Isunya bagaimana ADUN ini boleh lolos terlepas sehingga merentas sempadan Selangor masuk ke Pahang untuk urusan yang tidak ada kena mengena dengan beliau? SOP PKP yang berkuatkuasa ternyata melarang tindakan rentas daerah dan negeri kecuali dengan kebenaran pihak polis. Adakah Ronnie memiliki kebenaran itu?
SOP PKP memberikan pengecualian terhadap ADUN untuk merentas daerah dan negeri untuk melawat kawasannya, masalahnya Raub bukannya di Negeri Selangor. Dan Ronnie semalam hadir di Raub bukannya untuk urusan seorang ADUN tetapi lebih kerana bermain politik untuk kononnya bersimpati pada 18 penceroboh hutan simpan yang telah menceroboh tanah kerajaan. Ronnie pun bukan seorang peguam untuk perlu berada di sana.
Rakyat dipaksa mematuhi SOP tidak boleh ke mana-mana kecuali tinggal di rumah masing-masing, rakyat rela kerana bersungguh mahu keluar dari belenggu pandemik COVID-19 ini, tiba-tiba Ronnie bebas bergerak, berada jauh dari Sg Pelek untuk berada di Raub, semata-mata kerana mahu jadi juara membela penceroboh hutan di luar Selangor.
Apa kata pengundi di Sg Pelek, Sepang? Sg Pelek punya 32,352 pengundi berdaftar, 55.1 peratus Melayu, 27.2 peratus Cina dan 17.7 peratus India, adakah Ronnie telah selesai mengagihkan bantuan kepada Tuan-tuan di saat Tuan-tuan berhadapan lockdown dan tidak dapat berkerja dan menjalankan aktiviti harian ini? DAP memerintah Negeri Selangor melalui PH, senang-lenangkah hidup tuan-tuan semua sejak diwakili Ronnie?
Dan yang lebih utama apahal Ronnie perlu berada di Raub sedang nasib dan kebajikan tuan-tuanlah tugas dan tanggungjawabnya bukannya membela penceroboh tanah nun jauh di Raub sana.
Saya difahamkan ada penduduk Sepang yang telah membuat laporan polis terhadap kejadian ini. Tuan-tuan pengundi Sg Pelek, pengundi Sepang dan rakyat Selangor seharusnya bangkit menolak pemimpin yang bongkak dan punya akhlak sebegini.
Mohon pihak polis segera bertindak. Kita sayang pada semua barisan hadapan kita termasuk anggota polis yang bersusah payah berkerja mengorban nyawa di saat pandemik ini. Memaki hamun mereka samalah seperti memaki hamun kita semua rakyat Malaysia.
Say No to DAP. No to PH.
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 6/7/2021
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Masih peringatan kepada kawan-kawan kita Melayu/Islam yang masih dalam parti DAP.
Peringatan kepada kawan-kawan yang masih di bawah tempurung DAP.
Kembalilah menjadi manusia moden yang bertamadun menurut Islam. Jangan terperangkap di bawah tempurung kolot DAP macam katak, yang pemimpinnya suka makan katak. Marilah dan kembalilah kepada cara hidup Islam yang luas. Yang merangkumi kehidupan pribadi, keluarga, masyarakat, negara, antarabangsa, dunia, bahkan hingga ke akhirat.
Kalau makan-minum boleh diatur secara Islam, mengapa dalam hal politik masih ragu dan takut berpolitik cara Islam? Bahkan sanggup jadi 'barua' atau 'penjilat pungkok tak basuh' parti politik yang anti Islam di negara ini? Mahu ikut kepimpinan mereka hingga ke neraka?
Fikir-fikirlah, biar waras sesuai dengan kehendak Islam, selamat dunia akhirat. Insya Allah!
Bagaimana boleh ADUN roket melepasi semua road block dari Sgor ke Phg ? Sungguh menghairankan kerana rakyat biasa tidak dibenarkan melepasi sempadan daerah.
ReplyDelete