KUALA LUMPUR: Tindakan tegas perlu diambil kepada mana-mana pihak yang melakukan penghinaan terhadap Institusi Raja Berpelembagaan Malaysia, termasuk meminda akta-akta berkaitan.
Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Dr Mohd Fuad Mohd Salleh berkata ia berhubung tindakan seorang ahli Pakatan Rakyat (PKR), Iswardy Morni yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di media sosial.
“Perbuatan menghina Raja dan Sultan semakin menjadi-jadi sejak tiga tahun kebelakangan ini. Sebelum ini ada individu yang menggunakan nama Fitri Affan Riri di Facebook yang menggelar YDPA sebagai ‘Patung Kuning’.
“Sebelum itu, kita dihidangkan dengan pelbagai kata nista dan hamburan berbaur kebencian termasuk oleh ADUN Kota Anggerik yang menghina Raja Permaisuri Agong.
“Terbaru ialah individu bernama Iswardy Morni yang membuat siaran Youtube dengan gaya menghina YDPA.
“Mengapa ini terjadi dan kenapa semakin banyak perlakuan biada seperti ini dilakukan? Peluang langit terbuka dengan kemudahan internet telah digunakan dengan cara paling jijik,” ujarnya ketika dihubungi HarakahDaily hari ini.
Menurutnya, perlakuan ini perlu segera dibendung agar tidak muncul lagi sebarang tindakan yang disalahgunakan atas hak kebebasan bersuara.
Beliau turut mengingatkan kepada individu-individu terbabit yang berani menggunakan platform media massa yang kononnya mengangkat suara rakyat itu supaya bersyukur dan tidak menimbulkan sebarang kekecohan.
“Iswardy, Fitri dan Najwan amat beruntung kerana tinggal di Malaysia, jika di Thailand mereka berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 43 tahun seperti yang dikenakan kepada seorang wanita negara berkenaan kerana menghina Raja Thailand,” ujarnya.
Beliau yang juga merupakan ahli akademik di sebuah universiti tempatan menyarankan agar sistem pendidikan negara disemak semula dalam usaha menyuntik semangat kesusilaan yang tinggi terhadap entiti tertinggi di negara ini.
“Saya berpendapat memang sudah sampai masanya kita menyemak semula sistem tersebut kerana ia telah melahirkan segelintir rakyat yang tidak menghormati Institusi Raja-Raja dan sudah tentunya mereka tidak didedahkan kepada Rukun Negara,” katanya.
Pada Jumaat, Iswardy memuat naik video secara ‘live’ berhubung Toral Lockdown: Apa Yang Kerajaan Gagal Belajar Dalam Setahun ini di Youtube rasmi miliknya.
Dalam video itu, Iswardy turut mengeluarkan kenyataan mendakwa Al-Sultan Abdullah seakan-akan tidak bertindak terhadap peningkatan kes Covid-19.
Dalam video itu juga Iswardy turut membandingkan Al-Sultan Abdullah dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersasar di Johor. – HARAKAHDAILY 31/5/2021
Sedikit maklumat komen tambahan.. Baik untuk 'barua-barua' DAP, jangan celupar sangat!
1 comment:
Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral
APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:
Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.
Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.
BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang
Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.
Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.
Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.
Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.
Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.
Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.
Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.
Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.
Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.
DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.
5 comments:
Dia ni pengikut setia abam the liberalist. Jahat dan khianatnya macam abam jugak. Sapa yg jadi pengikut abam jadi beban kepada masyarakat islam.
Tahniah tuan ibnu. Mana2 komen yg meransang kejahatan elok didelete. Supaya otak tak terperosok dgn fahaman liberal. Bahasa yg digunakan juga biadap dengan caci maki dan fitnah. Tak wajar bagi yg waras. Bila falsafah dan budi sealiran dengan dap, itulah hasilnya, bahasa yg tidak bertamadun.
Abam kumpul duit untuk biayai kejahatan. Hina sultan adalah satu kejahatan. Penyumbang pun dapat saham kejahatan. Penganjur dapat diamonds level. Taubat sebelum terlambat.
Cuba google skek non 10:03 PM oiiii,
orang mana yg pernah maki sultan dia ``nnatang`` suatu masa dulu. Tu dialek pata timo. Makna Bahasa Malaysianya ``BINATANG``
lo nih puok tuh doh jadi kejaang malaysia wehhhhhhhhhhhh..................
brakkkkkkkknnnanangggggggggggg sunggoh mung
Yg pasti bukan dari pas. Tapi liberal masih berterusan menghina. Sesuatu yg mendukacitakan buat bangsa melayu.
Post a Comment