Nelayan pertaruh nyawa, kerajaan negeri tuang pasir dalam periuk
Oleh SYAHIRAH SALLEH
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan projek tambakan laut di Selatan Pulau Pinang (PSR) umpama menabur pasir ke dalam periuk nasi nelayan sekitar.
Ini kerana, kawasan penambakan PSR merupakan kawasan nelayan pantai di Selatan Pulau Pinang mengaut hasil laut, kata Ketua Unit Nelayan Sungai Batu, Zakaria Ismail.
Menurutnya, para nelayan di sekitar mengunakan pukat hanyut untuk mengaut hasil laut
“Kalau projek itu berjalan, makna kata periuk nasi kami dimasuki pasir, yang dimasukkan oleh kerajaan negeri.
“Sebab kami nelayan pantai hanya meletakkan pukat kami di bahagian kawasan PSR ini.
“Jadi kalau kata, terjadi juga penambakan pulau ini, kami hendak pergi cari di mana lagi hasilnya?
“Kerajaan kata laut itu luas, memang betul. Tetapi punca rezekinya di mana? Kami punca rezeki kami, nelayan Pulau Pinang, di Selatan ini adalah kawasan emas. Di mana lubuk udang besar yang kita makan (berharga) RM50/kg sehingga RM60/kg.
“Kita tangkap di sini, dalam masa tiga hari, baru-baru ini sudah mencecah lebih RM2,000. Tuan bayangkanlah, kita dapat satu hari 15kg udang besar, darab dengan RM50. Sudah berapa?” soalnya.
Beliau berkata demikian dalam satu wawancara Dialektika TV, berjudul Prolog: PSR, Pi Mai Pi Mai yang turut menampilkan Jurucakap Penang Tolak Tambak, Khoo Salma Nasution dan Felo Kehormat Institusi Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Dr Hezri Adnan, semalam.
Mengulas lanjut, kata Zakaria, tawaran ex-gratia kerajaan negeri terhadap nelayan juga tidak berbaloi dengan jumlah kos yang perlu ditanggung nelayan untuk meneruskan aktiviti mereka selepas PSR mula dibangunkan.
Kata Zakaria, pampasan RM20,000 hanya kepada tekong bersama satu bot dan enjin dengan nilai RM50,000.
Sedangkan, nelayan-nelayan sekitar menggunakan sampan dengan enjin 115 horse power yang bernilai RM100,000.
“Pampasan ini memang tidak patut. Sebab kami punya pendapatan nelayan pantai di Pulau Pinang Selatan ini ada yang mencecah hingga RM100,000 setahun. Ini bukan olok-olok atau mainan.
“Saya sebagai Ketua Unit Nelayan, saya pantau semua ahli-ahli saya. Saya tahu pendapatan mereka banyak mana. Sampai RM100,000 pun ada.
“Tetapi, maklumlah, nelayan bukan bijak dalam ekonomi. Mereka beli sampan, enjin, pukat semuanya secara tunai.
“Tiada hutang, itu yang sebabkan kadang-kadang, nelayan ini nampak miskin. Tetapi bagi saya, nelayan ini dia mengorbankan diri dia untuk mendapatkan hasil laut untuk bagi kepada orang ramai.
“Khasnya penduduk Pulau Pinang yang dapat ikan segar, udang segar, ketam segar dan makanan laut lain.
“Cuba fikir, ini bukan masalah nelayan pantai sahaja, tetapi sebenarnya masalah penduduk Pulau Pinang, secara amnya. Kalau benda ini terjadi juga, saya tidak tahu bagaimana mereka akan fikirkan benda itu,” ujarnya.
Tambahnya lagi, kerajaan negeri sepatutnya mencari solusi untuk menjaga rantaian keselamatan makanan negara, namun mereka bertindak sebaliknya. – HARAKAHDAILY 15/6/2021
1 comment:
Pemimpin Melayu paling suka kena bodoh dengan Bangsa Jho Low... kenapa yerr
kena buat tesis mcm ni.. bukti melambak
1. Salah satu habuan rasuah dan hadiah yanh besar pemimpin Melayu ini terima.
2. Kaya mudah dengan cepat bergaya tayang keliling kampung.
3. Kurang jati diri, kurang kemampuan dan sikap nak senang dengan cepat
4. Dah lah jati diri kurang, ilmu kurang dan marketing komunikasi lemah
5. Nafsu lebih besar usaha kecik...
6. Tak tahan lasak... asal rugi mesti nak bailout.... adal rugi mesti bailout
Lupakan pemimpin macam ini.
Post a Comment