Saturday, July 03, 2021

35 Ahli Parlimen UMNO tinggalkan Zahid Hamidi?

Astro Awani 35 Ahli Parlimen UMNO kekal dengan keputusan bersama PN sehingga Parlimen bubar - Sumber 

KUALA LUMPUR: Seramai 35 Ahli Parlimen UMNO yang mengadakan pertemuan malam tadi bersetuju mempertahankan resolusi yang diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU2020) pada Mac lalu. 

Ini bermakna kesemua 35 Ahli Parlimen itu akan terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga Parlimen dibubarkan, kata sumber kepada Astro AWANI. 

PAU2020 pada Mac lalu antara lain menuntut supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan apabila tempoh darurat tamat, sama ada selepas 1 Ogos ini atau tarikh sebelumnya, jika darurat ditamatkan lebih awal. 

Ia juga memutuskan bahawa Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak akan bersama PN apabila Parlimen dibubarkan. at 7/03/2021 06:25:00 PG (KERENGGA)

3 comments:

Anonymous said...

Ha ha sampai kena keluar resolusi.

Bleh caya ke geng ni.

Mcmana nak pastikan semua kemewahan dan kuasa tak terlepas.

Nasib le rakyat.

Anonymous said...

Dah cakap dah, wak jahit ni tak boleh dipercayai. Politik dia sama dengan politik abam. Depan cakap yes, belakang berbelit. Banyak kelentong.

Anonymous said...

Agong pun kena game dgn presiden umno. Elok semak semula titah, supaya tidak dianggap derhaka jika dharurat dilanjutkan. Abam memang punya pelbagai helah utk mencapai cita2 menjadi pm. Konspirasi abam dgn sekutu peringkat tertinggi terdedah juga akhirnya. Rakyat tetap bersama institusi kesultanan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails