Thursday, June 03, 2021

Ini, K'tan prihaatin rakyat. Bukan macam P/Pinang, kedekut?

 

MB,Exco, Adun Kelantan sumbang dana Covid-19

MB - RM15,000.
EXCO-RM10,000
ADUN-RM3,000 (34 orang)
K'jaan Negeri -RM2.7 juta

KOTA BHARU: Sebagai tanda sokongan terhadap usaha menangani Covid-19, Menteri Besar menyumbang sebanyak RM15,000 dan setiap anggota Exco pula RM10,000 kepada Tabung Amanah Kebajikan Darul Naim (Tabung Serambi Mekah).

Manakala setiap Adun Kelantan termasuk dari PAS, Barisan Nasional dan Bersatu pula menyumbang sebanyak RM3,000. Jumlah Adun penyokong kerajaan seramai 34 orang. Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan tiada pembangkang.

Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob juga berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM2.7 juta menerusi Pakej Bantuan Cakna Rakyat Covid-19 sebagai inisiatif bantuan kepada rakyat dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 sekarang.

“Pakej itu melibatkan peruntukan RM60, 000 bagi setiap kawasan Dun tersebut akan diselaraskan melalui 45 Pusat Khidmat Dun,” katanya pada satu kenyataan selepas mesyuarat Exco hari ini.

Kata beliau langkah itu sebagai usaha meyambut baik pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi meringankan beban rakyat yang terkesan serta sebagai tanda sokongan kepada usaha menangani Covid-19

Menurutnya juga kerajaan negeri memberi kelonggaran bayaran cukai tanah semasa yang berakhir pada 30 Jun 2021 dilanjutkan kepada 31 Ogos depan.

Selain itu katanya, denda lewat cukai tanah hanya akan dikenakan bermula 1 September 2021.

Katanya juga inisiatif Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) sebanyak RM40 bilion menunjukkan keprihatinan kerajaan Perikatan Nasional ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 di seluruh negara sekarang.

“Saya sekali lagi menyeru seluruh rakyat Kelantan segera mendaftar dan mengambil suntikan vaksin Covid-19.

“Marilah kita terus berdoa agar petugas barisan hadapan diberi kekuatan dan ketabahan oleh Allah S.W.T atas usaha dan pergorbanan dalam menjalankan tugas yang sangat mulia,” katanya. – HARAKAHDAILY 2/6/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, kerajaan Kelantan prihatin rakyat. Bukan macam kerajaan negeri Pulau Pinang, kedekut?

Sedikit maklumat komen tambahan.. Baik untuk 'barua-barua' DAP, jangan celupar sangat! 

1 comment:

Anonymous said...

Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails