Tuesday, July 06, 2021

Demi Kedaulatan Negara, Sekitar P/B.Putih Milik M'sia..

 

Pulau Batu Putih dan Middle Rock yang menjadi pertikaian di antara Malaysia dan Singapura. - Foto AFP

Malaysia perlu bantah tambakan pulau Batu Putih

JOHOR BAHRU: Malaysia perlu mengemukakan bantahan terhadap tindakan terbaharu Singapura yang akan mula menambak tanah di sekitar pulau Batu Putih atau Pedra Branca.

Sumber industri maritim berkata, jika tiada bantahan dikemukakan ia akan menimbulkan isu kedaulatan negara lebih besar terutama membabitkan perairan di sekitar Pulau Batu Puteh, yang kini masih milik Malaysia.

Kata sumber itu, antara langkah yang sedang diambil republik itu adalah menuntut perairan sekitar Pulau Batu Puteh sejauh 12 batu nautika, sebagai miliknya.

"Sebenarnya status perairan sekitar Pulau Batu Puteh, iaitu Tubir Selatan (South Ledge) masih menjadi pertikaian antara Malaysia dan Singapura.

"Adalah tidak mencerminkan semangat ASEAN apabila Singapura sudah mula dilaporkan akan mula menambak perairan sekitar Pulau Batu Puteh tanpa mempedulikan isu pertikaian Tubir Selatan yang masih belum selesai.

"Jika Malaysia tidak membuat bantahan terhadap tindakan Singapura itu, kita mungkin akan hilang kedaulatan terhadap kawalan perairan di sepanjang 12 batu nautika yang ketika ini milik negara.

"Untuk rekod, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2008 menganugerahkan Batuan Tengah (Middle Rock), kawasan batuan kurang 500 meter dari Pulau Batu Puteh, kepada Malaysia, dan hak itu perlu dipertahankan," katanya kepada NSTP.

Singapura hari ini dilaporkan, akan mula menambak tanah di sekitar pulau Batu Putih atau Pedra Branca, bagi menambah baik kemudahan di pulau berkenaan akhir tahun ini.

Menurut kenyataan Kementerian Pembangunan Negara (MND) semalam berkata, ia juga bagi membolehkan kapal berlabuh selain menyediakan kemudahan logistik sokongan pentadbiran dan komunikasi tambahan.

Langkah berkenaan dilaporkan sekali gus akan meningkatkan keselamatan maritim serta keupayaan mencari dan menyelamat di kawasan itu.

Pertikaian mengenai kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) bermula apabila Malaysia mengeluarkan, pada 21 Disember 1979, satu peta yang menunjukkan pulau ini berada di dalam kawasan perairan Malaysia.

Peta ini tidak dipersetujui Singapura yang meminta pada 14 Februari 1980, supaya ia diperbetulkan kerana berpendapat pulau ini adalah miliknya.

Selepas rundingan pada 4 Februari 1993 dan 11 hingga 13 Januari 1994 gagal menyelesaikannya, Malaysia dan Singapura merujuk pertikaian itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 24 Julai 2003.

Ia berakhir pada 23 Mei 2008 bila ICJ memutuskan bahawa berdasarkan bukti yang dikemukakan kepadanya, kedaulatan ke atas pulau ini sudah berpindah ke Singapura pada 1980.

Bagaimanapun ICJ memutuskan kedaulatan ke atas Batuan Tengah, masih hak mutlak Malaysia.


Sila lihat..

3 comments:

Anonymous said...

Pulau tengelam timbul pun disedekah pada Singapura. Sebab itu jangan lantik pemimpin dari Utara lagi (ABU : Asalkan Bukan Utara)

Tiga bukti yang berjaya dikumpul ialah surat-menyurat antara Gabenor Singapura dengan British, memo insiden maritim Labuan Haji 1958 dan operasi pemetaan tentera laut yang sekurang-kurangnya memberi peluang kepada Malaysia dalam tuntutan tersebut.

Sudah tiba masanya kerajaan Perikatan Nasional (PN) mendedahkan dan membongkar segala perkara yang berkaitan dengan pengkhianatan Pakatan Harapan (PH) kepada tanah air.

Apabila PH mula mendapat kuasa dan Tun jadi PM telah membuat keputusan drastik untuk menamatkan kemelut perebutan pulau yang pada asalnya ini dimiliki negeri Johor dengan tidak meneruskan tuntutan dan menyerahkan hak milik kepada Singapura.

“Kekesalan kita hari ini dek kerana tindakan kerajaan PH pimpinan Tun ini amat merugikan negara. Mungkin tidak salah sekiranya kita mengandaikan ini merupakan satu bentuk pengkhianatan kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Sehingga ke hari ini, banyak pihak masih berteka-teki dan tidak dapat memahami maksud di sebalik tindakan yang dibuat oleh kerajaan PH dan memberi Pulau Batu Puteh secara ‘percuma’ kepada negara jiran ini.

Kerajaan PH dipengaruhi oleh DAP yang dilihat seperti mahu menjaga hubungan baik mereka dengan kerajaan Singapura yang dipimpin oleh PAP

Apa yang sebenarnya berlaku masih tidak dijelaskan oleh kerajaan Pakatan Harapan pimpinan 'ultra' Tun Mahathir Mohamad mengenai keputusan ‘menyerahkan’ Pedra Branca atau Pulau Batu Putih kepada Singapura walaupun kerajaan terdahulu telah memfailkan semakan semula kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) apabila menemui tiga dokumen bertarikh 1958 dan 1960 yang tentunya memberikan kelebihan kepada Malaysia bagi menuntut pulau tersebut.

Gara gara lantik pemimpin dari utara. Fakta nya Pulau Singapura lingkup, Pulau Putih Timbul Tenggelam pun Lingkup. Akidah pun nak dilingkupkan dng pluralisma dan comango dan lgbt.

#AsalkanBukanUtara

Anonymous said...

Dap langgar sop sebab nak selamatkan dusun durian haram.

Anonymous said...

Undang2 dan SOP negara sendiri, org kayangan bleh langgar.

Kes nak bawa ke mahkamah ttng Adib dll masalah dlm negeri pun dah senyap sunyi..

Apa nak harap kes mahkamah antarabangsa?

Kerejaan gagal.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails