Monday, June 28, 2021

S'pura asal Negara Umat Islam, azan X boleh kumandang..

 

Oh, jadi Muazzin masih boleh laungkan Azan di Pulau Pinang lah ye? Ya betul! Telah dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang beberapa isu penting antaranya tiada kompromi bagi laungan azan di masjid dan surau. Maksudnya, tak betul lah berita yang kata azan diharamkan di Pulau Pinang. Propa jer lebih.. Boleh je azan guna pembesar suara luar kuat-kuat, no problemo.

CATATAN PERJALANAN DI PULAU SINGA (1)

S'purakini: S'pura asal Negara Umat Islam, azan X boleh kumandang..

PAGI ini hampir masuk waktu subuh, telinga saya mengintai-intai mencari-cari ingin dengar tanda-tanda suara azan akan bergema. Sudah dekat sangat masuk waktu tapi masih belum dengar lagi. Rupanya baru saya sedar, saya kini sedang berada di Woodlands, dalam negara Singapura.


Saya terus berjalan kaki ke masjid di situ. Masjid An-nur Woodlands, tidak sampai satu kilometer dari bangunan pejabat kastam Singapura. Bersembahyang subuh berjamaah di sana. 

Ada kira-kira 3, 4 saf, lebih 100 orang. Saya sempat berkenalan dengan beberapa orang, dari kumpulan Jamaah Tabligh yang tidur di masjid itu malam tadi. Juga berkenalan dengan seorang pemandu teksi orang tempatan bukan dari Jamaah Tabligh, namanya Abdul Malik.

"Maaf, boleh saya tanya sikit?" Dia mengangguk. "Maaf lagi, kalau boleh kita bercakap dari hati ke hati!"

"Ya." Jawabnya. Dia terus menumpukan pendengaran kepada katabisik saya.

"Dari ramai kawan-kawan kita orang Melayu Singapura datang melancung ke Malaysia yang saya temui, kebanyakannya memuji-muji pentadbiran Singapura, drastik maju membangun dari sudut kebendaan mengalahkan Malaysia sejak dulu, seolah-olah tiada apa-apa masalah bagi orang Islam-Melayu di sini. Semuanya baik belaka! Betulkah begitu, apa pandangan tuan?" Meluncur pertanyaan saya.

"Oh." Jawabnya. "Saya pemandu teksi. Mungkin fikiran saya agak terbuka sikit kerana selalu bertemu orang luar negara. Pada saya, walaupun ekonomi membangun, tetapi orang Islam seolah-olah di bawah penjajahan. Tidak bebas melaksanakan agama sendiri di atas tanah air kita sendiri. Azan pun tak boleh kedengaran ke luar masjid, apalagi yang berkaitan dengan pendidikan, kenegaraan, dan lain-lain. Hanya bebas mengampu dan membodek pemimpin."

Jika dilihat dari sudut sejarah pada tahun 1824, hanya 5 tahun setelah dirikan Singapura moden, populasi penduduknya bertumbuh pesat dari hanya 150 menjadi 10,000. Tahun 1832, Singapura menjadi pusat pemerintahan Straits Settlements (Wilayah Pemukiman Teluk) untuk daerah Penang, Melaka dan Singapura. Pembukaan Terusan Suez di tahun 1869 dan penemuan telegraf dan kapal wap membesarkan peranan penting Singapura sebagai pusat perdagangan yang semakin meningkat antara Timur dan Barat.

Singapura menjadi tumpuan ketenteraan di abad ke 14, ketika terlibat dalam perebutan Semenanjung Malaya (Tanah Melayu) antara kerajaan Siam (kini Thailand) dan Majapahit dari Jawa. Begitu juga pada 5 abad kemudian, ketika Perang Dunia II, Singapura sempat dianggap sebagai benteng yang tidak tertembus, sehingga Jepun menguasainya di tahun 1942. 

Selepas perang, Singapura menjadi Crown Colony (koloni Tahta Inggeris). Tumbuhnya nasionalisme menjadikan terbentuknya pemerintahan sendiri di tahun 1959, merdeka bersama Malaysia, tetapi akhirnya pada 9 Ogos 1965, Singapura dimerdekakan lagi menjadi republik Singapura.

Ibnu Hasyim bergambar depan Masjid An-Nur, Singapura.(Sept2016)

Ibnu Hasyim minum pagi bersama kawan-kawan di depan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.


"Berapa jumlah % penduduk Melayu-Islam Singapura sekarang?"

"Sebelum ini kira-kira 20%, sekarang dah tinggal 10%!" katanya. "Tapi tidak berkumpul setempat. Telah dipecah-pecahkan dan diperintah melalui projek-projek pembangunan, sehingga tidak boleh bersuara, walaupun asalnya semua negeri ini kita punya.

Teringat pula kepada kisah sejarah sebelum Singapura baru. Daerah Singapura pertama kali disebut dalam catatan bangsa China di abad ke 3, sebagai 'Pu-luo-chung' atau 'pulau di ujung semenanjung'. Di abad ke 14, Singapura menjadi bahagian dari kerajaan besar Sriwijaya, dan dikenal sebagai 'Temasek' atau 'Kota Laut'. 

Terletak di titik pertemuan jalur perjalanan laut di ujung Semenanjung Malaya. Singapura telah lama dikunjungi berbagai kapal, mulai dari junk China, kapal dagang India, dhow Arab, kapal-kapal perang Portugis sampai kapal layar Bugis.

Semasa abad ke 14, pulau kecil berlokasi strategis ini mendapat nama baru 'Singa Pura' atau Kota Singa, menjadi Singapura baru. Menurut legenda, seorang pangeran Sriwijaya bernama Sang Nila Utama yang datang melihat seekor haiwan singa, menyebabkan lahirlah nama moden Singapura ini, yang akhirnya disebut 'Singapore' dalam bahasa Inggeris.

Teringat pula kawanku mamak Penang buat jenaka. Pendekar Melayu yang berada di Pulau Temasik itu pernah terserempak dengan seekor singa terus menjerit "..singa porrah!"... ertinya nyahlah singa.. Singa itu terkejut lari. Itulah asal nama Singapura.

Katanya lagi, "Ingat orang Melayu-Islam di Pulau Singapura, akan jadi seperti singa itu, kalau tidak berjuang atas nama Islam.. karana aku pun Islam juga.. bumiputrak!!"

8 comments:

Anonymous said...

Enemy at the gate Part 5 : Nasib Indonesia lebih buruk di banding kan Malaysia.

Mantapkan dan perbaiki hubungan tetangga Indonesia. Tinggalkan Singapura dan Lupakan Singapura.!!

https://youtu.be/RCpWmqu5QNs (warga Cina berbondong ke Indonesia)

Indonesia banyak pengkhianat kata Prof Ichanuddin Noorsy siapa pengkhianatnya dan siapa pula pemenangnya..!? Nah Wajib tonton sblom baca seterusnya .

https://youtu.be/U-17GkZ868k (stratrgi Tiongkok usir pribumi Indonesia)

Nah sebelum baca tonton video ini dolu

https://youtu.be/gaEtbHyrqrQ Warga Tiongkok dataran menguasai Indonesia untuk di jadi Singapura ke 2.

Walaupun tanah dibawah kuasa anda kecil , ia tidak setanding ego anda.Dengan perasan anda lebih "superior" dari jiran atau pun kaum lain yang mengelilingi negara anda.

Lagi 20 tahun kemana arah tuju dan kemana hendak pergi dengan wang yang banyak tetapi tanah yang sedikit.Tentu sekali ke negara jiran yang terhampir yang memilki tanah. Betul tak?

https://youtu.be/OUxNZx0Ygxs Cina orde baru

Kemudian lihat lebih jauh di negara yang mempunyai masalah yang serupa ia itu negara Israel.

Sambil di kelilingi oleh negara Islam ia terlalu ego dan angkuh untuk menerima hakikat diri itu kecil. Maka sah anda sudah dapat kawan yang boleh berkongsi isu dan problem yang sama.

Jika Israel boleh menawan semua jiran nya bukan sahaja melalui ketenteraan , malah juga melalui perang saraf dan pemasangan proksi maka Singapura nampak nya tidak ada opsyen lain melainkan meniru jejak langkah serupa.

https://youtu.be/qHy-JU8mLew Little Isreal in Asia Tenggara ImranHossain

Anonymous said...

Fakta sejarah dunia:

Jika umat Islam memerintah negara, rakyat kafir bebas mengamalkan ajaran kafir mereka.

Sebaliknya, jika orang kafir memerintah negara, mereka menghina dan menindas agama Islam dan umat Islam. Contoh:
Negara China Komunis, Myanmmar, Israhell, Peranchis, Cambodia, Sepanyol, Filippina, Thailand, Vietnam, Amerika Syarikat, India dll.

Malangnya sebilangan umat Islam sanggup menjadi penjilat pemerintah kafir menghina agama Islam dan umat Islam kerana puak munafiq tersebut adalah penganut agama liberal yang sesat lagi menyesatkan.

Anonymous said...

bab kafir mengkafir dah rakyat bosan benda lama di ulang ulang.....

Anonymous said...

Kat Penang.

Melayu, Cina dan India semua kena halau klau duduk tanah orang. Sama sj.

Kat Georgetown dlu time buat highway tepi laut. Cina kena halau. India pun serupa masa isu kat Kampung Buah Pala.

Rumah mahal bukan kat Penang sj. Rumah mahal kat semua bandar besar.

Sebenarnya Melayu sendiri yg lari dr bahagian pulau ke seberang.

Anonymous said...

Anon 9:14,

Mengapa Melayu sendiri yg lari dr bahagian pulau ke seberang ? Sedang menunggu jawaban kamu.

Anonymous said...

Anon 9:14,

Sila tunjukkan data statistik rasmi yang menunjukkan bilangan orang Melayu, Cina dan India yang kena halau di Pulau Pinang.

Anonymous said...

Adakah puak RBA sudah mula merasa bosan mengkafirkan umat Islam untuk menfitnah parti Islam ?

Anonymous said...

Jap..tgh cari dalil

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails