Sunday, July 11, 2021

'Allah Tuhan Semesta Alam...' Syaitan takut-gementar dengan kalimah ini..

 


Allah Tuhan Semesta Alam, semua kerajaan berada di bawah-Nya

﴿بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ١ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ٢ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ٣ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ٤﴾

“Dengan menyebutkan nama Allah, Tuhan yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (1); Segala puji bagi Allah, Tuhan (yang memelihara dan mentadbir) semesta alam. (2); Tuhan yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (3); Tuhan yang Menguasai pemerintahan pada Hari Pembalasan (Hari Akhirat). (4).” (Surah al-Fatihah: 1-4)

Setiap penganut Islam yang taat kepada agamanya wajib mengulangi ayat-ayat ini dalam setiap solat. Ayat yang mengakui ketuhanan Allah SWT sebagai Tuhan semesta alam yang bermaksud Allah ialah Pencipta, Pemerintah dan Pentadbir bagi seluruh makhluk-Nya. Bukan sahaja mentadbir makhluk bernama manusia, bahkan seluruh alam ciptaan-Nya yang nyata dan ghaib, bumi dan langit. Allah SWT memerintah seluruh alam dengan undang-undang mengikut kejadian masing-masing, sama ada mengikut fitrah atau pilihannya.

Inilah yang disebutkan dengan ‘tauhid rububiyyah’ (Rabb al-‘Aalamin), menjadi kepercayaan kepada manusia secara fitrah (naluri), oleh penganut semua agama. Termasuklah dalam kalangan kalangan ateis (kononnya tidak percaya kepada Tuhan), apabila berada dalam keadaan terpaksa, maka naluri dirinya akan menerima hakikat kewujudan Tuhan.

Firman Allah SWT:

﴿أَفَغَيْرَ دِينِ اللَّهِ يَبْغُونَ وَلَهُ أَسْلَمَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَإِلَيْهِ يُرْجَعُونَ٨٣﴾

“Maka, apakah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari agama yang lain daripada agama Allah? Padahal kepada-Nya jualah tunduk dan taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepada-Nya jugalah mereka dikembalikan.” (Surah Ali ‘Imran: 83)

Maka, manusia adalah salah satu daripada makhluk Allah SWT yang diciptakan dan berada di alam bumi, bertujuan supaya beribadat kepada-Nya sahaja. Selain itu juga, untuk menunaikan kewajipan berkhilafah (menjalankan politik mentadbir dan memerintah di bumi) dengan menunaikan amanah bagi melaksanakan hukum yang adil berpandukan petunjuk Allah SWT. Begitu juga mengikut panduan akal yang berilmu dan matang berfikir, serta pengalaman dan kajian yang diizinkan oleh fitrahnya (naluri) dan mengikut taklif (kemampuan dirinya).

Perkara ini menunjukkan betapa kewajipan untuk mendirikan sebuah kerajaan yang mentadbir dan hubungannya dengan Allah SWT diucapkan pada setiap kali selepas solat sebagaimana firman-Nya:

﴿قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ٢٦﴾

“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan! Engkaulah yang memberikan kerajaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kerajaan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah juga yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkau sahajalah adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Surah Ali ‘Imran: 26)

Ayat di atas menunjukkan bahawa semua kerajaan di dunia yang ditegakkan oleh manusia, berada di bawah kerajaan Allah SWT yang menguasai seluruh alam. Hal tersebut bagi menguji manusia yang diberikan akal bagi melaksanakan kewajipannya dengan kurniaan Allah SWT kepada mereka, melalui anggota jasad dan segala kemudahan hidup. Firman Allah SWT:

﴿وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَى كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلًا٧٠﴾

“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam (manusia); dan Kami telah berikan kepada mereka menggunakan pelbagai kenderaan di daratan dan di lautan; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka daripada sumber yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna ke atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan. (Surah al-Isra’: 70)

Ciri-ciri yang menunjukkan kemampuan untuk memerintah dan mentadbir muka bumi ini, hanyalah terdapat pada makhluk manusia. Justeru, mereka diwajibkan dengan bebanan tugas tersebut.

Adapun peranan sesebuah kerajaan itu menjadi ujian kepada manusia, sama ada mereka menerima petunjuk Allah SWT atau menolaknya. Hal ini dinyatakan oleh firman Allah SWT:

﴿تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ١ الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا  وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ٢﴾

“Maha Suci Allah, Tuhan yang menguasai kerajaan (pemerintahan); dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. (1); Dialah yang telah menjadikan adanya mati dan hidup untuk menguji kalian, siapakah antara kalian yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Perkasa, lagi Maha Pengampun. (2).” (Surah al-Mulk: 1-2)

Semua kurniaan Allah SWT kepada manusia ialah untuk menguji ketaatan dan kesyukuran mereka kepada-Nya, bermula daripada kurniaan jasad dan roh, sehinggalah kurniaan seperti kekayaan dan kerajaan. Terdapat dalam kalangan manusia itu mereka yang bersyukur dan taat, malah ada juga mereka yang kufur (melawan) dan lupakan kurniaan Allah SWT. Sesungguhnya pihak yang berkuasa dan rakyat yang mengikutnya itu diberikan ujian. Firman Allah SWT:

﴿يَوْمَ نَدْعُو كُلَّ أُنَاسٍ بِإِمَامِهِمْ فَمَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ فَأُولَئِكَ يَقْرَءُونَ كِتَابَهُمْ وَلَا يُظْلَمُونَ فَتِيلًا٧١ وَمَنْ كَانَ فِي هَذِهِ أَعْمَى فَهُوَ فِي الْآخِرَةِ أَعْمَى وَأَضَلُّ سَبِيلًا٧٢﴾

(Ingatlah) hari Kami menyeru setiap kumpulan manusia dengan nama pemimpinnya; kemudian sesiapa yang diberikan kitab amalannya di tangan kanannya, maka mereka itu akan membacanya (dengan sukacita), dan mereka tidak dianiaya sedikit pun. (71); Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (mata hatinya), nescaya di akhirat (kelak) juga buta dan lebih sesat daripada jalannya (jalan kebenaran). (72).” (Surah al-Isra’: 71-72)

Ayat di atas menunjukkan bahawa para pemimpin dan rakyat yang mendukungnya kelak akan dibicarakan di hadapan Allah SWT. Maka, tiada siapa yang boleh hidup keseorangan tanpa mempunyai kaitan dengan politik (siapa yang memerintahnya). Termasuklah mereka yang menjadi syaitan bisu terhadap kebenaran dan kebatilan yang mengepung kehidupannya.

Dalam aspek kerajaan, Allah SWT menunjukkan dalam al-Quran terdapat dua jenis kerajaan di alam dunia, supaya menjadi teladan kepada seluruh umat manusia:

Pertama: Kerajaan yang adil menjadi teladan dan mengikut petunjuk Allah SWT

Allah SWT menceritakan tentang kerajaan yang menjadi kuasa dunia yang paling besar pada zamannya, iaitu kerajaan yang diperintah oleh Nabi Sulaiman AS. Firman-Nya:

﴿وَلَقَدْ آتَيْنَا دَاوُودَ وَسُلَيْمَانَ عِلْمًا وَقَالَا الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي فَضَّلَنَا عَلَى كَثِيرٍ مِنْ عِبَادِهِ الْمُؤْمِنِينَ١٥ وَوَرِثَ سُلَيْمَانُ دَاوُودَ وَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ عُلِّمْنَا مَنْطِقَ الطَّيْرِ وَأُوتِينَا مِنْ كُلِّ شَيْءٍ  إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْفَضْلُ الْمُبِينُ١٦﴾

“Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman; dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: ‘Segala puji bagi Allah yang melimpahkan kurniaan-Nya kepada kami berupa kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hamba-Nya yang beriman.’ (15); Dan Nabi Sulaiman telah mewarisi (pangkat kenabian dan kerajaan) Nabi Daud; dan (setelah itu) Nabi Sulaiman berkata: ‘Wahai umat manusia, kami telah diajar untuk mengerti bahasa pertuturan burung, dan kami telah diberikan segala sesuatu (yang diperlukan). Sesungguhnya yang demikian ini adalah limpah kurnia (daripada Allah) yang nyata.’ (16).” (Surah al-Naml: 15-16)

Kerajaan Nabi Sulaiman AS itu memerintah manusia, jin sehinggalah burung liar yang terbang di udara. Namun, Baginda AS tetap bersyukur kepada Allah SWT dan memerintah dengan adil.

Firman Allah SWT:

﴿قَالَ الَّذِي عِنْدَهُ عِلْمٌ مِنَ الْكِتَابِ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَنْ يَرْتَدَّ إِلَيْكَ طَرْفُكَ فَلَمَّا رَآهُ مُسْتَقِرًّا عِنْدَهُ قَالَ هَذَا مِنْ فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ وَمَنْ شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّي غَنِيٌّ كَرِيمٌ٤٠﴾

“Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan daripada Kitab Allah: ‘Aku akan membawakan singgahsana itu kepadamu dalam sekelip mata!’ Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, lalu dia berkata: ‘Ini termasuk daripada limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku mengingkari (akan ni‘mat-Nya). Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur, maka kesyukurannya untuk (kebaikan) dirinya sendiri, dan sesiapa yang ingkar, kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Mulia.’” (Surah al-Naml: 40)

Allah SWT menjelaskan dalam ayat di atas, Nabi Sulaiman AS yang mempunyai kuasa besar juga menerima penyerahan diri kerajaan Saba’ dan rajanya Maharani Balqis dengan penuh tawadhu‘. Pada masa yang sama, tetap bersyukur kepada Allah SWT, ketika berkuasa di ambang paling tinggi dan paling kuat.

Allah SWT menceritakan berkenaan Raja Zulqarnain yang adil menakluk dunia melalui firman-Nya:

﴿ثُمَّ أَتْبَعَ سَبَبًا٩٢ حَتَّى إِذَا بَلَغَ بَيْنَ السَّدَّيْنِ وَجَدَ مِنْ دُونِهِمَا قَوْمًا لَا يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ قَوْلًا٩٣ قَالُوا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجًا عَلَى أَنْ تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ سَدًّا٩٤ قَالَ مَا مَكَّنِّي فِيهِ رَبِّي خَيْرٌ فَأَعِينُونِي بِقُوَّةٍ أَجْعَلْ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ رَدْمًا٩٥ آتُونِي زُبَرَ الْحَدِيدِ حَتَّى إِذَا سَاوَى بَيْنَ الصَّدَفَيْنِ قَالَ انْفُخُوا حَتَّى إِذَا جَعَلَهُ نَارًا قَالَ آتُونِي أُفْرِغْ عَلَيْهِ قِطْرًا٩٦ فَمَا اسْطَاعُوا أَنْ يَظْهَرُوهُ وَمَا اسْتَطَاعُوا لَهُ نَقْبًا٩٧﴾

“Kemudian dia (Raja Zulqarnain) berpatah balik menempuh jalan yang lain. (92); Sehingga apabila dia sampai antara dua buah gunung, dia mendapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir tidak dapat memahami perbicaraan. (93); Mereka berkata: ‘Wahai Zulqarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami memberikan sejumlah bayaran kepadamu, dengan syarat engkau membina sebuah tembok antara kami dengan mereka?’(94); Zulqarnain berkata: ‘Kekuasaan yang Tuhanku jadikan diriku menguasainya adalah lebih baik; oleh itu bantulah aku dengan kekuatan (manusia dan peralatan) agar aku dapat membina antara kalian dengan mereka sebuah tembok yang kukuh. (95); ‘Berikanlah kepadaku potongan-potongan besi’; sehingga apabila besi terkumpul itu tingginya menyamai paras antara dua gunung itu, Zulqarnain pun berkata: ‘Tiupkanlah dengan alat-alat kalian’ sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah Zulqarnain: ‘Berikanlah aku tembaga cair (yang mendidih) supaya aku tuangkan ke atasnya.’ (96); Maka, mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya. (97).” (Surah al-Kahfi: 92-97)

Raja Zulqarnain yang berkuasa besar juga bersyukur kepada Allah SWT, sehingga beliau menolak tawaran cukai daripada kaum yang lemah dan bersedia untuk menolong mereka bagi menghadapi musuh yang menceroboh dengan ganas.

Kedua: Kerajaan zalim yang derhaka dan melawan Allah SWT

Allah SWT menceritakan tentang Raja Namrud yang memerintah kerajaan Babylon melalui firman-Nya:

﴿أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِي حَاجَّ إِبْرَاهِيمَ فِي رَبِّهِ أَنْ آتَاهُ اللَّهُ الْمُلْكَ إِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّيَ الَّذِي يُحْيِي وَيُمِيتُ قَالَ أَنَا أُحْيِي وَأُمِيتُ قَالَ إِبْرَاهِيمُ فَإِنَّ اللَّهَ يَأْتِي بِالشَّمْسِ مِنَ الْمَشْرِقِ فَأْتِ بِهَا مِنَ الْمَغْرِبِ فَبُهِتَ الَّذِي كَفَرَ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ٢٥٨﴾

“Apakah kamu tidak memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: ‘Tuhanku ialah Tuhan yang Menghidupkan dan Mematikan.’ Orang itu berkata: ‘Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan.’ Nabi Ibrahim berkata lagi: ‘Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari arah timur, oleh itu terbitkanlah ia dari arah barat?’ Maka, tercenganglah orang kafir itu. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” (Surah al-Baqarah: 258)

Raja Namrud yang zalim dan angkuh berhujah penuh kesombongan terhadap Nabi Ibrahim AS, apabila menunjukkan kuasanya dengan membawa dua orang yang telah dijatuhkan hukuman bunuh. Salah seorang daripada mereka dilaksanakan hukuman ke atasnya, manakala seorang lagi pula dibebaskan, lalu dia berlagak seperti Tuhan yang boleh menghidupkan dan mematikan. Nabi Ibrahim AS mematikan hujahnya dengan mencabar supaya menerbitkan matahari dari arah barat.

Allah SWT berfirman menceritakan perihal Fir‘aun yang menjadi Raja Mesir:

﴿فَحَشَرَ فَنَادَى٢٣ فَقَالَ أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَى٢٤ فَأَخَذَهُ اللَّهُ نَكَالَ الْآخِرَةِ وَالْأُولَى٢٥ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَعِبْرَةً لِمَنْ يَخْشَى٢٦﴾

“Maka, dia menghimpunkan (pembersar-pembesarnya) dan menyeru kaumnya. (23); Dengan berkata: ‘Akulah tuhanmu, yang tertinggi.’ (24); Maka, Allah menyeksa Firaun di akhirat dan memberikan azab di dunia ini. (25); Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang takut (melanggar perintah Tuhannya).(26).” (Surah al-Nazi‘at: 23-26)

Firman Allah SWT:

﴿وَنَادَى فِرْعَوْنُ فِي قَوْمِهِ قَالَ يَا قَوْمِ أَلَيْسَ لِي مُلْكُ مِصْرَ وَهَذِهِ الْأَنْهَارُ تَجْرِي مِنْ تَحْتِي أَفَلَا تُبْصِرُونَ٥١ أَمْ أَنَا خَيْرٌ مِنْ هَذَا الَّذِي هُوَ مَهِينٌ وَلَا يَكَادُ يُبِينُ٥٢ فَلَوْلَا أُلْقِيَ عَلَيْهِ أَسْوِرَةٌ مِنْ ذَهَبٍ أَوْ جَاءَ مَعَهُ الْمَلَائِكَةُ مُقْتَرِنِينَ٥٣ فَاسْتَخَفَّ قَوْمَهُ فَأَطَاعُوهُ  إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْمًا فَاسِقِينَ٥٤﴾

“Dan Fir‘aun pula menyeru kepada kaumnya, katanya: ‘Wahai kaumku! Bukankah kerajaan negeri Mesir ini kepunyaanku, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah (istana)ku? Tidakkah kalian melihatnya?’ (51); ‘Bukankah aku lebih baik daripada orang yang hina keadaannya ini, dan yang hampir-hampir tidak dapat menjelaskan perkataannya?’ (52); Kenapa tidak dipakaikan kepadanya gelang emas (yang menandakan dia seorang pemimpin), atau malaikat datang bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?’ (53); Maka, Fir‘aun memperbodoh kaumnya, lalu mereka mematuhinya; sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasiq (derhaka). (54).” (Surah al-Zukhruf: 51-54)

Ayat di atas menceritakan tentang Fir‘aun (Raja Mesir) yang angkuh dan mengaku menjadi tuhan serta mengisytiharkan dirinya berkuasa termasuklah kuasa untuk memberikan rezeki kepada rakyat.

Semua kerajaan tersebut berada di bawah kuasa Kerajaan Allah SWT bagi menguji manusia yang berakal, dan mereka dikurniakan sifat-sifat kemampuan yang berbeza dengan makhluk yang lain. Semuanya menerima akibat dan hukuman di dunia dan balasan di akhirat kelak.

Allah SWT melantik para Rasul bersama kitab petunjuk-Nya bagi memberikan petunjuk kepada seluruh manusia. Firman-Nya:

﴿كَانَ النَّاسُ أُمَّةً وَاحِدَةً فَبَعَثَ اللَّهُ النَّبِيِّينَ مُبَشِّرِينَ وَمُنْذِرِينَ وَأَنْزَلَ مَعَهُمُ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِيَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ فِيمَا اخْتَلَفُوا فِيهِ وَمَا اخْتَلَفَ فِيهِ إِلَّا الَّذِينَ أُوتُوهُ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَتْهُمُ الْبَيِّنَاتُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ فَهَدَى اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا لِمَا اخْتَلَفُوا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِهِ وَاللَّهُ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ٢١٣﴾

“Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menuruti agama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi peringatan; dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk memerintah dan menghukum (memberikan keputusan antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan) dan (sebenarnya) tiada yang berselisih pandangan melainkan orang-orang yang telah diberikan kepada mereka Kitab-kitab suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas dan nyata, mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka, Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izin-Nya. Dan Allah sentiasa memberikan petunjuk-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.” (Surah al-Baqarah: 213)

Sebahagian manusia menerima petunjuk dan sebahagiannya yang melampau  menolaknya. Begitu juga, sebahagian manusia ada yang berjaya melepasi ujian menjadi pemerintah dan terdapat sebahagian yang lain telah gagal apabila mereka berlaku zalim dengan meninggalkan petunjuk Allah SWT.

Firman Allah SWT:

﴿وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ٢٤ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ يَفْصِلُ بَيْنَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ٢٥﴾

Dan Kami jadikan antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberikan petunjuk kepada melaksanakan perintah Kami, selagi mana mereka bersabar. Dan mereka itu meyakini ayat-ayat Kami. (24); Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang akan memutuskan hukum-Nya antara mereka pada Hari Kiamat tentang apa yang selalu mereka perselisihkan padanya. (25).” (Surah al-Sajdah: 24-25)

Firman Allah SWT:

﴿وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً يَدْعُونَ إِلَى النَّارِ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يُنْصَرُونَ٤١ وَأَتْبَعْنَاهُمْ فِي هَذِهِ الدُّنْيَا لَعْنَةً وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ هُمْ مِنَ الْمَقْبُوحِينَ٤٢﴾

Dan Kami jadikan mereka sebagai pemimpin-pemimpin yang menyeru manusia ke neraka (dengan kekufurannya), dan pada Hari Kiamat pula mereka tidak mendapat sebarang pertolongan. (41); Dan Kami iringi mereka dengan laknat di dunia ini, dan pada Hari Kiamat pula mereka tergolongan daripada kalangan orang-orang yang dijauhkan (daripada rahmat Allah). (42).” (Surah al-Qasas: 41-42)

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 28 Zulqa‘dah 1442 / 9 Julai 2021 – HARAKAHDAILY 9/7/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Membaca artikel ini dan ayat-ayat Quran didalam nya sudah beroleh pahala, apalagi menghayatinya. Syaitan-syaitan akan bertempiaran lari apabila mendengar kebesaran dan kekuasaan Allah SWT. 

Samada syaitan puaka dirimba atau di kota, bertopengkan manusia atau hantu-raya. Apa lagi balaci-balaci yang berupa manusia kerdil sakit jiwanya. Na'auzublillahi minzalik.

4 comments:

Anonymous said...

Syaitan lari pun, manusia boleh buat silap kerana HATI.


Contoh silap yg tak tahu akibat SYAITAN atau HATI

Situasi I:
"Tengok abam kan ada anak murid yg legend dengan isu semburit. Jika muridnya legend, gurunya lagilah legend."

Syaitan berjaya pengaruh atau hati yg sebabkan pengkomen keluar kenyataan hina. Walaupun tak sebut nama sebenar, dia merujuk nama yg biasa disebut sesetengah golongan(abam) sedangkan rakyat tahu orang itu diberi pengampunan dan dipadamkan kesalahan. Malah pengkomen bukan saksi pun kesalahan dgn MATAnya.

Si "anak murid" pula tak salah kerana tuduhan terhadapnya tiada bukti jelas. Isu ni kena jujur walaupun rakyat benci pelompat parti(yg meruntuhkan kerajaam demokrasi).

Kenapa cerita/ulang sejarah sebegitu sehingga boleh menyebabkan manusia percaya perkara sebaliknya?


Situasi II:
Syaitan atau hati telah mempengaruhi menteri agama untuk langgar SOP ulul amri. Walaupun perkara simple tapi tetap silap yg menunujukkan tauladan tak baik terutama bukan Islam. Malah bleh digunakan utk HINA Islam.


Syaitan dan hati saling berkait. Yang penting manusia guna juga akal untuk menilai bisikan syaitan dan hati.

Guna akal. Dah 60 tahun bersama sistem b end yg dah rosak. Sistem P eNd pula berterabur(sentiasa bergaduh jawatan dll) kerana wujudnya dgn bantuan penipu/pelompat/geng parti Islam extrem.

Kene kasi balik sistem PH untuk perintah 1 penggal

Anonymous said...

Presiden liberal tak mampu beri saranan berasaskan text quran dan hadith. Kalau buat juga boleh jatuh fasiq sebab tak berguru quran dan hadith secara sanad. Bidang presiden liberal ialah sastera. Tu yg pandai berhujjah dengan isi temberang. Tghh pula ambil quran dan hadith secara bersanad.

Anonymous said...

Kepala bapak liberal mata satu telah dihukum oleh hakim mahkamah kerana kerana jenayah liwat berdasarkan fakta berikut:

(1) Pendakwaraya mempunyai pelbagai bukti kukuh dan sebilangan saksi yang boleh dipercayai.

(2) Peguam bela pula telah GAGAL menafikan atau menimbulkan keraguan terhadap semua bukti dan saksi tersebut.

(3) Maka berdasarkan bukti yang kukuh dan saksi yang boleh dipercayai , maka hakim telah menghukum peliwat terkutuk tersebut.

Maka dakwaan puak RBA ternakan puak kafir harbi roket dan barua Pee H konon peliwat tersebut telah dinafikan hak untuk mendapat keadilan dan dia adalah mangsa kezaliman adalah pembohongan yang sangat jelas.

Yang jelas peliwat itu telah menzalimi dirinya sendiri dengan :

(1) melakukan jenayah liwat

(2) menghina undang-,undang Islam

(3) menganut dan memperjuangkan liberalisme yang sesat lagi menyesatkan.

(4) bersekongkol dengan puak kafir hatbi roket

(5) kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu

dan

(6) menyokong rejim pengganas IsraHell.

Anonymous said...

Jika biarkan kem liberal buat fitnah lagi besar dosa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails