Wednesday, June 09, 2021

Minyak masak: kenaikan harga X bersubsidi di pasaran?

 


Minyak masak: Dua menteri telah bincang, bawa ke Kabinet

KUALA LUMPUR: Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, beliau telah mengadakan perbincangan secara maya bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi berhubung harga minyak masak di pasaran.

“Alhamdulillah. Saya telah mengadakan perbincangan secara maya bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi.

“Mesyuarat ini amat penting kerana ianya berkaitan isu kenaikan harga minyak masak tidak bersubsidi di pasaran,” ujarnya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau, petang ini.

Beliau berkata, usaha dan perancangan yang disusun akan dilaksanakan kerajaan bagi terus membantu rakyat.

“Kami mencapai kata sepakat untuk mengkaji mekanisme terbaik membabitkan semua pihak dalam industri minyak sawit,” jelas beliau.

Tambahnya, perkara itu akan dipanjangkan kepada Jemaah Menteri supaya harga minyak masak tidak bersubsidi dapat distabilkan di dalam pasaran. – HARAKAHDAILY 9/6/2021

Ikutilah siri-siri terkini kes rogol berikut..

Rogol 1:Pasngan Suami-Isteri rogol gadis di Bukit Tinggi.  Rogol 2: Dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan.  Rogol 3: Budak 10 tahun didapati hamil di Sarawak.... Rogol 4: Babitkan wanita kasta rendah di IndiaRogol 5: Bukti Gagalnya Barat. Perancis X dapat Me...  Rogol 6: Persundalan Elit. Pengasas Sugarbook dita...  Rogol 7: Kes Rogol ADUN Tronoh. Esok sambung lagi.  Rogol 7 (i): ADUN Tronoh. 2 kesan koyakan baharu p... Rogol 8: Da'i, rogol + setubuh di luar tabii. Rogol 9: Serah bukti dakwaan ADUN Gombak Setia ja... Rogol 10: Polis direman rogol tahanan ibu tunggal

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails