Saturday, June 19, 2021

Sentimen dan fitnah jadi mainan PH, mahu berkuasa kembali..

 

TIBA-tiba sahaja Pakatan Harapan (PH) bagaikan jadi champion kepada rakyat seolah-olah selama ini mereka amat cakna dengan kepentingan rakyat.

Hinggakan sengaja dipadam kebejatan 22 bulan kesengsaraan yang mereka hidangkan buat rakyat ketika mereka memerintah.

Rakyat hanya dapat ‘RM30’ e-wallet sedangkan yang dikikis dari poket rakyat itu lebih banyak dan rakyat diminta berkorban bersama bina semula negara, dalam masa yang sama kroni PH meratah kesenangan dan dapat dilihat beberapa kes yang dikaitkan dengan kroni mereka sedangkan hanya 22 bulan sahaja memerintah.

Mereka mendakwa kononnya mereka mewakili suara rakyat yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Benar ketika ini rakyat amat terkesan dengan pandemik Covid-19 apatah lagi dengan situasi kritikal negara berdepan dengan pandemik ini.

Ketika ini negara berada pada fasa berperang dengan penularan Covid-19 yang meningkat mendadak berbanding ketika Covid-19 mula-mula melanda negara tahun lepas.

Pun begitu di celah-celah perang melawan pandemik Covid-19, PH dan sekutunya dilihat sengaja menangguk di air yang keruh dengan semua isu dan tindakan kerajaan dipersoalkan, malah sengaja mahu menghilangkan dalam pemikiran rakyat bahawa kerajaan sedang berusaha mengatasi penularan Covid-19 dan mempertingkatkan program vaksinasi menyeluruh yang kini mencapai lebih 200,000 suntikan sehari.

Pun begitu minda rakyat cuba dimomokkan dengan pelbagai tuduhan khasnya melalui tentera media sosial mereka iaitu RBA yang amat terkenal dengan mengalih isu dan membuat serangan fitnah tanpa memikirkan pahala dan dosa.

Apakah rakyat dan warga netizen sudah lupa sepanjang 22 bulan PH menerajui kerajaan, mereka melazimi kehendak pihak-pihak yang ternyata menolak Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam perkara kedudukan Istimewa Raja-raja Melayu, Hak Melayu dan bumiputera, Islam sebagai agama rasmi negara.

Lebih memeritkan ketika mereka memerintah rakyat dijadikan umpama ‘hamba’ di bumi sendiri dengan dasar yang banyak ditentukan selera dan haluannya oleh abang long DAP yang amat membuat rakyat berang.

Doktrin anti Islam dan suara menghina Raja-Raja Melayu seolah-olah sengaja dibiarkan berlaku ketika zaman mereka memerintah.

Pun begitu ketika ini mereka seolah-olah cuba mengalih beban itu kepada kerajaan PN dengan serangan demi serangan bermula sejak mereka jatuh walaupun umum tahu mereka jatuh angkara perbuatan mereka sendiri tatkala perbalahan dalaman PH gagal mereka uruskan.

Ketika ini PH mencanang kononnya kerajaan ini gagal dan lemah walaupun dalam keadaan seluruh tenaga kerajaan ditumpukan kepada perang melawan pandemik Covid-19 dan membina semula ekonomi akibat Covid-19.

Dalam masa yang sama rakyat khasnya warga netizen amat mudah terpengaruh dengan pelbagai tuduhan yang sebenarnya direkayasa (fitnah) demi menghalalkan hasrat PH mahu berkuasa kembali.

Pesan orang tua-tua, usah biar diri kita dipatuk ular di lubang yang sama kali kedua apatah lagi lubang itu miliki ular berbisa yang hanya mahu mengambil kesempatan…Renungkan bersama… – HARAKAHDAILY 19/6/2021

6 comments:

Anonymous said...

Bahaya politik ph. Mereka menormalkan hina sultan antaranya. Mereka kutip dana utk tabung hina sultan. Mereka menormalkan fitnah sebagai strategi politik. Mereka bersekongkol dgn kluster mahkamah utk tubuh kesepakatan. Kini mereka mewartakan setiap tindakan sebagai suara rakyat, yg sebenarnya suara pimpinan mereka.

Bilangan kluster mahkamah jauh lebih kecil berbanding yg bukan kluster mahkamah. Rakyat perlu buat pilihan bijak dlm menentukan kerajaan. Jangan mudah terliur ghairah dgn pidato berapi, tapi sebenarnya merapu lagho. Sekali kluster mahkamah, terangkum dlmnya kebejatan dan kejahatan. Semua org lain salah, hanya mereka jer yg betul. Ibarat madu tapi ada racun dlmnya. Itulah diri ph.

Anonymous said...

Jangan percaya janji janji manis anwar. 22 bulan pun dah jadi macam macam. Ada perarakan lgbt. Ada pesta arak. Ada pesta tattoo. Jika diberi peluang sekali lagi, acara acara tadi akan dihidupkan kembali. Subsidi akan ditarik. Hutang akan bertambah utk ke poket sendiri. Jika acara mungkar boleh dihalalkan, banyak mudharat lain boleh dibiakkan.

Anonymous said...

Anwar berjaya mengetuai gabungan ph. Berjaya menumbangkan kerajaan bn. Retorik dan persepsi politiknya berjaya mempengaruhi pengundi muda yg kurang kukuh kefahaman agamanya. Jarum liberalnya menembusi logika akal golongan muda. Tapi sekadar pidato sahaja. Rakyat terpedaya rupanya. Rakyat sentiasa gelisah semasa ph memerintah. Gaya pemerintahan ph tidak menepati naluri manusia yg sebenarnya. Lari dan tidak sejajar dengan naluri penduduk asal negara ini. Mungkin kerana liberal bukannya fahaman yg asli dan tidak bersifat ilahi. Melainkan fahaman ini disumbat dengan akal dan logika semata mata. Akibatnya berlaku kesesatan dalam beragama.

Anonymous said...

Iskam yang benar adalah Islam yang dibawa nabi Muhamad dan dijelaskan oleh al-quran serta hadis.
Islam PAS belum tentu benar kerana dibawa orang biasa yang suka mengutuk dan tiada cerminan akhlak Islam.

Anonymous said...

Liberal pasti sudah terlalu menyeleweng. Kerana Islam yg diutus kpd Nabi saw bukanlah liberal.

Anonymous said...

Biasalah barua @ RBA ternakan puak kafir harbi roket suka menfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam kerana parti Islam berjuang membela hak Islam dan hak umat Islam dan mempromosi kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Sebaliknya, barua-barua roket memuja dan mendewa-dewakan puak kafir harbi roket yang memuja dan mendewa-dewakan pengganas komunis dan menghina Islam dan menafikan hak umat Islam dan kencing rakyat secara terbuka.

Cukuplah 22 bulan puak kafir harbi roket dan khadam liberal mereka kencing rakyat dan menindas Islam dan umat Islam dan menjual aset tabung umat Islam dan aset kerajaan dan melingkupkan ekonomi dan menambah hutang negara. PoliTIKUS roket cuba membaiki labu.

Kera jaan Pee H pimpinan abang besar roket juga gagal menjaga kebajikan rakyat dengan alasan kononnya kera jaan Pee H tidak ada wang.

Jika musuh Islam berkuasa 22 tahun, mungkin umat Islam akan menjadi pelarian seperti rakyat Palestin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails