Sunday, June 27, 2021

Ini penyanyi terkenal karaoke di ladang &disko bawah tanah di Pudu..

 

Gambar beberapa individu termasuk penyanyi terkenal yang tular di media sosial kerana dikatakan melanggar SOP PKP 3.0. - Foto ihsan polis

1.Karaoke di ladang, penyanyi terkenal akan dipanggil

TAPAH: Polis akan memanggil beberapa individu termasuk penyanyi terkenal kerana menyertai majlis sosial dipercayai di sebuah ladang dekat Kampung Poh, Bidor, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail, berkata pada jam 2 petang hari ini, polis mengesan penularan gambar majlis sosial itu di Facebook (FB).

Majlis berkenaan membabitkan selebriti tempatan dan beberapa individu di sebuah ladang sekali gus melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

"Melalui gambar tular itu, mereka tidak ada penjarakan fizikal dan ada juga yang tidak memakai pelitup muka.

"Gambar berkenaan dipercayai dirakam pada 24 Jun lalu oleh individu yang turut serta dalam majlis terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azharuddin berkata, ahli perniagaan tempatan dan beberapa penduduk kampung turut hadir dalam jamuan itu sambil berkaraoke.

Polis menyiasat mengikut Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 serta Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

"Polis ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak menganjurkan majlis atau perhimpunan sepanjang tempoh PKP 3.0 dan sentiasa mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya.

2.Disko bawah tanah diserbu

Serbuan oleh anggota Bahagian Jenayah Maksiat, Judi, Kongsi Gelap (D7) Kuala Lumpur, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, ke atas sebuah pusat hiburan di Jalan Pudu, di sini malam ini. - Foto Shafeek Affendi

KUALA LUMPUR: Seramai 58 pengunjung termasuk 22 wanita tempatan diberkas dalam serbuan terhadap sebuah pusat hiburan di Jalan Pudu, di sini, malam ini.

Serbuan dijalankan oleh Bahagian Jenayah Maksiat, Judi, Kongsi Gelap (D7) Kuala Lumpur, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, hasil maklumat dan risikan yang dijalankan.

Serbuan diketuai oleh Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nasri Mansor, bermula pada jam 9.30 malam.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, sebahagian besar pengunjung di pusat hiburan ini mula memasuki premis di tingkat bawah tanah sebuah hotel seawal jam 1 tengah hari.

Disko bawah tanah sebuah premis hotel di Jalan Pudu dikatakan dibuka sejak tengah hari walaupun dalam tempoh PKP 3.0. - Foto Shafeek Affendi

Pada masa ini polis masih menjalankan pemeriksaan dan proses dokumentasi terhadap pengunjung, penjaga premis dan pekerja. Selain itu, polis juga akan menjalankan ujian air kencing.

Pusat hiburan ini kerap diserbu sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu selepas sering beroperasi tanpa kebenaran.

Sebuah pusat hiburan di Jalan Pudu dikatakan kerap diserbu sejak pelaksanaan PKP tahun lalu kerana sering beroperasi tanpa kebenaran. - Foto Shafeek Affendi


Ikutilah siri-siri terkini kes rogol berikut..

Rogol 1:Pasngan Suami-Isteri rogol gadis di Bukit Tinggi.  Rogol 2: Dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan.  Rogol 3: Budak 10 tahun didapati hamil di Sarawak.... Rogol 4: Babitkan wanita kasta rendah di IndiaRogol 5: Bukti Gagalnya Barat. Perancis X dapat Me...  Rogol 6: Persundalan Elit. Pengasas Sugarbook dita...  Rogol 7: Kes Rogol ADUN Tronoh. Esok sambung lagi.  Rogol 7 (i): ADUN Tronoh. 2 kesan koyakan baharu p... Rogol 8: Da'i, rogol + setubuh di luar tabii. Rogol 9: Serah bukti dakwaan ADUN Gombak Setia ja... Rogol 10: Polis direman rogol tahanan ibu tunggal.

1 comment:

Anonymous said...

disko tu di miliki tokey babi elok serbu dan saman dan kompaun 50K trus

tokey babi tetamu org Melayu...

alahaiiii

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails