Sunday, July 11, 2021

Amah jadi buruh paksa, sama zalim dengan amah dirogol ADUN DAP?

 

Amah jadi buruh paksa diselamatkan, 

KUALA LUMPUR: Seorang wanita pembantu rumah warga Indonesia yang dipercayai didera secara fizikal dan mental selama hampir empat tahun bekerja di sebuah rumah di Taiping, Perak, akhirnya diselamatkan, Jumaat lalu.

Operasi menyelamat dilakukan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) pusat bersama JTK Perak dengan kerjasama Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kementerian Sumber Manusia dalam kenyataan, hari ini memaklumkan mangsa berusia 36 tahun itu diselamatkan susulan aduan dan maklumat oleh Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di sini, Rabu lalu.

Berikutan itu, katanya, risikan dijalankan pada 7 dan 8 Julai lalu sebelum operasi menyelamatkan mangsa dijalankan pada jam 6.30 pagi, Jumaat lalu.

"Wanita berkenaan dibawa masuk ke negara ini oleh seorang ejen untuk bekerja sebagai pembantu rumah serta dijanjikan gaji RM1,000 sebulan.

"Dia diminta membayar tiga bulan gajinya sebagai bayaran perkhidmatan kepada ejen terbabit sebaik mendapat kerja dan selesai dibayar melalui potongan gaji pada Disember 2017 serta Januari dan Februari 2018," katanya.

Bagaimanapun, katanya, majikan dikatakan mengambil kesempatan memanipulasi mangsa yang tidak mempunyai permit kerja yang sah dan dikategorikan sebagai pekerja asing tanpa izin (PATI).

"Majikan menjadikan isu PATI sebagai ugutan untuk memaksa mangsa melakukan pelbagai kerja rumah dengan tekanan fizikal dan mental.

"Mangsa juga pernah dipukul dengan tangan apabila majikan tidak berpuas hati dengan kerja yang dilakukan, selain tidak diberikan makanan jika menyuarakan hasrat kembali ke negara asal ataupun berhenti," katanya.

Selain itu, katanya, gaji mangsa kerap dibayar lewat dan pernah terjadi situasi di mana wang gaji yang sudah diserahkan ke tangan mangsa diambil semula oleh majikan.

"Melalui siasatan awal, terdapat indikator buruh paksa dilakukan terhadap mangsa dan majikan disyaki melakukan satu kesalahan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

"Mangsa masih dalam keadaan trauma dan kini ditempatkan di Rumah Perlindungan Zon Tengah selepas diberikan perintah perlindungan interim (IPO) oleh Mahkamah Majistret Taiping selama 21 hari sehingga 30 Julai ini," katanya.

Menurut kenyataan itu, pihak JTK kini sedang melengkapkan siasatan sebelum dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya bagi semakan dan keputusan.

"Kerajaan tidak akan sesekali berkompromi dalam isu buruh paksa dan usaha bersepadu antara agensi penguatkuasaan akan terus dilaksanakan dalam menangani isu itu tanpa mengira kewarganegaraan pekerja terbabit," katanya.

Ikutilah siri-siri terkini kes rogol berikut..

Rogol 1:Pasngan Suami-Isteri rogol gadis di Bukit Tinggi.  Rogol 2: Dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan.  Rogol 3: Budak 10 tahun didapati hamil di Sarawak.... Rogol 4: Babitkan wanita kasta rendah di IndiaRogol 5: Bukti Gagalnya Barat. Perancis X dapat Me...  Rogol 6: Persundalan Elit. Pengasas Sugarbook dita...  Rogol 7: Kes Rogol ADUN Tronoh. Esok sambung lagi.  Rogol 7 (i): ADUN Tronoh. 2 kesan koyakan baharu p... Rogol 8: Da'i, rogol + setubuh di luar tabii. Rogol 9: Serah bukti dakwaan ADUN Gombak Setia ja...

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kes di atas, 'amah jadi buruh paksa' diselamatkan, lebih kurang sama 'zalim'nya dengan kes rogol pembntu rumah oleh bekas ADUN DAP, parti anti Islam, yang tidak berasaskan mana-mana agama di dunia. 

Kalau kes ini terlepas dari 'tuduhan', bererti ahli-ahli DAP bebas melakukan seperti yang dilakukan oleh ADUN Tronoh DAP itu tanpa sekatan dan halangan apa-apa lagi..

Begitu juga dengan kes-kes lain seperti kes rasuah lot banglo Ketua Menteri, terowong dan lain-lain. Itulah istemewanya parti politik PAS, yang berasaskan kepada agama Islam dan Hari Akhirat. Ada rasa taqwa kepada Allah SWT.

Lihat..

Rogol 7: Kes Rogol ADUN Tronoh. Esok sambung lagi.  Rogol 7 (i): ADUN Tronoh. 2 kesan koyakan baharu p...

4 comments:

Anonymous said...

Kes ni jika dgn abam akan ditutp oleh abam. Sebab itu zahit dan najip nak sangat abam jadi pm supaya tutup kes. Ganjaran kerana bantu abam jadi pm. Jika zahit dan najip jujur, mereka berdua akan kekal berjuang dgn pn. Masa covid tak boleh bersua muka. Guna talipon utk urus niaga politik. Prioriti mereka survival politik peribadi. Covid letak belakang dulu.

Anonymous said...

Yg dera amah indon klu tak bangsa cina atau bangsa India... sllu bangsa Cina la tewww

Anonymous said...

Tak da pulak artikel ttg ust mokhtar senik. Yg ada cuma tulisan dari khadam dap. Laporan polis pun tiada. Sah sangat fitnah khadam. Buatlah laporan polis macam artikel kat atas. Atau macam laporan dan dakwa di mahkamah kes abam satu ketika dulu. Dah masak modal politik khadam yg najis fitnah.

Anonymous said...

Banyak wang zakat disalurkan kepada fakir miskin. Ada bantuan buat rumah, bantuan pendidikan, bantuan kpd org miskin dan fakir. Jika ada salah guna kuasa atau duit, sila buat laporan. Tak perlu nak angkat gereja sedangkan bantuan kepada fakir miskin giat dijalankan. Ebit liew pun berlepas ke gaza utk bantu. Gereja tak buat pun.

Bantu baitul maal dan berhenti promosi gereja.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails