DIBERITAKAN..
AHLI Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin memanggil mesyuarat khas Kabinet untuk mengumumkan sidang Parlimen sebelum 1 Ogos dan membincangkan langkah untuk mengatasi masalah rakyat.
Jelas Kit Siang, Malaysia dijangka akan mencatatkan lebih daripada sejuta kes dan 10,000 kematian menjelang tempoh di antara sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada 31 Ogos dan 16 September tahun ini. Katanya dalam kempen Roket hari ini.
Pemimpin PH bermulut lebar, biasalah!
Begitulah carafikir kepala-otak DAP. Ertinya, PH masih di peringkat 'cakap kosong' tiada tindakan apa-apa demi kepentingan rakyat tertindas. Memperkenalkan tradisi lapok di bawah tempurung PH 'cakap besar' babi pun boleh terbang. Nak selesaikan masalah babi Pulau Pinang, terowong dan kambus laut pun bertahun-tahun tak selesai lagi.
Waktu berkuasa 22 bulan, kokoknya saja berderai-derai menjajakan hutang, cari derma dan pinjaman sana-sini. Bahkan sampai guna bapok/wanita jaja tabung derma. Mungkin guna tabung tin milo lagi mulia. Sekarang apa jadi duit itu? Duit pinjaman luar negara, tapak peniaga Jalan Masjid India contoh kecilnya, mana? Dan banyak lagi.
Kita tunggu, yang kokoknya berderai, apakah ekornya akan berulat bergelumang tahi? Itulah tradisi DAP/PH..
2 perkara sering dipertanyakan:
Satu:
Covid-19 memasuki Malaysia kerana dasar kerajaan PH dikatakan memberi keutamaan dan keistimewaan kepasa rakyat negara China Komunis menyebabkan PH membenarkan rakyat komunis (bersama virus covid-19) memasuki Malaysia secara beramai-ramai di waktu negara China Komunis sedang dilanda wabak covid-19 yang sangat teruk.
Ini bererti virus covid-19 yang telah berada di negara ini mempunyai tempoh dormant yang cukup untuk menjadi wabak sebaik sahaja kerajaan PN memerintah negara. Sila jelaskan secara berfakta.
Dua:
Sila sangkal kenapa PH lebih teruk semasa Tun Mahathir jadi Prdana M kali ke-2 yang Lim Guan Eng menjadi orang kanannya setelah 22 bulan memerintah.
Lihat kegagalan senarai dibawah.
-timbul masalah tipu sijil.
-gagal jaga ekonomGagal
-tunai janji.
-gagal kawal wabak Covid.
-gagal meyakinkan rakyat sehingga tahap sokongan pada PH jatuh dari 82% pada masa PRU14 menjadi 25%. Sebab itu kalah 5 PRK berturut-turut kepada BN.
-Sokongan pada PH jatuh dari 82% pada masa PRU14 menjadi 25%. Sebab itu, korang kalah 5 kalah berturut-turut dalam PRK kepada MN.
-Kerajaan pertama dalam Malaysia yang jatuhkan sendiri. Lepas itu salahkan hampir semua pihak kecuali diri Tun.
-Pasaran saham paling corot dalam dunia, jatuh ke paras paling rendah sejak 10 tahun lalu.
-Petronas diturun penarafan oleh Moody’s buat kali pertama dalam sejarah.
-Keselamatan penerbangan Malaysia diturun taraf oleh Amerika Syarikat buat kali pertama dalam sejarah dan kini sama taraf dengan Bangladesh, Curaçao, Costa Rica dan Ghana.
-Gaduh dengan Amerika Syarikat, Arab Saudi, UAE dan India.
-Defisit negara yang diturunkan 8 tahun berturut-turut oleh BN dinaikkan semula.
-Nisbah hutang negara kepada KDNK yang diturunkan oleh BN masa Najib jadi PM dinaikkan dari 48.7% pada akhir suku-1 2018 menjadi 54.4% – hampir cecah had 55% di bawah undang-undang Malaysia. PH pinjam hampir RM140b dalam masa mereka memerintah.
-Kebergantungan negara pada hasil minyak yang diturunkan 8 tahun berturut-turut dari 44% ke 12.7% dinaikkan semula kepada 33%.
-Nilai aset Khazanah yang dinaikkan dari RM32b pada akhir 2008 ke RM116b diturunkan semula oleh PH ke RM73b dalam masa 2 tahun.
-Kadar pertumbuhan eksport negara turun dari +18.9% pada tahun 2017 menjadi 6.7% pada tahun 2018 dan akhirnya menjadi negatif (-1.7%) pada tahun 2019 SEBELUM Covid melanda.
-Dividen LTAT, KWSP, ASB, Tabung Haji paling rendah dan kedua paling rendah dlm sejarah.
-penurunan nilai aset bersih Khazanah sebanyak RM25 bilion iaitu paling besar dalam sejarah.
-Jualan aset negara secara lelong. Yang di lelong semasa PH menjual 12 strategic assets worth RM25.6 billion, termasuk IHH Berhad (RM8.42 billion), Sapura Upstream (RM3.7 bililon), Acibadem Sigort (RM1.25 billion), Telco M1 (RM1.65 billion), TNB shares (RM1.05 bililon), Boustead Plantation (RM1.2 bililon), Axiata Digital (RM0.579 bililon), BDO Unibank (RM0.415 bililon), CIMB (RM0.364 billion), Royale Chulan Hotel (RM0.197 bililon) and the Hong Kong Consulate building, sold to a buyer from China (RM1.6 billion).
-RM84 bilion dijarah dari rizab tunai Petronas.Cukai gula, cukai petak, levi pelepasan, cukai digital diperkenalkan.
-Tol PLUS dilanjut 20 tahun lagi walaupun dijanji mansuh.
-Jawatan berpencen baru penjawat awam dimansuhkan.
- Janji di capati sebelum PRU 14 tiada lantikan politik. 22 PH berkuasa lantikan politik paling ramai berquality sampah.
-Manifesto bukan kitab suci.
-Kontrak pada boboi OPCOM gentian optik berbillion ringgit. Bailout kedai roti The Loft sebagai balasan tokey Cina diberi projek Bandar Malaysia bernilai 2 billion ringgit.
-Rakyat malas dan perlu ikat perut.
Itulah kehebatan penipuan pemimpin PH.
Sekian. (IH)
3 comments:
Terbaik tuan Ibnu Hasyim.
Fakta-fakta tuan boleh menyebabkan puak roket dan khadam liberal mereka sentap menggelupur meroyan histeria kerana ego mereka telah koyak !
Ea betul kerajaan 22 bulan mmg byk masalah, bagus la dh karam,
abis kerajaan yg skrg ni covid tk tkawal, ekonomi pon terok, rakyat makin merana, parlimen tutup,bwk mak jnde rentas daerah.. Hah pe citer??? Bbual babi pkn leh terbang ke bulan..
Negara x mungkin pkp penuh sampai bila2.
Bila buka semula nanti... jaga2 varian baru.
Klau rakyat tak ikut SOP sebagaimana tauladan pemimpin P eNd. Boleh jadi kematian 10k.
Post a Comment