Friday, June 11, 2021

Penderaan terhadap Uyghur jenayah terhadap kemanusiaan

 

Wanita Uyghur berkumpul di luar konsulat China di Istanbul untuk mengecam dakwaan pelanggaran hak Uyghur di Xinjiang. - Foto AFP

LONDON: Penindasan terhadap ratusan ribu minoriti Islam Uyghur di China adalah 'jenayah terhadap kemanusiaan', kata satu laporan yang dikeluarkan semalam oleh kumpulan hak asasi manusia, Amnesty International.

Dalam dokumen setebal 160 muka surat yang memasukkan testimoni daripada bekas tahanan di kem di wilayah barat laut China, Xinjiang itu, Amnesty memperincikan mengenai apa yang dipanggil sebagai 'pemenjaraan beramai-ramai terancang negara yang sistematik, penderaan dan penyeksaan yang sama dengan jenayah terhadap kemanusiaan'.

Laporan itu mendokumenkan apa yang dipanggil 'langkah melampau' yang diambil pihak berkuasa China sejak 2017 terhadap Uyghur dan etnik lain daripada minoriti Turki.

"Pihak berkuasa China mencipta pemandangan neraka distopia dalam skala yang mengejutkan," kata setiausaha agung Amnesty, Agnès Callamard.

"Minoriti Muslim berdepan jenayah terhadap kemanusiaan dan pencabulan serius hak asasi manusia yang lain," katanya dan menambah penderaan itu 'akan mengejutkan hati nurani kemanusiaan'.

Laporan itu mendokumenkan bagaimana sejak awal 2017, sejumlah besar lelaki dan wanita di Xinjiang ditahan sewenang-wenangnya.

"Mereka merangkumi ratusan ribu yang dihantar ke penjara, tambahan kepada ratusan ribu lagi, mungkin sehingga sejuta atau lebih yang sudah dihantar ke kem tahanan," kata laporan itu.

Lebih 50 bekas tahanan yang ditemubual Amnesty menyatakan, mereka ditahan kerana melakukan perbuatan seperti memiliki gambar bertemakan agama atau berkomunikasi dengan seseorang di luar negara.

Ramai tahanan menggambarkan mereka pada mulanya dibawa untuk disoal siasat di balai polis, di mana mereka didudukkan di atas kerusi besi berserta besi kaki dan bergari.

Mereka berkata, dipukul, kurang tidur dan kesesakan adalah perkara biasa, dan di kem tahanan yang 'sangat ketat' itu, mereka tidak mempunyai privasi atau autonomi serta berisiko dikenakan tindakan keras. - AFP

Sila lihat...

E-Buku IH-33: Dari Cina Ke M'sia, Ikut Jalan Darat


Bab I

Bab II

Ikuti catatan perjalanan selanjutnya...

Ibnu Hasyim semasa berada di Guangzhau.

1 comment:

Anonymous said...

Ingatkan Tun pemimpin terakhir Yang Dipertuan Agung Jumpa, rupanya hari ini YDA jumpa pemimpin UMNO. The Mageran can say Good Bye..!! No wonder bangau2 Tun panas bontot.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi akan membawa suara akar umbi ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi.

Beliau yang juga Ketua Umno Batu Pahat berkata, semua akan tertumpu kepada Zahid esok kerana beliau adalah individu yang akan menghadap Sultan Abdullah secara empat mata dan bersemuka.

“Ramai positif, yakin dan percaya hasilnya ialah darurat tidak disambung dan parlimen akan bersidang semula,” katanya di Facebook hari ini.

Namun, beliau berkata apa jua cadangan yang diusulkan selebihnya bergantung kepada budi bicara dan kebijaksanaan Agong untuk membuat keputusan.

“Hatta memanggil semua ketua parti adalah luar biasa. Tuanku tidak lagi mendengar sebelah pihak. Mendengar nasihat kerajaan sahaja tidak memadai,” katanya.

Dalam pada itu katanya, kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kini sudah tidak ada majoriti kerana Perhimpunan Agung Umno sebelum ini sudah memutuskan menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional.

“Tiada siapa hatta PM8 (Muhyiddin) boleh dakwa Umno masih kekal sokong kerajaan PN. Habis Mahyuddin maka tamat lah riwayat Tun Mahathir dan boboi.

Patut lah bangau bangau Tun pukul canang Kerajaan Mageran. Rupa rupanya Tun sedang cemas gelabah panas bontot

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails