Wednesday, June 30, 2021

Lebih baik (PH Sel) kibarkan saja bendera putih, mengaku gagal?

 

Kerajaan PH Selangor punca kes COVID-19 meningkat?

ANGKA kes baru positif COVID-19 semalam adalah 5,218 kes seluruh negara. Dari jumlah itu 1,989 sahaja adalah dari Negeri Selangor ataupun bersamaan 38.11 peratus. Apa masalahnya di Selangor sebenarnya? Apa masalah Kerajaan Negeri yang diurus PH?

Exco Kesihatan Negeri Dr Siti Mariah (PAN) mendakwa kononnya negeri itu tidak menerima dos vaksin yang cukup lantas membantutkan program vaksinasi di negeri berkenaan. Kata Dr Mariah akibat tidak cukup bekalan mungkin beberapa PPV di Selangor terpaksa ditutup.

Benarkah begitu? Adakah munasabah di saat kritikal sebegini Kerajaan Persekutuan mahu bermain politik dengan mencatu dan menghadkan bekalan vaksin sedangkan jumlah kes terbesar adalah di Selangor?

Atau mungkinkah sekali lagi PH mahu main silap mata menuding jari dan menyalahkan orang lain sedangkan hakikatnya merekalah yang lemah dan gagal. Kerajaan Gagal. Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin (KJ) Selangor sebenarnya belum menggunakan sepenuhnya bekalan vaksin yang dibekalkan Putrajaya kepada negeri itu.

Tambah KJ setakat 27 Jun 2021 Selangor telah menerima 1,367,306 dos vaksin dan dari jumlah itu 322,606 masih berbaki dan tidak digunakan! Kata KJ lagi kadar penggunaan vaksin di Selangor adalah antara yang terendah dalam negara iaitu hanya 76 peratus sedangkan Melaka telah capai 94 peratus dan Terengganu serta Negeri Sembilan telah capai 92 peratus.

Menurut KJ lagi: “Saya minta Selangor cepatkan kadar penggunaan vaksin, jadi tuduhan vaksin tidak dihantar tidak betul”.

Masalahnya menurut Menteri Besar Selangor dalam mesyuarat dengan KJ Kerajaan Selangor cuma punya kapasiti menyuntik 40,000 penerima sehari tetapi Dr Mariah dakwa boleh suntik 80,000 sehari. Exco Kesihatan di mana semasa mesyuarat itu? Siapa yang tidak cekap, lemah dan gagal sebenarnya?

Bagaimana angka jangkitan di Selangor mahu diturunkan jika beginilah sikap Kerajaan Negeri-nya. Mungkin Dr Mariah lebih baik kibarkan sahaja bendera putih, mengaku gagal dan tidak mudah menuduh pihak lain.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 29/6/2021

Sumber Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1541795956159735&id=100009880363600

8 comments:

  1. Jika tahu apa akan berlaku sekarang, saya lebih rela kekal, kata Dr M dengan nada sangat kesal.!

    Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Malaysia kini ditadbir kerajaan kleptokrasi. Berucap di pentas maya sempena Persidangan Kepimpinan Asia 2021 berkata, "jika tahu apa yang akan berlaku dalam pentadbiran di Putrajaya sekarang, saya lebih rela kekal mentadbir kerajaan pusat selepas berjaya menewaskan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-14 lalu" katanya dengan nada yang sangat kesal sekali.

    Sila sangkal kenapa PH lebih teruk semasa Tun jadi PM kali ke - 2. Naah kenapa PH perlu dijatuhkan lihat kegagalan senaraikan dibawah. Fakta dan data dibawah tak tipu.

    - Pemimpin PH berbakat penipu besar. Bakat apa? Bakat apa? Bakat paling ramai tipu sijil. Cermin diri dulu Tun Mahathir Mohamad

    Dalam 22 bulan korang jadi kerajaan, PH:

    – Gagal jaga ekonomi.

    – Gagal tunai janji.

    – Gagal kawal wabak Covid.

    – Gagal meyakinkan rakyat sehingga tahap sokongan pada PH jatuh dari 82% pada masa PRU14 menjadi 25%. Sebab itu, korang kalah 5 kalah berturut-turut dalam PRK kepada BN.

    Dalam 22 bulan korang jadi kerajaan, PH:

    – Gagal jaga ekonomi.

    – Gagal tunai janji.

    – Gagal kawal wabak Covid.

    – Sokongan pada PH jatuh dari 82% pada masa PRU14 menjadi 25%. Sebab itu, korang kalah 5 kalah berturut-turut dalam PRK kepada MN.

    – Kerajaan pertama dalam Malaysia yang jatuhkan sendiri. Lepas itu salahkan hampir semua pihak kecuali diri Tun sendiri... puui.!!

    – Pasaran saham paling corot dalam dunia, jatuh ke paras paling rendah sejak 10 tahun lalu.

    – Petronas diturun penarafan oleh Moody’s buat kali pertama dalam sejarah.

    – Keselamatan penerbangan Malaysia diturun taraf oleh Amerika Syarikat buat kali pertama dalam sejarah dan kini sama taraf dengan Bangladesh, Curaçao, Costa Rica dan Ghana.

    – Gaduh dengan Amerika Syarikat, Arab Saudi, UAE dan India.

    – Defisit negara yang diturunkan 8 tahun berturut-turut oleh BN dinaikkan semula.

    – Nisbah hutang negara kepada KDNK yang diturunkan oleh BN masa Najib jadi PM dinaikkan dari 48.7% pada akhir suku-1 2018 menjadi 54.4% – hampir cecah had 55% di bawah undang-undang Malaysia. PH pinjam hampir RM140b dalam masa mereka memerintah.

    – Kebergantungan negara pada hasil minyak yang diturunkan 8 tahun berturut-turut dari 44% ke 12.7% dinaikkan semula kepada 33%.

    – Nilai aset Khazanah yang dinaikkan dari RM32b pada akhir 2008 ke RM116b diturunkan semula oleh PH ke RM73b dalam masa 2 tahun.

    – Kadar pertumbuhan eksport negara turun dari +18.9% pada tahun 2017 menjadi 6.7% pada tahun 2018 dan akhirnya menjadi negatif (-1.7%) pada tahun 2019 SEBELUM Covid melanda.

    – Dividen LTAT, KWSP, ASB, Tabung Haji paling rendah dan kedua paling rendah dlm sejarah.

    – penurunan nilai aset bersih Khazanah sebanyak RM25 bilion iaitu paling besar dalam sejarah.

    – Jualan aset negara secara lelong. Yang di lelong semasa PH menjual 12 strategic assets worth RM25.6 billion, termasuk IHH Berhad (RM8.42 billion), Sapura Upstream (RM3.7 bililon), Acibadem Sigort (RM1.25 billion), Telco M1 (RM1.65 billion), TNB shares (RM1.05 bililon), Boustead Plantation (RM1.2 bililon), Axiata Digital (RM0.579 bililon), BDO Unibank (RM0.415 bililon), CIMB (RM0.364 billion), Royale Chulan Hotel (RM0.197 bililon) and the Hong Kong Consulate building, sold to a buyer from China (RM1.6 billion).

    – RM84 bilion dijarah dari rizab tunai Petronas.

    – Cukai gula, cukai petak, levi pelepasan, cukai digital diperkenalkan.

    – Tol PLUS dilanjut 20 tahun lagi walaupun dijanji mansuh.

    – Jawatan berpencen baru penjawat awam dimansuhkan.

    - Janji di capati sebelum PRU 14 tiada lantikan politik. 22 PH berkuasa lantikan politik paling ramai berquality sampah.

    – Manifesto bukan kitab suci.

    - Kontrak pada boboi OPCOM gentian optik berbillion ringgit. Bailout kedai roti The Loft sebagai balasan tokey Cina diberi projek Bandar Malaysia bernilai 2 billion ringgit.

    - Rakyat malas dan perlu ikat perut.

    Itulah kehebatan penipuan pemimpin PH.

    #bangaudahpulangsuarasumbang

    ReplyDelete
  2. Talibarut2 PeNd masih ramai kat Selangor. Sbb tulah maklumat/mesej jadi berterabur. Gitulah apa yg terjadi masa perintah negara dlu.

    Klau tidak, takkan Sultan Selangor yg bijaksana nak murka berkenaan vaksin. Tentu baginda dapatkan maklumat dari semua sumber.

    Logik akal mesej/maklumat pasti akan tersangkut bila ada bos berlainan antara negeri dan pusat.

    Tapi bagus juga ada masalah. Mereka yg jujur dlm kerajaan Selangor bleh kenalpasti talibarut2 pencuri/pelompat skrg.

    Kwpadatan penduduk tinggi. Kilang banyak buka. Ramai orang keluar rumah. Selangor aktif detect covid.

    Negeri lain jangan ingat covid kurang. Mungkin lebih sbb kurangnya detection.

    Explain banyak pun, geng Islam extreme bukan mudah faham.

    Senang crita klau betul negeri lain kurang covid. Batalkan MCO3 kat negeri2 yg kurang covid. Bagi ramai
    orang keluar rumah mcm di Selangor. Buat je pkpd atau lain2. Tengok naik ke turun covid tu...

    ReplyDelete
  3. Federal x nak share data covid dgn state. Data yg keluar kat media ramai x percaya. Akhir2 ni X banyak detail. Berapa ramai bukan warganegara kena di Selangor?

    Biar state kerja dengan maklumat x cukup.

    Biasalah pemimpin parti Islam extreme akan ambil kredit atas sesuatu isu. Itu sj kerja yg mereka mmng pandai buat.

    ReplyDelete
  4. Ni suma gara2 si assmin semburit bukak pintu belakang!

    ReplyDelete
  5. Pak Aji maaf tak keh komen banyak....saya tak sihat, i-cirit.

    ReplyDelete
  6. Kesian walaun2 bingai. Rakyat tengah susah, ramai yang bunuh diri, banyak syarikat tutup, penganggur bertambah, ko masih meratib nama Dap.

    Pada fikiran walaun2, rata-rata yang tengah susah ni orang Dap ke orang mana? Kaum mana yang lebih susah sekarang? Takut kepada Dap sampai sanggup jual agama dan bersekongkol dengan pengkhianat dan puak yang engkar perintah Agong?

    ReplyDelete
  7. Assmin cat pintu gebang bangang tu harga RM9.7 juta ringgit. Kau orang tgk tiap tiap pagi lalu federal hiway road block periksa surat MITI betul betul bawah pintu gerbang haramjadah tu...

    kau orang perati betul cat kat pintu gerbang tu... skg berkulat sopak sampik cat nya... masuk akai ke cat pintu gerbsng tu sampai RM9.7 juta...!?

    ...Mak Lampir pulak rasmikan kedai AhLong supaya orang berhutang dng feadah tinggi... akai letak kat bontot

    Macam ni ka cara nak bantu rakyat..!?

    ReplyDelete
  8. Thank you for sharing this great information. I found this article and got some relevant details that very helpful for me. Also check out Security Services Malaysia.

    ReplyDelete