Parlimen Rakyat:
"Kesan Pendemik Covid 19 kesemua sektor ekonomi terjejas teruk. Pengangguran bertambah, peluang kerja terjejas terutama golongan muda, ekonomi menguncup dan pendapatan negara terjejas teruk."
1 comment:
Kerajaan digesa kaji balik umur persaraan wajib pekerja akibat Pendemik Covid 19.
Kesan Pendemik Covid 19 kesemua sektor ekonomi terjejas teruk. Pengangguran bertambah, peluang kerja terjejas terutama golongan muda, ekonomi menguncup dan pendapatan negara terjejas teruk.
Ini lah masa kerajaan mengkaji semula tempoh persaraan wajib dari 60 tahun ke 55 tahun. Memberi peluang pada tenaga muda yg lebih inovatif untuk mengisi jawatan terutama sektor awam.
Tahap kesihatan rakyat semakin merudum dan rakyat terdedah dengan tekanan dan stres menjadi faktor utama golongan muda pun maut akibat serangan jantung apa lagi golongan sudah berumur.
Pengamal perubatan am, Dr Zubaidi Ahmad berkata, serangan sakit jantung bukan hanya dipengaruhi oleh faktor kesihatan seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan obesiti, bahkan stres telah dibuktikan berdasarkan penemuan baharu oleh pakar perubatan.
Dalam masa yang sama golongan muda adalah golongan celik IT. Golongan muda terdedah pada ilmu teknologi maklumat dan gabungan ketiga-tiga komponen komputer, komunikasi dan tahu-guna celik IT.
Golongan muda ini boleh meneroka idea idea baru, kreatif, berbakat dan mencipta banyak ruang ilmu baru dalam dunia IT kepada manusia dan organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan umumnya berjaya.
Oleh itu, logiknya, ketiga-tiga komponen dan tenaga muda ini tidak boleh dipisahkan apabila berbicara tentang teknologi maklumat pada golongan muda celik IT ini.
Bagi golongan vateran dan sudah berusia sekitar 50 hingga 55 golongan dibiarkan bertugas dengan keadaan tidak sihat, tahap kesihatan menurun dan bertambah teruk kerana mereka tidak selesa dan ini akan menjejaskan produktiviti perkhidmatan awam.
Kita tengok ada keluarga terpaksa hantar kakitangan awam yang sudah berusia ini dari jauh, ada yang naik kerusi roda datang pejabat, muka dalam keadaan tertekan dan stress.
Ini lah masa golongan muda celik IT ini mengisi kekosongan dalam era ledakan teknologi maklumat masa kini. Mereka kreatif dan boleh menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna, serta untuk menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, suara, animasi dan maya. Situasi 'work from home' banyak kelebihan pada golongan muda dalam era global IT.
Era Teknologi Maklumat dan komunikasi digital ini membolehkan individu atau kelompok individu bertukar data dan maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang tidak terbatas, dengan cepat.
Dari data KKM Seramai 45,684 orang daripada 32.4 juta rakyat negara ini menderita penyakit jantung koronari sehingga kini rakyat negara ini turut mencatat menghidap penyakit kardiovaskular pada usia yang jauh lebih muda.
Bayangkan bagi golongan yang sudah berusia lebih 55 ke atas masih melakukan beban kerja dipejabat dalam keadan kesihatan yamg tidak memuaskan.
Lebih membimbangkan, bilangan kematian akibat penyakit berkenaan meningkat hampir 100 peratus iaitu 18,267 kes direkodkan tahun lalu berbanding 9,371 pada 2010.
Perlu diketahui bahawa penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, darah tinggi, obesiti, hiperkolesterolemia tanpa kawalan dan gaya hidup yang tidak sihat adalah penyumbang utama peningkatan penyakit kardiovaskular.
Teknologi maklumat ialah satu alat utama dalam era meklumat yang digunakan untuk mencapai, menyimpan dan menyebarkan maklumat dalam era IT yang berbentuk digital boleh dikatakan sebagai sesuatu yang memberi kesan kepada cara seseorang berfikir. Ia terkandung di dalam mesej yang boleh disimpan, dicapai dan dimanipulasikan.
Oleh itu adalah lebih baik umur persaraan di kaji balik sehingga 55 tahun oleh kerajaan semasa pembentangan bajet tahun 2021 nanti. Pada golongan umur 50 ke atas masa untuk buat pengorbanan.
1 comment:
Saya setuju... Sampai umur 56 sudahlah... Setiap tahun lebih kurang 45,000 kakitangan awam bersara, so setiap tahun boleh 45,000 generasi baru masuk kerja.
Tapi kalau geng PH memerintah semula alamat depa kecik kan lagi kakitangan awam apalagi yg berkait dengan intutusi islam termasuklah guru agama islam... Bagi depa membazir je belajar agama islam
Post a Comment