Sunday, June 13, 2021

Industri Kpop eksploit pelatih seperti hamba sebelum bergelar idol

Kumpulan BTS dan Blackpink dilayan teruk sebelum jadi artis.

SEBUAH artikel terbitan media Korea Utara, Arirang Meari, mendakwa bahawa kumpulan-kumpulan Kpop terkenal di Korea Selatan telah dieksploitasi dan diperlakukan seperti hamba oleh syarikat pengurusan mereka sebelum bergelar penyanyi.

Menurut laporan itu, rata-rata pelatih telah menerima latihan sejak kecil dan dikurung tanpa mendapat layanan yang sepatutnya.

"Kumpulan terkenal seperti BTS dan Blackpink menandatangani kontrak eksklusif dengan syarikat hiburan besar seperti SM Entertainment sejak usia muda seperti di sekolah rendah atau menengah dan menerima latihan untuk menjadi penyanyi, ” ujarnya.

Laporan itu turut mendakwa bahawa kumpulan tersebut tidak dibenarkan menerima pelawat luar, meninggalkan asrama dan hanya dibenarkan tidur dua hingga tiga jam sehari sepanjang beberapa tahun latihan.

Mereka didakwa diperlakukan seperti itu oleh syarikat berkenaan atas alasan pembiayaan pendidikan.

“Ramai penyanyi wanita yang mengalami penghinaan di bawah proses pelatihan yang keras. Mereka juga dipaksa untuk melayan ahli politik dan perniagaan secara seksual.

"Ramai penyanyi muda menderita tekanan mental yang sangat teruk dan hidup seperti berada di penjara tanpa jeruji besi, bahkan bunuh diri sambil meninggalkan surat wasiat untuk menyaksikan betapa seksanya hidup ini, ” lapor media Arirang Meari.

Media Korea Utara itu juga mendakwa fakta ini telah dilaporkan secara langsung oleh media Korea Selatan dan juga media luar.

Artikel tersebut dikeluarkan oleh media Korea Utara setelah kebelakangan ini populariti K-Pop semakin meluas dalam kalangan remaja negara itu.

SUMBER: KOREABOO

1 comment:

Anonymous said...

Bukankah pendakwah kristian menggunakan k-pop untuk mempengaruhi umat Islam untuk menerima dakyah kristian ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails