ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah berjaya mendepani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 sehingga PKP 3.0 kini untuk membantu rakyat.
Malah selama lebih setahun menempuh PKP bersyarat mahupun diperketatkan, kerajaan negeri berjaya membantu dengan menyediakan 100,000 bakul makanan kepada yang memerlukan.
“100,000 itu tidak termasuk puluhan ribu lagi bantuan dan sumbangan yang diedarkan melalui Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dun dan Parlimen,” ujar Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, menjawab ciapan Adun Derga, Tan Kok Yew (DAP) terhadapnya yang dimuatnaik di laman sosial, semalam.
Jawapan itu juga katanya bukan sahaja kepada Adun DAP itu malah kepada sesiapa yang sewaktu dengannya.
“Sebagai wakil rakyat, bantulah rakyat yang dalam kesusahan mengikut posisi, keupayaan dan kesanggupan masing-masing, termasuk juga penjawat jawatan apa-apa sekalipun.
“Kerajaan negeri akan terus membantu sama ada melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) setiap daerah mahupun PKWR Adun dan Ahli Parlimen Kerajaan.
“Orang ramai yang memerlukan bantuan boleh terus menghubungi PKOB serta PKWR di daerah dan Dun masing-masing,” jelasnya.
Kata Sanusi pihaknya membina sistem dan mekanisme pengagihan yang terbaik dan selamat untuk semua pihak di samping sedia membantu pihak yang memerlukan.
Kaedah seumpama itu, tegasnya untuk memastikan tiada bantuan berganda-ganda kepada rumah yang sama selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta menghadkan jumlah petugas yang terlibat.
“Kita hantar ke rumah supaya orang ramai tidak perlu bersesak keluar. Lagipun setiap antara kita kenal jiran dan sanak saudara sekampung dan setaman.
“Seandainya tidak dapat hubungi sendiri, jiran atau sanak saudara boleh sahaja membantu menghubungi pihak berwajib,” tambah beliau.
Justeru itu ujarnya lagi, semangat kejiranan dan persaudaraan itulah membentuk kehidupan yang harmoni dan barakah.
“Itulah cara Kedah. PKWR Adun dan Ahli Parlimen Kerajaan pun turut menghulurkan bakul makanan dan pelbagai jenis bantuan tanpa jemu-jemu, tanpa henti, tanpa mengungkit, tanpa menghentam sesiapa, tanpa pilih bulu, tanpa banyak bertanya, tanpa mempolitikkan sumbangan,” ujarnya lagi.
Tambahnya, dalam masa yang sama kakitangan agensi kerajaan yang bertugas di PKOB dan petugas PKWR bekerja siang malam bagi membantu rakyat.
Para petugas, katanya pergi ke setiap lorong dan kampung di mana saja adanya orang membuat panggilan dan makluman yang diperolehi melalui apa saja sumber sahih serta benar.
Menurutnya, Pegawai Daerah sebagai Pengarah PKOB dibantu Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Penerangan, Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Rela dan Anggota Pertahanan Awam (APM) dalam melaksanakan tanggungjawab.
Selain itu, Pasukan Polis Diraja Malaysia(PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), penghulu, Lembaga Zakat Kedah (LZK), imam dan Jawatan Kuasa Pembangunan dan Kemajuan Kampung (JPKK) memantau setiap masa.
“LZK sejak setahun lalu menyediakan food bank di 578 buah masjid, boleh diambil secara percuma,” katanya yang juga Adun Jeneri. – HARAKAHDAILY 3/7/2021
Dap pikir depa semua betui. Cibai betui. Yg mangkok hayun pkr liberal pikiak tak guna hukum, dok sokong dap zionist.
ReplyDelete