CATATAN PERJALANAN: Kalimantan siri 7
Indokini: Misi Agama Di Bumi Dayak, mana NGO Islam?
PERJALANAN dengan bas dari Pontianak ke Putussibau biasa sahaja, seperti jalan-jalan kampung di Malaysia. Kadang-kadang bertemu juga jalan tar yang putus, disambung dengan jalan tanah merah. Bertolak dari kira-kira jam 3 petang, dan besok paginya jam 8 baru sampai, setelah berhenti solat di jalanan.
Jalan melintasi juga kampung-kampung Dayak dan Iban dengan rumah panjangnya. Melintasi kebiruan gunung, kehijauan rimba, sungai dan paya, yang bagiku menambah indahnya apa yang disebut ke'semulajadi'an alam ciptaaan yang Maha Pincipta. Maha Suci Allah. Maha Suci Allah. Maha Suci Allah!
Lintasan keaslian pemandangan di pinggir jalan jalan, menambah serinya perjalanan..
Aku sempat berkenalan dengan dua orang anak muda di bas itu. Rupanya kemas, bersih mempunyai sejemput janggut. Mudah tersenyum dan bercakap teratur, gaya orang terpelajar. Aku perkenalkan diri.
"Peraturan hutan (No. 41/1999), kawasan hutan milik masyarakat adat, dimasukan dalam Hutan Negara, sementara hak masyarakat adat diabaikan. Rumah panjang mereka yang sekitar 180 meter itu, terlihat ramai kerana dihuni oleh puluhan kepala keluarga, dari bayi hingga usia tua.
"Wilayah hukum adat Iban Menua Sungai Utik memiliki luas sekitar 9.5 ribu hektar dan lebih dari separuhnya, iaitu 6 ribu hektar merupakan hutan lindung adat. Sisanya adalah pemukiman, hutan produksi dan hutan cadangan." Jelas kawan kita mubaligh Kristian bermazhab Katolik itu lagi.
"Apa agama asal orang Dayak?" Aku tanya lagi.
"Masyarakat Dayak menganut agama leluhur yang diberi nama oleh Tjilik Riwut sebagai agama Kaharingan. Sekarang, agama ini kian lama kian ditinggalkan!" Jawabnya. "Oleh itu kita kena selamatkan mereka. Bagi kami, kami ajukan agama penyelamat, agama Kristian untuk mereka.."
Untuk lanjutnya, bila ada masa, aku cari dalam Wikipedia. Antara yang ku temui sebagai tambahan maklumat, ialah...
Satu: Sejak abad ke-1 Masehi, agama Hindu mulai memasuki Kalimantan dengan penemuan peninggalan agama Hindu di Amuntai, Kalimantan Selatan, dan selanjutnya berdirilah kerajaan-kerajaan Hindu-Buddha.
Dua: Semenjak abad ke-4 masyarakat Kalimantan memasuki era sejarah yang ditandai dengan penemuan prasasti peninggalan dari Kerajaan Kutai beragama Hindu di Kalimantan Timur. Penemuan arca-arca Buddha merupakan peninggalan Kerajaan Sribangun (di Kota Bangun, Kutai Kartanegara) dan Kerajaan Wijayapura. Ini menunjukkan munculnya pengaruh hukum agama Hindu-Buddha dan asimilasi dengan budaya India. Ini menandakan kemunculan masyarakat multietnis pertama kali di Kalimantan.
Tiga: Menyebarnya agama Islam sejak abad ke-7 mencapai puncaknya di awal abad ke-16, masyarakat kerajaan-kerajaan Hindu bertukar menjadi pemeluk-pemeluk Islam menandakan kemusnahan agama Hindu dan Buddha di Kalimantan. Sejak itu mulai muncul hukum adat Melayu/Banjar yang dipengaruhi oleh sebagian hukum agama Islam (seperti budaya makanan, budaya berpakaian, budaya bersuci).
Empat: Namun umumnya masyarakat Dayak di pedalaman tetap memegang teguh pada hukum adat/kepercayaan Kaharingan. Sebahagian besar mereka yang sebelumnya beragama Kaharingan kini dikatakan memilih Kristian. Namun kurang dari 10% yang masih mempertahankan agama Kaharingan.
Lima: Agama Kaharingan sendiri telah digabungkan ke dalam kelompok agama Hindu (baca: Hindu Bali) sehingga mendapat sebutan agama Hindu Kaharingan. Namun ada pula sebahagian kecil masyarakat Dayak kini mengkonversi agamanya dari agama Kaharingan menjadi agama Buddha (Buddha versi Tionghoa).
Memang mulanya muncul kerana berlakunya perkawinan antara sukunya dengan etnis Tionghoa beragama Buddha. Kemudian semakin meluas disebarkan oleh para Biksu di kalangan masyarakat Dayak, misalnya terdapat pada masyarakat Dayak yang tinggal di kecamatan Halong di Kalimantan Selatan.
Enam: Di Kalimantan Barat, agama Kristian didakwa sebagai agama orang Dayak. Tetapi hal ini tidak berlaku di propinsi lain, sebab orang Dayak juga banyak memeluk agama selain Kristen. Contohnya, ada orang Dayak beragama Kaharingan masuk Islam, namun tetap menyebut dirinya sebagai suku Dayak.
Di wilayah perkampungan Dayak masih beragama Kaharingan berlaku hukum adat Dayak, namun tidak semua. Kebanyakan kota-kota di pesisir Kalimantan dan pusat kerajaan Islam, masyarakatnya tunduk kepada hukum adat Melayu/Banjar, seperti suku-suku Melayu-Senganan, Kedayan, Banjar, Bakumpai, Kutai, Paser, Berau, Tidung, dan Bulungan. Bahkan di wilayah Dayak sangat lama berada dalam pengaruh Kristian pun, ada yang tidak berlaku hukum adat Dayak/Kaharingan.
Tujuh: Di masa kolonial, orang bumiputera Kristian dan orang Dayak Kristian di kota disamakan kedudukan dengan orang Eropah dan tunduk kepada hukum golongan Eropah. Kebelakangan ini, penyebaran agama Nasrani (Kristian) mampu menjangkau daerah Dayak jauh di pedalaman, sehingga dianut dan didakwa sebagai agama orang Dayak.
Lapan: Melihat sejarah awal pulau Borneo orang-orang dari Sriwijaya dan orang Melayu yang mula hijrah ke Kalimantan. Etnis Tionghoa Hui Muslim Hanafi menetap di Sambas sejak tahun 1407, kerana pada masa Dinasti Ming, bandar Sambas menjadi pelabuhan transit pada jalur perjalanan dari Champa ke Maynila, Kiu kieng (Palembang) mahupun ke Majapahit. Banyak penjabat Dinasti Ming adalah orang Hui Muslim yang memiliki pengetahuan bahasa-bahasa asing misalnya bahasa Arab.
Dilaporkan, pedagang-pedagang Tionghoa masa Dinasti Ming berkunjung ke Banjarmasin awal abad ke-16 sangat khawatir mengenai aksi 'potong kepala', yang dilakukan orang Biaju saat mereka sedang tertidur di atas kapal. Agamawan Nasrani dan penjelajah Eropah yang tidak menetap, telah datang di Kalimantan pada abad ke-14 dan semakin menonjol di awal abad ke-17 dengan kedatangan para pedagang Eropah.
Sembilan: Usaha penyebaran agama Nasrani selalu gagal, kerana pada masa itu masyarakat Dayak amat memegang teguh kepercayaan leluhur (Kaharingan) dan merasa curiga kepada orang asing. Sering juga orang-orang asing dijumpai terbunuh. Penduduk pesisir juga sangat sensitif terhadap orang asing kerana takut terhadap serangan lanun dan kerajaan asing luar pulau yang hendak menjajah mereka.
Penghancuran keraton Banjar di Kuin tahun 1612 oleh VOC Belanda, serangan Mataram atas Sukadana tahun 1622 dan potensi serangan Makassar sangat mempengaruhi kerajaan-kerajaan di Kalimantan. Sekitar tahun 1787, Belanda memperoleh sebahagian besar Kalimantan dari Kesultanan Banjar dan Banten.
Sepuluh: Sekitar tahun 1835 barulah misionaris Kristian mulai beraksi secara bebas di wilayah-wilayah pemerintahan Hindia Belanda yang berdekatan dengan negara Kesultanan Banjar. Pada tanggal 26 Juni 1835, Barnstein, penginjil pertama Kalimantan tiba di Banjarmasin dan mulai menyebarkan agama Kristen. Dikatakan juga pemerintah lokal Hindia Belanda cuba merintangi usahausaha misionaris tersebut.
Kira-kira 8 pagi bas kami sampai di Putussibau. Sempat aku jalan-jalan dan rihat-rihat dipekan kecil itu, sementara menunggu untuk naik bas lain pula menuju ke Badau kira-kira jam 10.30 sebentar lagi.
Bersambung, insya Allah.
Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com
26 Feb 2012
Pontianak, Ind.
Al-hamdulillah, terdapat 11 comments yang bernas dan menark. Antaranya.
Assalam
Sdr menyelami masyarakat Iban di Borneo yang didekati secara agresif oleh mubaligh kristian. Tapi cuba cerminkan diri kita berkenaan orang Iban di Sarawak dan sabah. adakah orang Islam Iban/Dayak ini dibantu dengan secara intensif oleh MAISarawak, MAISabah dan NGO islam yang lain. Realitinya orang politik Islam Sabah Sarawak semakin kaya tapi rakyat marhaen semakin miskin.T.kasih kata kamu. Itulah masalah kita sekarang.
Itu salah BN. BN berkuasa di sana, tapi tapi tak bela Islam. Bela perut mereka saja.
Jangan undi BN lagi, walapun di Malaysia barat..Assalamualaikum Saudara,
Saya Berasal Dari Sarawak,
Saudara Jangan Bimbang, Kini Di Sarawak Mahupun Di Sabah, Islam Sedang Mula Bangkit di tanah Pelbagai Bangsa Ini.
Cuma hanya org setempat sahaja tahu namun tidak dihebohkan kerana Kepercayaan Masyarakat Dayak Amat berlainan. Apabila mereka menganuti agama islam, mereka sangat taksub kepada islam itu sendiri. Oleh itu, sesuai dengan ajaran islam, jadilah hamba yang merendah - rendah diri kerana itulah yg dimahukan islam.
Kalau saudara dari semenanjung datang ke sarawak, jangan lah saudara hairan dengan tingkah laku masyarakat bukan islam spt Dayak. Sebagai contoh, mereka memberi salam (assalamualaikum sahaja) walaupun sesama islam mahupun bukan islam. I tidak salah dari sisi islam kerana mereka tidak mengucap penuh ...warrahmatullahhiwabarakatuh). Oleh itu, jawablah salam mereka jgn menganggap mereka mempermainkan islam. Mereka berbuat sedemikian kerana sudah terbiasa dengan kehidupan masyarakat melayu sarawak.
Jika bersin pun mereka mengucap alhamdullilah, kalau berjaya alhamdullah dan kalau buat salah Astaghfirullahalazim. Maka sedikit demi sedikit pergaulan dgn masyarakat melayu sarawak akan menyebabkan mereka menganuti agama islam.
Kalao cakap pasal politik. Banyak Rakyat sarawak tolak BN oleh itu ramai yang tidak mengundi. Sebab??
Sebab mengudi pun akan menyebabkan kami ditikam di kawasan pedalaman jauh di hutan dan undi2 pun ditukar kepada BN. Anda Pun Tahu bukan penipuan di sarawak. Setiap kali pengumuman Undi, Semua kawasan di wilayah sarawak akan blackout sementara, selepas blackin tengok2 BN menang. Tak percaya? Datanglah ke sarawak ketika pilihan raya nanti. Org sarawak pun muak dah sbb benda yg sama berlaku.
Alhadulillah setakat ini sahaja. Kami ( org sarawak) ada juga menjalankan tugas. Berdakwah TAPI TAK NAMPAK. Yalah kita berdakwah scara Ikhlas takpayah nak tunjuk2. Kebanyakkan Paderi2 sarawak yang berlajar Ke Vantican City pun ramai masuk Islam.
Ingatlah Kebanyak Paderi2 Org Sarawak Berpelajaran Tinggi memberitahu bahawa Mereka Sangat Mnyesal Di Atas Perbuatan Mereka. Mereka Memberitahu bahawa Di Semnanjung Banyak Kes Murtad dan Gay dan ajaran sesat
Marilah Sama2 Kita Berganding Bahu Mengangkat Islam Semula.
Insyalallah.Insya Allah, Al-hamdulillah. T.kasih tuan, itu maklumat penting!!
salam tuan.... blog tuan sangat menarik dan penuh dgn pelbagai info... minta jasa baik tuan masukkan link blog saya jika tidak keberatan
http://aiyangdisayang.blogspot.com
terima kasih.ada bukti ke mubaligh kristian mengdekati org dayak secara agresif??? jangan salah paham lah..islam tidak dapat mengugat iman km..tq
Excuse me, you are bullshit. I am an Iban, my Great Grandfather is Dayak Warrior, a long time ago. Most of us is Christian. 97% of Dayak in this world is Christian. Sorry la, I can't believe that people like you ever exist in this world. Hahah.. Madura.. jangan perasan la.. we are now educated.. do not worry, we won't kill you madafaka
si ibnu nie selalu buat lawak..hahah...kamu tengok lh..nanti....sya tak mau koleksi datuk saya bertambah di ruai rumah panjang..tambanan pula sudah lama....ilang dan nyabor tak digunakan..hahah...
pembulak besar mun 97% dayak kristen.
menipu jak keja sidak dayak tok.
dh lah pendatang dari kalimantanAok la.. sidak bulak jak madah org dayak 97% kristian.. mun educated sikda bulak cam tok
No comments:
Post a Comment