Wednesday, July 14, 2021

Apa 'Misi besar' atlet pelarian Aghan Switzerland ke Olimpik Tokyo?

 

Pelumba basikal yang juga pelarian Afghanistan, Masomah Ali Zada menunjukkan kemeja T dipakainya yang memaparkan logo Olimpik di Aigle, Switzerland. Masomah yang pernah diserang dan dilontar batu di negaranya, akan mewakili pasukan Olimpik Pelarian pada temasya Olimpik Tokyo. - Foto AFP.

Misi besar atlet pelarian, wanita berhijab di Olimpik

AIGLE, Switzerland: Pelarian Afghanistan, Masomah Ali Zada berharap dapat menjadi contoh kepada wanita lain yang terpaksa keluar dari negara mereka selepas dia terpilih menyertai temasya Olimpik Tokyo.

Pelumba berbasikal bagi acara lebuh raya berusia 24 tahun itu pernah dibaling batu dan diserang secara fizikal di tanah airnya sendiri kerana berpakaian sukan dan menunggang basikal di tempat awam.

Dia akan bertanding di Olimpik 2020 untuk pasukan Pelarian Olimpik dan berasakan memikul tanggungjawab untuk mewakili 82 juta orang dari seluruh dunia yang terpaksa meninggalkan rumah mereka sama ada di negara sendiri atau sebagai pelarian.

Apa 'Misi besar' atlet pelarian Aghan Switzerlan ke Olimpik Tokyo?

"Ini juga kepada semua pelarian yang terpaksa meninggalkan tanah air mereka.

"Saya mahu membuka jalan kepada pelarian lain yang akan muncul (dalam sukan) selepas saya."

Masomah akan bertanding dengan 25 pesaing lain pada ujian masa lebuh raya di Olimpik.

Dia diberi latihan selama sebulan di Pusat Berbasikal Dunia UCI di sini sebelum tiba di Jepun, hari ini.

- AFP

Pelarian Afghanistan, Masomah Ali Zada ketika menjalani latihan di Aigle, Switzerland. - Foto AFP
Masomah Ali Zada ketika menjalani latihan di Aigle, Switzerland. - Foto AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa 'Misi besar' atlet pelarian Aghanistan di Switzerland ke Olimpik Tokyo?  Menurut Masomah, ia berharap dapat menjadi contoh (sebenanya menghasut) wanita lain supaya berpakaian yang tidak menutup aurat dan menunggang basikal di tempat awam yang melanggar syariat agama Islam. 

Pelumba berbasikal bagi acara lebuh raya berusia 24 tahun itu pernah dibaling batu dan diserang secara fizikal di tanah airnya sendiri kerana hal terssebut, yang melanggar peraturan syariah atau hijab di negaranya..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails