Wednesday, June 09, 2021

Jauh mereka ini hebat dari 'barua' parti bukan Islam di M'sia.

 

1. Muna Al Kurd ditahan polis zionis, beritahu ibu bapanya ‘jangan takut’

REJIM zionis Israel sedang sedaya upaya cuba menutup agar berita berkenaan pengusiran penduduk Palestin di Syeikh Jaraah tidak diketahui dunia terutamanya umat dan Dunia Islam kerana tahu akan akibat dan reaksinya terhadap mereka.

Walaupun telah menyetujui gencatan senjata dengan Hamas dan mengetahui punca kebangkitan rakyat Palestin baru-baru ini adalah berpunca dari pengusiran penduduk Palestin di Syeikh Jarrah di Timur Baitul Maqdis, rejim zionis Israel langsung tidak mempedulikan malah terus bersikap zalim dan memperlakukan rakyat Palestin seperti hamba abdi dan binatang peliharaan mereka.

Hari ini dan semalam, polis rejim zionis Israel telah menangkap aktivis Palestin yang banyak mendedahkan kejahatan rejim zionis Israel berkaitan pengusiran di Syeikh Jarrah, Muna Al Kurd dan wartawan Al Jazeera yang banyak membuat liputan dan pendedahan berkenaan pengusiran penduduk Palestin di Syeikh Jarrah, Givari Budeiri.

Givari Budeiri telah dibebaskan setelah beberapa jam ditahan berikutan bantahan yang dikemukakan oleh banyak pihak terutamanya pihak media antarabangsa namun peralatan medianya dirampas dan dimusnahkan.

Beliau digari dan ditendang berkali-kali oleh polis rejim Israel sama ada ketika ditahan atau ketika di dalam kenderaan polis rejim zionis Israel dengan mata beliau ditutup.

Namun nasib Muna Al Kurd masih belum diketahui. Beliau ditahan di rumahnya di hadapan kedua-dua orang tuanya setelah polis rejim zionis Israel menyerbu kediamannya.

Polis regim zionis Israel juga menyerahkan waran tangkapan untuk menahan saudara kembarnya Muhammad Al Kurd kepada keluarganya.

Ketika ditahan Muna Al Kurd memberitahu ibu bapanya “jangan takut“ dan terus dibawa polis rejim Israel.

Sebahagian daripada rumah keluarga Muna Al Kurd telah diambil oleh pendatang haram yahudi sejak 2009 lagi dan setiap hari berdepan dengan provoksi, cacian dan dilakukan pelbagai cara untuk menghalau keluarga Al Kurd keluar dari rumah mereka.

Begitulah kejamnya rejim zionis Israel dan pendatang haram yahudi ke atas rakyat Palestin.

Bermula dengan menumpang tanah penduduk Palestin akibat dari melarikan diri dari Eropah dsebabkan kekejaman yang dilakukan ke atas mereka, akhirnya menjajah tanah air yang ditumpangi mereka malah lebih kejam dan zalim daripada apa yang dilakukan ke atas mereka dahulu.

Doakan kepada mereka agar diberikan kekuatan, keazaman dan kecekalan.

Semoga Palestin dan rakyatnya akan memperolehi kemenangan mutlak tidak lama lagi.
(Kredit: Al Jazeera– HARAKAHDAILY 6/6/2021

Oleh MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI. Penulis ialah Pengerusi Sekeretariat Aid4Palestine.

2.Arak: PAS dan Mohamed Salah (Liverpool)

ALHAMDULILLAH. Kekalutan isu operasi kilang arak agak reda. PAS secara konsisten menentang apa sahaja operasi yang bertentangan syarak. Bukan baru. Sejak dulu. 

Cuma cara di dalam kerajaan dan di luar kerajaan jalannya berbeza. Antara yang boleh beri cadangan dalam mesyuarat dan yang menjerit di luar bangunan. Kedua-duanya perlu. Namun jangan disangka tiada perbincangan jika kita tidak mendengar bunyi dari dalam bilik.

Sebagai contoh terkini , isu operasi kilang Carlsberg. Kenyataan bantahan telah dibuat oleh PAS. Bukan hanya melalui sayap Ulamak dan Pemuda malah Penerangan PAS Pusat sendiri telah mengeluarkan bantahan. Ia juga dibincang di peringkat tertinggi PAS di meja Kabinet. Ia saluran yang ada.

Betul. PAS masih minoriti dalam Kabinet. Namun tetap ada suara. Tanggungjawab PAS membawa suara itu. Jika gagal. PAS telah berjaya melunaskan tanggungjawab pengundi dan penyokong mereka. PAS tahu dan sedar betapa tinggi harapan masyarakat kepada PAS membawa suara Islam. 

Mereka yang tidak mengundi malah memusuhi PAS juga menyalahkan PAS atas isu Islam. Begitulah kepercayaan kepada PAS sebagai pembawa obor Islam dalam negara Malaysia. Saya tersenyum sendiri membaca kemarahan sesetengah bekas pemimpin dalam isu arak ini. Semua tahu apa yang mereka buat semasa berkuasa. 

Malah sebahagian pimpinan PH menjadi bisu apabila ‘abang besar’ mereka bersuara. Sejarah tidak pernah padam. Siapa yang membiarkan segala kerosakan ini berlaku? PAS ibarat seseorang yang membawa parang masuk dalam kebun yang sudah lebih 60 tahun dibiarkan. Belum dikira 22 bulan dibaja segala semak-samun dan duri itu lagi.

Ada yang berhujah, kalau dah tak boleh bawa Islam, tunggu buat apa? Suara provokasi jahil ini biasanya lahir dari semangat golongan pra matang. Kerajaan PN ini ditubuhkan untuk menghalang kemudaratan besar PH dan sekutunya. Walau hanya ada parang di dalam kebun semak seperti hutan, sekurang-kurangnya PAS mampu menghalau orang yang ingin menyiram baja untuk pokok hutan berduri itu. Cukup untuk bertahan agar tidak bertambah parah.

Melihat kepada kejayaan dan peranan PAS dalam kementerian yang diterajuinya, serta kejayaan PAS bersuara agar operasi arak dihentikan, saya yakin rakyat akan menyokong untuk PAS diberi lebih kuasa untuk berperanan sebagai kerajaan. Perkara inilah yang dibimbangi musuh PAS.

Jangan marah jika PAS jadi sasaran setiap kali isu umat Islam malah pencerobohan jet China pun PAS yang dimarah. Bagi saya, itu harapan tinggi rakyat serta kepercayaan mereka bahawa hanya PAS boleh dan mahu berperanan. Ia sesuatu yang baik namun perlu diterjemahkan dalam kertas undi untuk menilai kemampuan sebenar PAS jika berkuasa.

Siapa sangka kehebatan Mohamed Salah (Liverpool) dalam bola sepak terserlah dalam Liga Eropah walaupun berasal dari Mesir yang bukan gergasi bola sepak. Berilah peluang kepada PAS sebagaimana liga Eropah akhirnya mengkagumi Salah. Tak keterlaluan kan perbandingan itu. 

FAIRUZ HAFIIZH OTHMAN
Setiausaha Politik
Pesuruhjaya PAS Perak – HARAKAHDAILY 3/6/2021

Komen Weblog Ibnu HasyimJauh mereka ini seperti yang disebutkan di atas, lebih hebat perjuangan mereka dalam Islam berbanding pengkhianatan jadi 'barua-barua' parti bukan Islam di M'sia. Na'auzubillahi minzalik.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails