KEDATANGAN Islam di Nusantara membawa ajarannya yang sempurna, bukan dengan ajaran Islam yang sekadar menyeru untuk mengucapkan dua kalimah syahadah dan beribadat sahaja. Ajaran yang menyampaikan Islam yang berdaulat dengan mengIslamkan kerajaan dan raja yang melaksanakan Islam berkonsepkan adil kepada semua, sehingga seluruh Nusantara didiami oleh majoriti umat Islam dengan jumlah yang paling ramai di dunia hingga kini.
Asal penduduknya terdiri daripada pelbagai agama (Hindu dan Buddha), kemudian mereka menganut Islam tanpa paksaan, bukan dengan kekerasan. Sejarah pelaksanaan Islam ada terpahat pada batu dan bertulis pada belulang dan kayu. Terdapat sebahagian daripadanya masih tersimpan di negara Barat, walaupun banyak yang dicuri dan dihapuskan.
Kewujudan penganut berbagai-bagai agama dalam negara yang bebas melakukan amalan agama masing-masing pada hari ini, menjadi dalil yang kukuh bahawa tiada paksaan dalam beragama. Pada masa yang sama, mereka sendiri memilih untuk memeluk Islam secara beramai-ramai dengan rela hati.
Maka, penentangan terhadap penjajah bukanlah kerana pengambilan cukai dan sebab kebendaan. Bukan juga disebabkan faktor kebangsaan dan puak, sepertimana yang diuar-uarkan oleh para pengkaji yang terpengaruh dengan penulisan para orientalis.
Puak orientalis sengaja memadamkan peranan Islam dalam jihad menentang penjajahan melalui Perang Salib, suatu peperangan yang dikibarkan benderanya oleh penjajah yang rakus, terutamanya selepas kejatuhan Kerajaan Islam di Andalus (Sepanyol) dan gerakan yang menyerang dari arah belakang.
Barat bertindak mengepung dunia Islam kerana mereka telah gagal berhadapan dengan kerajaan Islam yang masih kuat, termasuklah Khilafah ‘Uthmaniyah yang berpusat di Istanbul.
Kejatuhan Kesultanan Melaka pada tahun 1511 diraikan di Kota Vatican (Vatican City), sekali gus menunjukkan betapa semangat penjajahan Barat melaksanakan Perang Salib (agama) terhadap Islam. Mereka menghantar para orientalis bagi mengkaji ajaran Islam, sehingga ada dalam kalangan tokoh orientalis yang menegaskan bahawa pegangan yang kuat kepada ajaran Islam merupakan suatu benteng yang sangat kebal dan susah untuk dilawan oleh mereka. Sebagaimana kata-kata yang berikut:
”Selagi adanya al-Quran yang dipelihara, ditunaikan solat Jumaat pada setiap minggu dan dilaksanakan Haji ke Makkah, Islam tidak mungkin akan dapat dihapuskan.”
Peranan Sultan Hasanuddin, Raja Haji yang beroleh gelaran syahid, Imam Sultan Diponegoro, Imam Bonjol, Teuku Umar, Dato’ Maharaja Lela, Haji Muhammad Hassan (Tok Janggut), Sultan Abdul Samad Selangor, Sultan Zainal ‘Abidin Ketiga di Terengganu dan lain-lain tokoh adalah sultan yang ‘alim bersama para ulama’ bangkit menentang penjajah.
Ramainya kaum Jawa, Bugis, Banjar, Minang, Aceh, termasuklah Turki dan bangsa yang lain asalnya datang berjihad untuk menentang kelompok penjajah. Kedatangan mereka bukanlah semata-mata untuk bercucuk tanam dan berniaga, sebagaimana yang dicatatkan dalam sejarah.
Sultan Zainal ‘Abidin Ketiga di Terengganu telah bertindak menggubal perlembagaan Islam (Itqan al-Muluk bi Ta’dil al-Suluk) ketika Kerajaan Turki ‘Uthmaniyah mengalami kelemahan. Kemudiannya telah menetapkan hukum haram menerima penasihat daripada kalangan penjajah, yang menjadi asas kepada berlakunya pemberontakan di Terengganu bagi menentang penjajah, bukannya disebabkan oleh cukai rotan dan kulit kayu yang dijadikan sebagai sebab utama.
Termasuklah juga peletakan jawatan Sultan Muhammad bukannya berpunca daripada isu gaji, tetapi kerana para pembesar yang sudah menyerah kalah dengan melanggar Perlembagaan Negeri yang menegaskan perintah wajib mempertahankan Islam.
Banyak negara Islam pada hari ini telah membetulkan semula kezaliman sejarah terhadap Islam yang sengaja dikaburkan oleh musuh-musuhnya. Khususnya ketika golongan Barat menguasai sistem pendidikan dan pelajaran sewaktu menjajah dan menggunakan media sebagai senjata yang sangat besar pengaruhnya terhadap orang ramai.
Ada juga kajian-kajian yang dijalankan oleh universiti mengambil penasihat daripada golongan orientalis atau murid mereka sehingga mempengaruhi kajian dengan maklumat yang salah. Terlalu banyak kajian yang dilakukan hanyalah sekadar menemuramah kelompok yang bersekongkol dengan penjajah atau orang kampung yang jahil dan dijadikan alasan yang salah.
Walau bagaimanapun, masih ada penulisan yang terpelihara khususnya dalam bahasa Arab sepertimana berikut:
حاضر العالم الإسلامي لأمير شكيب أرسلان.
الدعوة الاسلامية فى ماليزيا: ظهورها وانتشارها للدكتور وان حسين عزمي والدكتور هارون دين.
Walaupun sudah banyak penulisan yang dihapuskan, namun masih terdapat riwayat yang sahih oleh mereka yang mewarisi sejarah sebenar secara mutawatir.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 11 Zulqa‘dah 1442 / 22 Jun 2021 – HARAKAHDAILY 22/6/2021
Berjuang menyingkirkan golongan penunggang agama Dan guna agama untuk kepentingan diri serta sanggup menghalalkan benda yg haram lagi berfaedah. Golongan lahanat ni yg wajib dibunuh kerana ia boleh merosakkan negara Dan perpaduan.
ReplyDeleteMerasakan diri suci.boleh mengafirkan orang.memaki hamun orang.yg menyatakan hanya Pas sahaja pejuang agama terunggul..merupakan satu bentuk penjajahan Minda boleh dibenteras supaya tak merebak masuk Dalam pemikiran masyarakat.
Tak perlu nampak keburukan luar.tengok sendiri keburukan diri.semakin lama semakin membusuk.
Masa tuntut merdeka ramai pejuang hizbul dipenjara. Mereka tidak setuju pendatang diberi hak mengundi. Islamik politician dah nah nampak kemelut jika hak mengundi diberi kpd pendatang.
DeleteBahaya bila sijahil agama keluarkan fatwa wajib dibunuh.
DeleteIni sebabnya Malaysia perlu dipimpin oleh pemimpin berjiwa Melayu dan Islam. Kaum lain tak perlu masuk campur
ReplyDeleteSingapura masih lagi menyimpan akta ISA mereka walaupun negara mereka sudah aman dan maju.
Di Malaysia , ada peguam menyatakan ia hukum ketinggalan zaman dan tidak releven, malah dikata kan hukuman zalim. Singapura lebih advance dan maju dari negara kita masih lagi menyimpan hukuman ISA yang zalim ini.
PAP sebagai pemerintah masih lagi mempraktik hukuman zalim di Singapura. Parti PAP di Singapura ada lah abang kepada DAP , maka DAP menyanjung kepimpinan zalim, dan PKR, PAN dan PejWang barua mereka dikalangan orang Melayu yang menyanjung DAP.
Apakah tujuan negara jiran masih menyimpang hukuman ISA? siapa musuh mereka? orang cina? orang Melayu?
Diatas semenanjung pula pemerintah yang beragama buddha dari negara Thailand masih dengan kekangan mereka kepada kawasan majoriti Islam.
Di atas lagi kaum Rohingya yang beragama Islam sudah pun hancur dan tidak beridentiti.
Bukan sahaja “foodless” atau pun “cashless” malah lebih teruk mereka juga “stateless”. tanpa negara .
Jika negara yang mereka tinggal pun mereka tidak di iktiraf , apa kah negara yang mereka tuju mahu mengiktiraf mereka?
Orang islam Pattani dibunuh, yang membunuh tidak dikategori sebagai orang beragama Buddha , selain di panggil militari atau pun tentera Thai sahaja.
Begitu juga yang membunuh kaum Rohingya , mereka tidak digelar pemerintah Buddhist atau pembunuh dari kaum beragama buddhist bahkan dikata kan pemerintah tentera
Negara kita sedang dibaraikan sedikit demi sedikit oleh anasir beragenda. Hanya seorang bernama Jho Low semua orang dan pemimpin Melayu bercakaran, fitnah memfitnah.
Bangsa Jho Low mengangap Jho Low pejuang yang membaraikan lagi umat Melayu dan Islam. Barua bangsa Jho Low ini bertuankan DAP tunggu masa menunggang Islam dan bangsanya ke lembah kehancuran bangsa dan akidah Islam.
Kerana mereka sedar orang Melayu senang dimanipulasi dan digunakan. Kini nampak nya cara yang sama sedang diguna kan. Watak dari kaum melayu sendiri menjadi badut dan kitol.
Si kitol dan badut selama ini acah acah ultra Melayu dan Islamik tetapi membawa juga liberalisme, pluralisma agama untuk menambah parah luka umat Islam di Malaysia.
Orang Melayu harus faham betul betul isu ini. Musuh orang Melayu dan barua suruhan mereka sedang membatu api utk pecah belahkan orang Melayu. Biar Melayu selesai kan isu sesama Melayu. Melayu Jaga Melayu
#bangaudahpulangsuarasumbang