Sunday, July 11, 2021

Dayak Potong Kepala Manusia. Ini..

 

Tengkorak dari zaman pemburuan kepala masih boleh dilihat di rumah panjang hari ini.

CATATAN PERJALANAN: Kalimantan siri 9

Indokini: Dayak Potong Kepala Manusia. Ini..

TELAH disebutkan, kira-kira 8 pagi bas kami sampai di Putussibau. Sempat aku jalan-jalan dan rehat-rehat dipekan kecil itu, sementara menunggu untuk naik bas lain pula menuju ke Badau kira-kira jam 10.30 pagi itu juga. Aku singgah minum pagi di warung sebelah stesyen bas itu.

Duduk di hadapanku seorang anak muda lulusan sekolah menengah setempat, setelah aku perkenalkan diriku yang datang menziarahi kawan-kawan kita kaum Dayak di Kalimantan ini, katanya..

"Awas Pak, orang Dayak suka potong kepala orang..."

"Hei, jangan cakap begitu depan orang luar. Mentang-mentang kau bukan orang Dayak!" Cakapnya dipotong oleh seorang wanita bersama suaminya, yang baru duduk menumpang semeja dengan kami.

Rupanya beliau bekas guru kepada anak muda tadi. Setelah mereka pergi, anak muda itu cepat-cepat menunjukkan kepadaku video melalui telefon bimbitnya.

"Lihat, ini buktinya orang Dayak memotong kepala orang Mudura! Aku cakap betul, bukan main-main! Memang adat orang Dayak suka menyimpan kepala tengkorak manusia, di perabung dalam rumah panjangnya. Banyaknya tengkorak melambangkan kepahlawanan mereka!" Jelas anak muda itu.

Ku lihat memang betul ada rakaman pembunuhan antara kaum Dayak berlawan dengan kaum Madura. Lebih kurang macam gambar-gambar di bawah ini..

Sebenarnya, dikatakan Dayak (istilah kolektif untuk masyarakat asli Kalimantan) telah mengalami peningkatan dalam konflik antara etnik. Di awal 1997 dan kemudian pada 1999, berlaku perlawanan antara orang-orang Dayak dan Madura di Kalimantan Barat dan Kalimantan Tengah. 

Puncak dari konflik ini terjadi di Sampit pada tahun 2001. Konflik-konflik ini pun kemudian menjadi topik pembicaraan di akhbar-akhbar Indonesia. Sepanjang konflik1997, sejumlah besar penduduk baik Dayak mahupun Madura terkorban. Dianggarkan dari 300 hingga 4,000 orang, menurut sumber-sumber independen. 

Pada tahun 1999, dikatakan juga orang-orang Dayak, bersama beberapa kelompok-kelompok pendatang Madura,114 orang terkorban. Ada fakta menunjukkan, memang orang Dayak terlibat dalam pergaduhan itu.


Puncak dari konflik ketegangan kaum ini terjadi di Sampit pada tahun 2001. Tragedi yang dikenali dengan nama 'Sampit Berdarah'. Seterusnya untuk dapatkan maklumat mengenai peristiwa itu, sila lihat tulisan seorang Mahasiswa Pascasarjana di salah satu Unversiti. Islam di Jakarta. Beliau adalah warga asli Sampit dari suku Madura.

Beliau (penulis) mengadakan hubungan terus tiap hari dengan berbagai etnik (Banjar dan Jawa) di Sampit untuk dapatkan informasi terbaru tentang kerusuhan waktu itu. Beliau adalah H. Musthofa Aini. Lc. Kita sambung dalam tulisan catatan perjalanan akan datang.

Insya Allah!



Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com

26 Feb 2012
Pontianak, Ind.


Lihat catatan perjalanan...

E-Buku IH-51: Perjalanan Ke Kalimantan
E-Buku IH-51: Perjalanan Ke Kalimantan

Setaat ini terdapat 213 comments. Ini komen terakhir..

213 comments:

1 – 200 of 213   Newer›   Newest»
Melayu Sarawak said...

Assalamualaikum Saudara,

- Itulah saya Katakan, Jika Kita Tidak Menghormati Bangsa Lain, Mereka Akan Menghormati Kita Jua.

- Rasullullah SAW pernah bersabda,(hampir Sama) " Jangan Kita Menhina Dan Tidak Menghormati Bangsa @ Org Bukan Islam, Kerana Jika Kita Bersikap Tidak Baik Terhadap Mereka, Mereka Akan Lebih Jahat Lagi Dari Kita".

- Kaum Madura Bersifat Ganas. Jika Kamu Sendiri Pergi Melihatnya, Kamu Akan tahu bagaimana Sifatnya.

_ Kaum Madura memandang bangsa lain dari atas ke bawah. Senyum Pun Tidak Mahu. Mereka tidak menjaga mata spt yang disuruh oleh Rasul kita. Malah Mereka (Madura) Tinggi Sifat Assabiyahnya.

- Bangsa Melayu Sarawak (berasal Dari Wilayah Melayu Sambas) amat Dihormati Oleh Bangsa Dayak, Lebih2 Lagi Iban. Sebab Panglima Iban Pernah Kata, " Jika Org Dayak Burung, Org Melayulah Anginnya."

Jika Kita Lihat Dari Pelbagai Perspektif, Dari Dulu Hingga Sekarang Org Melayu Sarawak@Sabah Dapat Hidup Aman Dgn Bangsa Lain. Begitu Juga Di Kalimantan. Dimana Melayu Sambas Dan Dayak Tidung,Iban, Dan Lain2 Saling Hormat Menghormati.

- Ketika, Tahun 1999. Org Madura Menyerang Org Melayu. Org Madura menganggap Org Melayu Lemah,Tidak Pandai berdanggang, dan kurg menguasai Ekonomi. Manakal org Madura menganggap Org Dayak Sebagai org Kafir yang perlu dibunuh. Oleh Itu pada Tahun Itu Org Melayu VS Org Madura.

- Org Melayu tiba2 di tolong oleh org Dayak, Maka Byk org Beranggapan Pada Tahun Itu Org Dayaklah Yg Bergaduh Dgn Madura. Padahal, Org Melayu lah yg digaduh oleh org Madura.

- Sampai Skrg Org Madura berasa Amat sedih dan rugi kerana mereka dihalau oleh org Melayu dan tidak boleh menjejaki kaki ke Wilayah Sambas, @ Kalimanatan Barat kerana Mereka mmg bangsa Kurg Ajar. Jika mereka benar2 Islam, Mereka Seharusnya menghormati bangsa Lain2 Terutama Org Melayu (Islam Sendiri).

Kesimpulannya

ORG Madura adlh ORG YG Tidak Pandai Menjaga Adab Dgn Bangsa Lain.

Adat Dayak Adalah Jika Seorg Cari Pasal Sekampung Akan Mati. Tapi Jika Anda mAhu Tahu, Bangsa Dayak Lah Bangsa Yang Amat Tinggi Nilai Hormat-Menhormati, Saling Tegur Menegur, Sopan Santun Dan Sbgnya.

ORG Madura Pernah Begaduh Dgn Melayu,Dayak, Dan Tionghua.

Ibnu Hasyim said...

T.kasih komen tuan, amat bermanfaat.

Mungkin tuan dapat sumber berbeda. Catatan perjalanan selanjutnya saya masukkan peristiwa 'Peristiwa 'Sampit berdarah'dari sumber Informasi Al-Islam' diperbandingkan..

As-salamu'alaikum.

Melayu Sarawak said...

Walaikumsalam,

Minta Maaf Saudara Jika Ada Salah Dan Silap Saya Ketika Memberi Komen.

Jia Boleh Delete Lah thread bertajuk Iban Masakini Kalau Tak Silap Nanti Ada Org Yang Salah Faham. Biasalah Manusia, Rambut Sama Hitam, Tapi Hati Lain2.

Saya Mendapat Sumber Ini Daripada Imam Kami Yang Berbangsa Madura. Dialah Yang Menayangkan Video Tersebut Kepada Kami Dan AKur Terhadap Sifat Bangsanya Yang Tinggi Sifat Assabiyahnya.

Namun Kebaikan Bangsa Madura Adlh Diorg Rajin Dan Jika Mereka Tinggal Dimana2 Sahaja Mereka Akan Membina MAsjid Untuk Tempat Bermesyyuarat dan Hal2 Yang Penting.

Namun Ingat!!!! Kata Imam tersebut lagi, jangan Biarkan Org Madura Hidup Dalam Satu Kelompok Sahaja. Maksudnya Jangan Biar Mereka Tinggal Dalam Satu Bangsa Mereka Sahaja.

Sekian, Terima Kasih.
Saya Minta Maaf Jika Terkomen Yang Bisa Menyakiti Hati Anda.

Mencuri Jangan Kau Lakukan,
Berbohong Jangan Ka Lafazkan,
Silap Dan Salah Diriku Lakukan,
Ampun Dan Maaf Aku Ucapkan

Sekian dari Ibnu Hasyim. As-salamu 'alaikum?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails