Era PH sibuk isu hutang, PN korban demi rakyat
SEJAK Perikatan Nasional (PN) menguasai Putrajaya pada awal Mac 2020 pelbagai usaha dilaksanakan bagi membantu rakyat. Ia tidak mampu dinafikan lagi.
Tanya makcik Kiah yang menerima lebih RM1,000 tahun lepas. Boleh juga tanya Ah Kau dan Ramasamy atau Siam anak Jati di pedalaman Gua Musang.
Penularan pandemik Covid-19 menjadi cabaran begitu hebat. Berdepan krisis kesihatan menular kepada penutupan banyak sektor ekonomi tidak pernah berlaku dalam sejarah moden sejak merdeka.
Malah ramai menyifatkan negara agak bernasib baik kerana kerajaan pusat cepat bertukar tangan. Sedangkan sepanjang pentadbiran Pakatan Harapan (PH) rakyat setiap hari disaji dengan isu hutang negara berlonggok.
Menteri Kewangan ketika itu Lim Guan Eng memberitahu hutang 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM50.5 bilion. Ia hanya boleh dilangsaikan sepenuhnya pada tahun 2039.
Pemimpin PH asyik menjaja hutang bertimbun. Antaranya jumlah hutang luar negeri sebanyak RM931.1 bilion pada akhir Jun 2019.
Kata Guan Eng daripada tersebut hanya RM190.0 bilion hutang langsung kerajaan. Dan sehingga akhir Jun 2019 hutang langsung meningkat sebanyak RM94.1 bilion sejak PH membentuk kerajaan.
Sepanjang tempoh 22 bulan di bawah PH, rakyat saban ketika disaji dengan jumlah hutang dan kerajaan tiada wang. Cuma kerajaan PH bernasib baik ketika itu pandemik Covid-19 belum lagi menular.
Malah pada detik akhir usia kerajaan PH sebanyak RM20 bilion diumumkan sebagai pakej bagi menghadapi wabak.
Jumlah itu jauh berbeza dengan peruntukan RM250 bilion untuk menangani impak Covid-19 disediakan kerajaan PN. Pak Mat di kampung pun boleh menghitung.
Daripada jumlah itu RM128 bilion untuk kebajikan rakyat. Selain itu RM100 bilion bagi menyokong perniagaan dan RM2 bilion memperkukuhkan ekonomi negara.
Malangnya pemimpin PH tetap sinis terhadap kesungguhan kerajaan PN.
Melalui kenyataan bersama Presiden PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu menganggap pakej kerajaan PN hanya dapat membantu rakyat selama dua bulan.
“Pakej ini dilihat dapat bertahan dalam tempoh 2 bulan. Namun begitu, ia tidak memberi banyak impak melangkaui tempoh 2 bulan,” kata pemimpin PH terbabit.
Persoalannya bagaimana pula dengan pakej RM20 bilion. Boleh bertahan berapa hari. Maka ramai menganggap pakej rangsangan ekonomi Prihatin Rakyat lebih 10 kali ganda daripada pakej PH.
Oleh itu bagi mengamati kembali kesungguhan kerajaan PN bagi membantu rakyat, elok kita berkongsi dengan pelbagai insentif diperkenalkan kerajaan sebelum ini.
27 Mac 2020
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) – RM250 bilion.
RM128 bilion – kebajikan rakyat
RM100 bilion – menyokong perniagaan termasuk PKS
RM2 bilion – perkukuh ekonomi negara
RM500 juta – Kementerian Kesihatan Malaysia
RM1 bilion – Beli peralatan dan perkhidmatan memerangi Covid-19
Manfaat rakyat
RM3.2 bilion – Bantuan Sara Hidup (BSH)
RM1,600 – 4 juta isi rumah pendapatan bulanan bawah RM4,000
RM1,000 – 1.1 juta isi rumah pendapatan lebih RM4,000
RM800 – 3 juta individu bujang pendapatan bulanan bawah RM2,000
RM500 – 400,000 individu bujang pendapatan bulanan lebih RM2,000
Jun 2020
Kerajaan melancar pula Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) untuk tempoh Jun hingga Disember 2020.
Pelan itu merangkumi 40 inisiatif bernilai RM35 bilion dengan tema ‘Bersama Menjana Ekonomi’ bermatlamat memperkasakan rakyat, melonjakkan perniagaan dan merangsang ekonomi.
Ia meliputi RM13.2 bilion memperkasakan rakyat; RM14.8 bilion melonjakkan perniagaan dan RM7.1 bilion merangsang ekonomi.
Daripada jumlah keseluruhan peruntukan itu sebanyak RM10 bilion adalah suntikan fiskal langsung kerajaan, manakala yang lain insentif cukai, sumber sedia ada dan sumber lain.
Januari 2021
Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI 2021) bernilai RM15 bilion.
RM500 – one-off semua petugas barisan hadapan kesihatan.
RM300 – bantuan petugas barisan hadapan lain.
RM150 juta bayaran 3,500 petugas kesihatan.
RM100 juta kerjasama hospital swasta tangani kesihatan awam.
Moratorium – pengurangan ansuran pinjaman ditawarkan bank.
RM24 bilion – Program iSinar dimanfaat 3 juta pemohon.
RM100 – Program Bakul Makanan setiap keluarga.
RM500 kepada setiap pemandu pelancong, pemandu teksi, pemandu bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing.
RM1 bilion – Subsidi Upah 3.0 manfaatkan 250,000 majikan (2.6 juta pekerja).
RM200 juta bagi membantu mangsa banjir.
Bantuan Prihatian Nasional (BPN 2.0)
Bayaran BPN 2.0 pertama Oktober 2020 dan Januari 2021
RM1000 – untuk B40
RM500 – B40 bujang
RM600 – M40
RM300 – M40 bujang
Insentif petani dan nelayan 2021
RM1.57 bilion – bantuan, insentif dan subsidi kepada petani, pesawah, nelayan serta penternak.
RM960 juta – subsidi dan insentif tanaman padi
RM40 juta – Skim Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit/Huma
RM570 juta – Subsidi Harga Padi
Februari 2021
Elaun Sara Hidup Nelayan
Belanjawan 2021 peruntuk sebanyak RM151 juta.
Dinaikkan daripada RM250 kepada RM300 sebulan.
Manfaat kepada 35,000 nelayan.
Insentif Pengeluaran Getah (IPG)
RM300 juta – Belanjawan 2021
RM150 juta – Belanjawan 2020
Manfaat keapda 450,000 pekebun kecil getah
Jun 2021
Kerajaan meluluskan RM1.215 bilion di bawah Program Subsidi Upah (PSU) 2.0. Ia sebagai manfaat kepada 645,522 pekerja.
Bagi Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan pula sebanyak 137,593 pekerja mendapat pekerjaan sehingga 4 Jun 2021.
Berdasarkan data di atas ternyata kerajaan PN benar-benar cakna rakyat.
Sedangkan pada 2018 dan 2019 PH sering menjaja negara dibebani hutang. Kerajaan tidak ada wang. Sebaliknya kerajaan PN tidak begitu, rela berkorban demi rakyat. – HARAKAHDAILY 17/6/2021
Komen Weblog Ibnu Hasyim: PH memerintah hanya era jaja hutang, tak buat apa, makan gaji buta? PN memerintah prihatin rakyat dan berusaha atasi masalah hutang. Persetan PH, tolak dalam PRU 15!
Masa wabak covid mula merebak, ph benarkan pelancong cina masuk. Kemudian merebak gelombangan sebab gila kuasa pilihanraya sabah. Gila2 tindakan ph. Pertaruh nyawa rakyat utk kuasa. Boleh percaya ka ph buat keputusan yg tepat.
ReplyDeleteTu pasal agong suruh sidang parlimen segera.
ReplyDeleteXkan nak derhaka kot??