Jenama Ais Krim AS Boikot Israel, Presiden Zionis Gelar Ianya ‘Keganasan Jenis Baru’
Baru-baru ini, sebuah syarikat ais krim terkenal dari Amerika Syarikat, Ben & Jerry’s membuat keputusan untuk tidak menjual produk mereka di penempatan Israel di Tebing Barat dan Yerusalem Timur.
Berikutan itu, Presiden Israel Isaac Herzog melabelkan boikot tersebut sebagai ‘keganasan baru’ terhadap Israel.
Label kempen boikot ‘keganasan jenis baru’
“Boikot Israel adalah jenis baru keganasan, keganasan ekonomi,” kata Herzog dalam upacara memperingati mantan perdana menteri dan presiden Israel yang sudah meninggal dunia.
“Keganasan cuba membahayakan warga Israel dan ekonomi Israel. Kita mesti menentang boikot dan keganasan ini dalam bentuk apa pun.” katanya.
Selain itu, beliau turut menambah bahawa kempen boikot itu bertujuan untuk melemahkan kewujudan negara Israel.
Terdahulu, syarikat ais krim itu menyatakan mereka membuat keputusan untuk tidak lagi menjual ais krim di kawasan penempatan di Tebing Barat, berikutan kebimbangan peminat dan rakan kongsi yang dipercayai mereka.
Jadi boikot jual aiskrim pun termasuk dalam keganasan? Presiden Israel yang baru ini, nampaknya lebih gila lagi..
(IH)
No comments:
Post a Comment