Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berucap pada Webinar Pemindahan Teknologi (TOT) 2021, hari ini
MPOB komersial 221 teknologi sawit bernilai RM5 bilion
KUALA LUMPUR: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sudah mengkomersialkan 221 teknologi dan inovasi membabitkan anggaran nilai pasaran RM5 bilion sejak 1993.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata kemajuan bidang penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan teknologi yang diterajui oleh MPOB telah menyumbang kepada perkembangan industri sawit negara.
Katanya, perkembangan pesat industri sawit khususnya dalam tempoh empat dekad yang lalu menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih tiga juta rakyat termasuk pekebun kecil sawit.
"Sehingga kini, MPOB telah memperkenalkan sebanyak 709 teknologi dan 191 perkhidmatan kepada pihak industri dan usahawan tempatan. Daripada jumlah itu, sebanyak 221 atau 31.17 peratus teknologi dan inovasi MPOB telah berjaya dikomersialkan termasuk dalam kalangan usahawan kecil sederhana.
"Teknologi MPOB yang sedia untuk dikomersialkan pula meliputi pengeluaran bahan tanaman, formulasi baja sawit, teknik kawalan penyakit dan serangga perosak, kejenteraan ladang, teknologi pengilangan dan formulasi produk makanan dan bukan makanan berasaskan sawit.
"Pengkomersialan teknologi MPOB telah menyumbang pendapatan dengan anggaran nilai pasaran melebihi RM5 bilion," katanya ketika berucap merasmikan Webinar Pemindahan Teknologi (TOT) 2021, hari ini.
Pada TOT 2021, MPOB melancarkan empat teknologi baharu merangkumi teknologi kawalan penyakit tanaman sawit, penghasilan produk biojisim sawit bagi rawatan efluen kilang kelapa sawit dan kejenteraan ladang bagi pengangkutan buah tandan segar.
Empat teknologi terbabit ialah teknologi menggunakan bakteria endofitik sebagai agen kawalan biologi yang berkesan bagi mengawal penyakit reput pangkal batang (BSR) disebabkan oleh kulat Ganoderma; teknologi bagi mengawal penyakit reput batang atas (USR) pada pokok sawit dengan pengesanan simptom awal menggunakan racun sistemik, hexaconazole
Inovasi sistem rawatan bahan buangan sawit atau efluen kilang kelapa sawit (POME); dan pembangunan jentera untuk membantu memunggah buah tandan segar (BTS) di ladang.
Pada acara maya itu, MPOB melancarkan tiga produk hasil kerjasama pengkomersialan dengan syarikat tempatan iaitu pengkomersialan teknologi kawalan penyakit Ganoderma, produk poliol berasaskan sawit bagi kegunaan sektor industri dan alat pemotong buah sawit berkuasa elektrik dikenali Cantas Elektro.
Sementara itu, Ketua Pengarah MPOB, Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir, berkata sejumlah 69 peratus teknologi dan inovasi MPOB belum dikomersialkan.
Katanya, terdapat dua cabaran yang dihadapai MPOB iaitu kesediaan pasaran dan cabaran memasarkan produk terbabit.
"Apa yang berlaku tidak semua teknologi yang telah dikomersialkan boleh dipasarkan. Ada sebahagian teknologi di peringkat perantaraan yang memerlukan kerjasama industri di mana teknologi terbabit perlu dikembangkan sebelum dapat dikomersialkan," katanya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, nasib baik Allah SWT anugerahkan kepada rakyat Malaysia pemimpin yang kreatif begini, menggantikan menteri PH yang sudah 22 bulan memerintah tapi tak jumpa jalan keluarnya. Perlu batalkan alternatif tanam buluh?
Ini kata buktinya.
Tanam buluh hanya alternatif - Teresa Kok
1 comment:
Dengan itu, tanpa keraguan bahawa mereka yang menolak, memperlekeh dan mempersenda idea mengibar bendera putih termasuk dengan mengatakan lebih baik mengangkat tangan berdoa kepada Tuhan daripada mengangkat bendera putih yang ditafsirkan sebagai lambang kegagalan atau mengaku kalah, juga mendakwa ini adalah agenda pembangkang dan macam-macam lagi, semuanya adalah golongan yant hatinya telah hitam.
Mereka tidak melihat bahawa apabila ada kesusahan atau orang memerlukan bantuan, ia bukanlah semata-mata ujian kepada golongan terbabit, tetapi ia juga adalah ujian kepada mereka yang kaya dan berkemampuan.
Jangan sesekali menolak, mempersenda dan memperlekeh idea mereka yang sedang berusaha mahu menolong dan membantu, sedangkan mereka sendiri tiada usaha lebih baik daripadanya.
Dalam memberi bantuan atau menolong orang dalam kesusahan juga, agenda politik mestilah diketepikan dan tidak seharusnya dijadikan keutamaan.
Seterusnya, dengan mengibar bendera putih bukanlah bermakna tidak berdoa kepada Tuhan, tetapi ia sebahagian daripada usaha atau ikhtiar yang sememangnya dituntut untuk sesiapa pun juga melakukannya.
Post a Comment