Sunday, June 27, 2021

Muslimat PAS kecam cubaan normalisasi zina

 

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS mengecam sekeras-kerasnya kewujudan kumpulan maya ‘Tukar Pasangan Suami Isteri Suka Sama Suka’ di laman Facebook yang tular kebelakangan ini.

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata, ia jelas suatu tindakan tidak bermoral dan cubaan menormalisasi zina secara terbuka melibatkan umat Islam yang telah berkahwin di negara ini.

“Perbuatan zina sesungguhnya akan mendatangkan banyak kerosakan terhadap manusia terutamanya melibatkan nasab apabila lahirnya anak di luar hubungan perkahwinan,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bahkan, jelasnya Allah SWT telah pun mengingatkan manusia akan bahaya zina melalui firman-Nya dalam Surah al-Isra’ ayat ke-32 yang bermaksud: Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk (yang membawa kerosakan).

Beliau berkata, Islam telah pun meletakkan garis panduan yang jelas berhubung perbuatan halal haram daripada segenap aspek termasuklah hal-hal berkait persetubuhan.

Menurutnya, lelaki yang bersetubuh dengan wanita yang tidak halal baginya iaitu yang belum dinikahinya adalah satu perbuatan zina dan berdosa besar.

Tambahnya, perbuatan pengguna media sosial yang tidak bertanggungjawab itu wajar dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 49 Percubaan Persetubuhan Haram, Enakmen Jenayah (Syariah) 1992.

Ini, ujarnya kerana perbuatannya jelas mengajak pengguna media sosial lain ke arah mempraktikkan persetubuhan haram dengan cara menukar pasangan masing-masing secara suka sama suka di media sosial.

Justeru, tegasnya Dewan Muslimat PAS menggesa pihak berkuasa untuk menghadapkan pelaku tersebut ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman sewajarnya.

“Hal ini untuk memberi pengajaran dan kesedaran kepada pengguna media sosial yang lain agar tidak menggunakan platform media sosial untuk tujuan-tujuan yang menyalahi norma sebagai seorang Muslim,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 26/6/2021

Ikutilah siri-siri terkini kes rogol berikut..

Rogol 1:Pasngan Suami-Isteri rogol gadis di Bukit Tinggi.  Rogol 2: Dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan.  Rogol 3: Budak 10 tahun didapati hamil di Sarawak.... Rogol 4: Babitkan wanita kasta rendah di IndiaRogol 5: Bukti Gagalnya Barat. Perancis X dapat Me...  Rogol 6: Persundalan Elit. Pengasas Sugarbook dita...  Rogol 7: Kes Rogol ADUN Tronoh. Esok sambung lagi.  Rogol 7 (i): ADUN Tronoh. 2 kesan koyakan baharu p... Rogol 8: Da'i, rogol + setubuh di luar tabii. Rogol 9: Serah bukti dakwaan ADUN Gombak Setia ja... Rogol 10: Polis direman rogol tahanan ibu tunggal.

2 comments:

  1. Suami yang menyerahkan isteri kepada lelaki gatal lain untuk dinikmati adalah bapa ayam.

    Isteri yang menyerahkan suami kepada perempuan gatal lain untuk dinikmati adalah ibu ayam.

    Kedua-duanya adalah sampah masyarakat kerana mereka bersifat dan bersikap babi yang berusaha meruntuhkan moral masyarakat.

    ReplyDelete
  2. عَنْ عَبْدِ اللهِ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ ص: لاَ يَحِلُّ دَمُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ يَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلهَ اِلاَّ اللهُ وَ اَنّى رَسُوْلُ اللهِ اِلاَّ بِاِحْدَى ثَلاَثٍ. الثَّيّبُ الزَّانِ وَ النَّفْسُ بِالنَّفْسِ وَ التَّارِكُ لِدِيْنِهِ اْلمُفَارِقُ لِلْجَمَاعَةِ. مسلم 3: 1302

    Dari Abdullah (bin Mas’ud) ia berkata, Rasulullah SAW bersabda:

    “Tidak halal darah orang Islam yang bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah dan bersaksi bahwa aku utusan Allah, kecuali dengan salah satu dari tiga sebab :

    1. Orang yang sudah menikah melakukan zina,

    2. Kerana membunuh orang,

    3. Orang yang murtad meninggalkan agamanya, memisahkan dari jamaah kaum muslimin”.

    [HR. Muslim juz 3, hal. 1302]

    ReplyDelete