehingga pertandingan berikutnya satu tahun.

Gusti Minyak Kırkpınar telah masuk dalam senarai Warisan Budaya Tidak Berwujud UNESCO sejak 2010.

(IH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Perhatian untuk politik di Malaysia, biarlah fakta berbicara. Kita bosan dengan celuparnya 'barua-barua' DAP.

Ini, DAP anti Islam..

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

No comments:

Post a Comment