Thursday, July 01, 2021

221 komersial teknologi sawit bernilai RM5 bilion. Batal tanam buluh?

 

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berucap pada Webinar Pemindahan Teknologi (TOT) 2021, hari ini

MPOB komersial 221 teknologi sawit bernilai RM5 bilion

KUALA LUMPUR: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sudah mengkomersialkan 221 teknologi dan inovasi membabitkan anggaran nilai pasaran RM5 bilion sejak 1993.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata kemajuan bidang penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan teknologi yang diterajui oleh MPOB telah menyumbang kepada perkembangan industri sawit negara.

Katanya, perkembangan pesat industri sawit khususnya dalam tempoh empat dekad yang lalu menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih tiga juta rakyat termasuk pekebun kecil sawit.

"Sehingga kini, MPOB telah memperkenalkan sebanyak 709 teknologi dan 191 perkhidmatan kepada pihak industri dan usahawan tempatan. Daripada jumlah itu, sebanyak 221 atau 31.17 peratus teknologi dan inovasi MPOB telah berjaya dikomersialkan termasuk dalam kalangan usahawan kecil sederhana.

"Teknologi MPOB yang sedia untuk dikomersialkan pula meliputi pengeluaran bahan tanaman, formulasi baja sawit, teknik kawalan penyakit dan serangga perosak, kejenteraan ladang, teknologi pengilangan dan formulasi produk makanan dan bukan makanan berasaskan sawit.

"Pengkomersialan teknologi MPOB telah menyumbang pendapatan dengan anggaran nilai pasaran melebihi RM5 bilion," katanya ketika berucap merasmikan Webinar Pemindahan Teknologi (TOT) 2021, hari ini.

Pada TOT 2021, MPOB melancarkan empat teknologi baharu merangkumi teknologi kawalan penyakit tanaman sawit, penghasilan produk biojisim sawit bagi rawatan efluen kilang kelapa sawit dan kejenteraan ladang bagi pengangkutan buah tandan segar.

Empat teknologi terbabit ialah teknologi menggunakan bakteria endofitik sebagai agen kawalan biologi yang berkesan bagi mengawal penyakit reput pangkal batang (BSR) disebabkan oleh kulat Ganoderma; teknologi bagi mengawal penyakit reput batang atas (USR) pada pokok sawit dengan pengesanan simptom awal menggunakan racun sistemik, hexaconazole

Inovasi sistem rawatan bahan buangan sawit atau efluen kilang kelapa sawit (POME); dan pembangunan jentera untuk membantu memunggah buah tandan segar (BTS) di ladang.

Pada acara maya itu, MPOB melancarkan tiga produk hasil kerjasama pengkomersialan dengan syarikat tempatan iaitu pengkomersialan teknologi kawalan penyakit Ganoderma, produk poliol berasaskan sawit bagi kegunaan sektor industri dan alat pemotong buah sawit berkuasa elektrik dikenali Cantas Elektro.

Sementara itu, Ketua Pengarah MPOB, Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir, berkata sejumlah 69 peratus teknologi dan inovasi MPOB belum dikomersialkan.

Katanya, terdapat dua cabaran yang dihadapai MPOB iaitu kesediaan pasaran dan cabaran memasarkan produk terbabit.

"Apa yang berlaku tidak semua teknologi yang telah dikomersialkan boleh dipasarkan. Ada sebahagian teknologi di peringkat perantaraan yang memerlukan kerjasama industri di mana teknologi terbabit perlu dikembangkan sebelum dapat dikomersialkan," katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, nasib baik Allah SWT anugerahkan kepada rakyat Malaysia pemimpin yang kreatif begini, menggantikan menteri PH yang sudah 22 bulan memerintah tapi tak jumpa jalan keluarnya. Perlu batalkan alternatif tanam buluh?

Ini kata buktinya.

Tanam buluh hanya alternatif - Teresa Kok 

Teresa dalam satu sidang media berkata kerajaan mencadangkan pekebun kecil memberi tumpuan kepada tanaman alternative bagi melawan kejatuhan harga sawit di pasaran dunia. - Foto Bernama

Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata cadangan tanaman buluh mengantikan sawit hanya satu alternatif.
Ia bagi melawan sentimen anti minyak sawit yang dijalankan oleh Eropah sekali gus menjejaskan eksport minyak sawit Malaysia ke pasaran global.
“Kementerian Industri Utama di bawah saya sedang mengambil langkah untuk melawan pengaruh kempen anti minyak sawit di Eropah yang mutakhir ini menjadi semakin kuat.
“Perdana Menteri menasihati rakyat, malahan termasuklah kementerian saya agar tidak terlalu bergantung kepada satu-satu jenis tanaman.
“YAB menegaskan adalah penting bagi negara kita untuk mengkaji kesesuaian penanaman tanaman alternatif bagi mempelbagaikan pendapatan pekebun kecil.
Justeru Teresa berkata tajuk laporan sebuah akbar tempatan “Lupakan Kelapa Sawit, Tanam Buluh” adalah tidak wajar.
“Buluh, nanas dan kelapa yang saya sebutkan semalam adalah sebagai cadangan alternatif kepada para pekebun kecil yang selama ini sangat bergantung hanya kepada tanaman kelapa sawit sebagai sumber pendapatan.
“Kenyataan saya juga hanya merujuk kepada beberapa kawasan yang bersesuaian di Negeri Pahang yang kebetulannya mempunyai banyak buluh,” katanya dalam satu kenyataan.
Teresa dalam satu sidang media pada Sabtu berkata kerajaan mencadangkan pekebun kecil memberi tumpuan kepada tanaman alternative bagi melawan kejatuhan harga sawit di pasaran dunia.

Sekian. (Ibnu Hasyim.)

1 comment:

Anonymous said...

Dengan itu, tanpa keraguan bahawa mereka yang menolak, memperlekeh dan mempersenda idea mengibar bendera putih termasuk dengan mengatakan lebih baik mengangkat tangan berdoa kepada Tuhan daripada mengangkat bendera putih yang ditafsirkan sebagai lambang kegagalan atau mengaku kalah, juga mendakwa ini adalah agenda pembangkang dan macam-macam lagi, semuanya adalah golongan yant hatinya telah hitam.



Mereka tidak melihat bahawa apabila ada kesusahan atau orang memerlukan bantuan, ia bukanlah semata-mata ujian kepada golongan terbabit, tetapi ia juga adalah ujian kepada mereka yang kaya dan berkemampuan.



Jangan sesekali menolak, mempersenda dan memperlekeh idea mereka yang sedang berusaha mahu menolong dan membantu, sedangkan mereka sendiri tiada usaha lebih baik daripadanya.



Dalam memberi bantuan atau menolong orang dalam kesusahan juga, agenda politik mestilah diketepikan dan tidak seharusnya dijadikan keutamaan.



Seterusnya, dengan mengibar bendera putih bukanlah bermakna tidak berdoa kepada Tuhan, tetapi ia sebahagian daripada usaha atau ikhtiar yang sememangnya dituntut untuk sesiapa pun juga melakukannya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails