Wednesday, July 07, 2021

13,500 penduduk miskin terima beras setiap bulan

 

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL

KOTA BHARU:
 Skim bantuan beras percuma (It’am) yang diagih sejak lebih 10 tahun lalu di Kelantan ditambah baik ketika menghadapi pandemik Covid-19 sekarang.

Skim bantuan beras itu diagih setiap bulan sebanyak 10 kilogram bagi setiap keluarga penduduk miskin.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, program berkebajikan itu diagih kepada rakyat miskin di seluruh Kelantan.

Katanya, setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) bantuan skim al It’am diagih kepada 250 penduduk miskin.

“Dan bermula tahun ini penerima bantuan itu ditambah 50 orang lagi bagi setiap Dewan Undangan Negeri (Dun).

“Dahulu setiap Dun disenarai 250 penerima dan sekarang kita tambah 50 orang lagi dan menjadikan setiap Dun ada 300 penerima. Jumlah Dun di Kelantan terdapat 45.

“Ini bermakna jumlah keseluruhan penerima beras percuma setiap bulan 13,500 orang.

“Penerimanya pula kita serah kepada Pusat Khidmat Dun untuk agihkan di mana
senarai penerima bantuan diselaraskan Pejabat Tanah dan Jajahan,” katanya selepas majlis penyampaian Bantuan Sejahtera Tani Covid-19 2021 di Bilik Gerakan Kota Darulnaim hari ini.

Malah sejak dua tahun lepas skim al It’am turut membabitkan beberapa bahan keperluan harian lain termasuk minyak masak di samping beras.

Turut hadir pada program berkenaan Adun Jelawat, Abdul Azziz Kadir dan Ketua Pegawai Eksekutif PKPNK, Nik Fazul Fazlee Nik Othman.

Tuan Mohd Saripudin yang juga Adun Selising berkata, kerajaan negeri mempunyai mekanisma sendiri untuk membantu penduduk yang kurang bernasib baik.

“Biasanya rakyat yang benar-benar susah akan dapat bantuan setiap bulan, bagi yang kurang susah sikit, kita gunakan sistem gilir kerana senarai penerima bantuan agak ramai.

“Misalnya bulan ini Yusuf dberi bantuan beras, bulan depan orang lain pula dan bulan seterusnya Yusuf dapat semula, kita gilir-gilir begitu,” katanya. – HARAKAHDAILY 5/7/2021

2 comments:

Anonymous said...

OK LA TIMA BERAS TIAP BOLAN
KLU PH MUNGKIN TIMA REBUNG BULUH
KIKIKI MUSANG KING UDAH TERANG
TUN KATA NAJIB KAN ADA SALAH DIA LA TUH...!!





KIKIKIKI...

Anonymous said...

13,500 penduduk miskin di Kelantan terima bantuan beras setiap bulan dari kerajaan PAS Kelantan.

Ini menunjukkan kerajaan PAS Kelantan adalah lebih baik dari kera jaan Pee H pimpinan abang besar roket kafir harbi yang hanya pandai kencing rakyat selama 22 bulan dengan pelbagai janji palsu, alasan bodoh dan persepsi @ fitnah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails