Dengan kurangnya pelancong yang pergi ke Pulau Pinang, penarik beca yang menjadi ikon negeri itu sedang melalui keadaan yang sukar.
Beca di P Pinang tanpa penumpang sepanjang tahun
GEORGE TOWN: Perkhidmatan beca ikonik Pulau Pinang telah “berehat” hampir setahun, dengan rata-rata penarik beca bergantung kepada makanan yang diagihkan dan mengambil upah melakukan kerja-kerja kasar demi mencari nafkah.
Sejak penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula 18 Mac tahun lalu, diikuti penutupan sempadan antarabangsa, kedatangan pelancong antarabangsa terhenti.
Bahkan aktiviti pelancongan domestik mengalami sedikit penurunan susulan larangan perjalanan rentas negeri bagi sebahagian besar negeri-negeri tahun ini.
Lawatan ke tempat hentian beca yang popular berhampiran Hotel Cititel di Jalan Penang di sini mendapati deretan beca dibiarkan kosong sementara penarik becanya merayau di bangunan-bangunan berhampiran sambil menunggu agihan makanan daripada agensi kerajaan, badan amal dan individu yang dermawan.
Penarik beca Tan Kang Ho, 71, berkata, tidak ada permintaan untuk perkhidmatan mereka sejak PKP pertama yang berkuatkuasa di seluruh negara 18 Mac tahun lalu.
Tan, yang menarik beca sejak 30 tahun lalu berkata, sebelum wabak Covid-19 melanda, beliau selalunya meraih pendapatan kira-kira RM50 sehari dengan membawa pelancong tempatan.
Dan beliau akan menganggap dirinya bernasib baik sekiranya dapat membawa beberapa pelancong asing dengan becanya kerana beliau akan mendapat tambahan beberapa ratus ringgit lagi.
“Tetapi kini kami hanya menunggu di sisi beca sendiri menantikan orang ramai mengedarkan bungkusan makanan kepada kami untuk melalui hari ini. Sejak setahun ini, hanya kami, penarik beca yang menunggu di sisi beca kami,” kata beliau.
Pemimpin armada
Tan berkata, becanya dahulu adalah sebahagian daripada “armada” beca yang dipimpin oleh seorang penarik beca dikenali sebagai Ah Aw, yang akan memberitahu mereka sekiranya ada kumpulan pelancong antarabangsa atau kapal persiaran tiba di Pulau Pinang.
Menurut Tan, Ah Aw adalah satu-satunya penarik beca yang memiliki telefon bimbit dan akan dihubungi sekiranya terdapat sesiapa yang memerlukan khidmat beca.
“Susulan PKP, beliau tidak lagi menerima sebarang panggilan telefon untuk perkhidmatan kami,” tambah Tan.
Seorang lagi penarik beca, Ang Chee Guan, 63, berkata ada penarik beca yang mencari kerja sebagai pengawal keselamatan atau melakukan kerja-kerja kasar untuk meraih pendapatan dan hanya akan membawa beca sekiranya perkhidmatan mereka diperlukan.
Bagi Tan dan Ang, beca mereka bukanlah sekadar sebagai sumber pendapatan, malah juga sebagai rumah mereka.
“Saya tidak punya keluarga sendiri, saya tidak mempunyai rumah … saya tidur di dalam beca saya sejak lima tahun lepas,” kata Ang.
Beliau juga berkata, becanya itu sebenarnya disewa dengan harga RM60 sebulan.
“Dengan keadaan sekarang ini, tuan punya beca saya cukup bertimbang rasa dan tidak mengutip sewa,” tambah beliau.
Makanan percuma
Di sebuah lagi hentian beca yang terletak dalam zon warisan Pulau Pinang, suasananya juga suram, dengan deretan beca dapat dilihat dalam keadaan santai di sisi penarik beca yang berharap keadaan akan kembali baik.
Penarik beca Manan Talib, 56, berkata beliau biasa membawa sejumlah pelancong termasuk pelancong domestik dari Kedah, Johor dan Kuala Lumpur, yang ingin melawat tempat-tempat bersejarah.
Kini beliau hanya berharap agar sekatan rentas negeri ditamatkan segera agar beliau dapat menjana pendapatan.
Penarik beca terutama di hentian ini mendapat makanan percuma setiap hari daripada pemilik restoran yang hanya mahu dikenali sebagai Mr Sim.
Menyedari nasib para penarik beca, Sim, 48, bermurah hati menyediakan makanan yang dimasaknya di rumah buat mereka.
“Apa yang terbaik boleh saya lakukan untuk mereka adalah memberi mereka makan dengan sempurna sekali sehari dengan harapan beca ikonik kita tidak akan lenyap dalam masa terdekat ini,” kata beliau.
Kumpulan lain seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia turut mengedarkan makanan kepada penarik beca. (Bernama March 11, 2021 10:16 AM- Hingga kini tiada apa-apa)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerajaan negeri DAP Pulau Pinang, lihat ini.. Kerajaan kedekut, khianat rakyat! Nak tunggu rakyat mati kelaparan baru nak tangani?
Jangan dikutukhina bangsa dap, nanti marah khadam2nya parti liberal dan parti kuali.
ReplyDelete