Friday, July 02, 2021

COVID-19: Kilang Power Root di Johor henti operasi.

 


POWER Root Bhd menghentikan sementara operasi kilangnya di Johor untuk melaksanakan kerja sanitasi bagi membendung penyebaran COVID-19.

Langkah itu dijangka menyebabkan penangguhan penghantaran kepada pelanggan eksportnya, kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Kumpulan itu berkata, anak syarikatnya, Power Root (M) Sdn Bhd diarahkan oleh Kementerian Kesihatan untuk menggantung sementara operasi di kilang terletak dekat Taman Perindustrian Plentong di Masai.

“Kilang itu dijangka meneruskan semula operasi secara berperingkat pada 7 Julai atau lebih awal, tertakluk kelulusan daripada pihak berkuasa berkaitan,” katanya.

Power Root berkata, ia melaksanakan ujian COVID-19 kepada pekerja yang menjadi kontak rapat dengan mereka yang diuji positif virus itu menerusi pengesanan kontak.

Bagaimanapun, ia tidak menyatakan jumlah pekerja yang terbabit.

“Kami juga melaksanakan langkah kuarantin bagi pekerja dan kontak rapat yang terkesan di kemudahan kuarantin,” katanya.

Syarikat itu menambah, kos ujian COVID-19, kuarantin dan proses disinfeksi tidak akan memberikan impak material ke atas prestasi kewangan kumpulan.

Saham Power Root ditutup dua sen atau 1.52 peratus lebih tinggi pada RM1.34 hari ini. BH

Sila lihat siri Indokini:

6 comments:

  1. Kah kah kah kah... penunggang agama liberal pluralisma murtad PKR syiah PAN barua DAP tak masuk skali ka..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terok ko kena badi dap ni. Gi berubat la..

      Delete
  2. Soal bendera ni elok lah disokong ... warna pelangi pun boleh asal dibantu bukan bantu ajaran dan fahaman warna pelangi itu udah lerr...!!!

    kikikiki... dah tak ade isu buat isu remeh temeh pun jadi leh yeopp nak buat isu gempak nampak tumpo ajer yeop ooi.!

    kikiki

    ReplyDelete
  3. No 1 gilerrr
    Al maunah

    ReplyDelete
  4. Kikiki.. PKP ni tak bole ler salah PAS ajer menteri yg jaga MITI tu tumpo yeoppp.... kluster kilang yg buat taik yang di tutup peniaga kecil nak berniaga.... menteri MITI ni otak tumpo yeop ooiiii...!!


    kah kah kah...

    ReplyDelete
  5. Rasa menteri MITI ni favour pada Bangsa Jho Low jugak.... Begitu juga Menteri Kerajaan Tempatan favour pada Kartel Along

    Next PRU 15 menteri ini boleh di timbang kati atau gram saja tgk fakta kat bawah ni haahh


    P98 : Mohamed Azmin Ali
    (PH - PKR) = 53.2% (75,113)
    Abdul Rahim Pandak Kamarudin (BN - UMNO) = 18.7% (26,392)
    Khairil Nizam Khirudin
    (PAS) = 12.4% (17,537)

    Majority: 48,721
    Spoilt votes: 933
    Unreturned votes: 0
    Voter Turnout: 120,548


    P99 AMPANG
    Zuraida Kamaruddin
    (PH - PKR)= 59.2% (54,307)
    Leong Kim Soon
    (BN - MCA)= 13.5% (12,351)
    Nurul Islam Mohamed Yusoff
    (PAS)= 10.5% (9,598)
    Tan Hua Meng
    (PRM)= 0.3% (294)

    Majority: 41,956
    Spoilt votes: 608
    Unreturned votes: 0
    Voter Turnout: 77,539 (84.5%)

    walau majority besar pengkhianat dlm PKR ini hilang banyak undi PKR dan PAN nanti... munasabah di kira timbang kati atau tahil PRU 15 nnti..


    otak tumpo yeoppp...!!

    ReplyDelete