Thursday, June 10, 2021

Menegur dengan mempersenda Institusi Raja adalah kurang ajar...

 

Agenda DAP-PH: Malaysian Malaysia VS Ketuanan Melayu?

BADAN Perhubungan PAS Negeri Johor (PAS Johor) mengecam pihak yang cuba mempersenda dan mempermainkan Institusi Beraja di Negara kita. 

Sikap biadab dan tidak berprinsip ini dilihat sangat bertentangan dengan sifat ketimuran dan adab Melayu. Raja adalah lambang dan tonggak Negara Malaysia malahan Institusi Raja disebut dengan jelas di dalam perlembagaan Negara Malaysia.

Akhir-akhir ini dilihat beberapa individu dari parti dan golongan tertentu telah dengan sengaja mempertikai wibawa Yang di-Pertuan Agong seorang yang sangat dihormati di negara kita. Malahan, lebih teruk lagi mereka mengheret Sultan ke dalam kancah politik. Di dalam negara kita, Agong dan Raja-raja Melayu berada di atas politik (above politics) di mana tidak wajar ada pihak cuba memperlekehkan badan tersebut.

PAS Johor memandang serius isu ini kerana ianya akan membentuk sekelompok masyarakat yang tidak bertanggungjawab bersifat derhaka dan boleh menjadi punca kepada perbalahan dalam negara. Sikap ini jelas tidak mencerminkan kemelayuan apatah lagi sifat-sifat seorang Muslim sejati. Menegur dengan cara mempersenda Institusi Raja yang sangat dihormati adalah satu tindakan kurang ajar yang melampau.

PAS Johor meminta pihak berkuasa terutama PDRM supaya bertindak tegas dan sentiasa peka dengan golongan-golongan ini. Mereka sentiasa cuba menjadikan Malaysia yang aman dan sejahtera ini bergolak dan kacau bilau. Jika mereka tidak diambil tindakan sewajarnya dan dijatuhkan hukuman setimpal. Pasti akan lahir manusia yang tidak bersyukur dan bersifat biadab lagi derhaka.

Lebih bahaya lagi apabila ada diantara mereka yang terang-terang ingin menghapuskan Institusi Beraja. Mereka beranggapan Sultan atau Raja yang ada hanya menyusahkan rakyat dan negara. Selain itu, mereka juga menghasut rakyat supaya diwujudkan ‘negara republik’ yang menjadikan Malaysia negara tanpa Raja. Jika itu berlaku maka salah satu keistimewaan orang Melayu dan Negara Malaysia akan hilang. Perkara seperti ini mesti dipandang serius oleh semua orang tanpa mengira batas agama mahupun bangsa.

Raja Payung Negara, Sultan Payung Negeri. Mereka akan menjadi pemangkin dan tulang belakang kepada muafakat rakyat. Tanpa mereka, maka hilanglah seri negara kita. Bersamalah kita mempertahankan Institusi DiRaja Malaysia dari anasir-anasir penderhaka. Jangan beri mereka ruang dan peluang kerana negara kita negara berdaulat.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

USTAZ ABDULLAH HUSIN
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (BPPNJ)
09 Jun 2021 | 28 Syawal 1442H – HARAKAHDAILY 9/6/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

Sekian.

1 comment:

Anonymous said...

Tuntutlah ilmu sampai ke negeri Cina, karena sesungguhnya menuntut ilmu sangatlah wajib atas setiap orang muslim”.

Kalau lah shahih hadith ini bermakna kena lah merantau sampai ke negeri china untuk tuntut ilmu, tapi orang kita pergi ke negeri China atas sebab melancong jalan jalan untuk naik tembok besar china.

Dan orang kita bernasib baik juga kerana tidak pelu merantau sampai ke negeri Cina kerana orang cina sendiri yang datang merantau sampai ke sini.

Maka ilmu telah menghidang kan diri nya sendiri kepada kita.

Jika mereka sudah datang maka tuntut lah ilmu. Banyak ilmu yang boleh diperolehi dari kaum ini.

Pada setengah orang menuntut ilmu bagaimana menjadi barua dan macai kepada parti cina DAP ada lah ilmu yang utama dan afdhal.

Bagi yang cerdik sedikit menuntut ilmu cara cara orang cina menguna kan orang Melayu untuk berlawan sama sendiri dan menunggang orang melayu untuk memijak orang melayu ada lah ilmu yang sangat berguna.

Semasa Pakatan Harapan berkuasa seorang bijak pandai kaum Cina bernama Dr Lim Mah-Hui berkata sektor persendirian tidak minat untuk mengaji kan orang Melayu atas sebab mereka tidak berkualiti pendapat nya disusuli dengan alasan alasan yang diberi atas nama ilmiah dan bukan atas nama rasisma. Link bawah ini

http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2013/10/orang-melayu-dan-bumiputera-tiada.html?m=1

atas sebab mungkin yang lain itu sudah jadi liberal atau pun takut hilang undi cina, Orang cina mengamal rasisma tidak seperti orang Melayu. Mereka mengamalkan nya secara sulit dan senyap. Singapura afalah contoh mereka mengamalkan secara senyap melalui 'meritokrasi' ciptaan ultra kiasu Lee Kwan Yew.
Tinggalkan Singapura lupakan Singapura mantapkan hubungan tetangga serumpun maka Singapura yang kaya tinggal Sejarah.

Kaum Cina tidak berkata kata di lidah mereka tetapi mengamal nya dan mempraktikan nya melalui perbuatan. Jadi untuk orang jahil laungan melayu nampak rasisma, dan sifat senyap orang cina terutama nya pemimpin DAP tak nampak rasisma.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails