Monday, July 12, 2021

Felda, bukti k'jaan prihatin, bukan k'jaan tak cerdik 'tebang sawit tanam buluh..

 

Kerajaan Prihatin: Masa depan Felda, peneroka terjamin

KUALA LUMPUR: Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah, Perumahan dan Orang Asal PAS Pusat, Datuk Awang Hashim mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana bersetuju untuk melupuskan sebahagian besar hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 billion.

Menurut Awang, keputusan dan tindakan itu membuktikan bahawa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) amat prihatin dengan masalah yang membelenggu para peneroka sejak sekian lama.

Kini, katanya sudah kelihatan angin perubahan yang mula menyinari Felda serta memanfaatkan seluruh warganya.

“Masalah hutang yang membelenggu sejak sekian lama akhirnya berjaya diselesaikan Kerajaan dan pengurusan terkini Felda yang diterajui Dato’ Seri Idris Jusoh dengan disokong oleh Pasukan Petugas Khas Felda yang diketuai oleh Tan Sri Wahid Omar.

“Tentunya perkhabaran ini disambut gembira oleh para peneroka Felda yang selama ini ternanti-nanti penyelesaian masalah hutang mahupun pinjaman mereka di mana kini mereka mampu menarik nafas lega dan merancang penghidupan serta masa depan agar lebih terjamin.

“Secara dasarnya, pelan pemulihan Felda nampaknya berjalan dengan baik dan didoakan agar masa depan para peneroka serta Felda sendiri akan mencapai tahap yang lebih cemerlang dan gemilang dimasa hadapan,” kata Ahli Parlimen Pendang itu dalam satu kenyataan, hari ini. – HARAKAHDAILY 9/7/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillh, kita memiliki kerajaan yang prihatin rakyat, bukan kerajaan PH tak cerdik 'tebang sawit tanam buluh'.. Bukan kerajaan yang melahirkan pemimpin kapitalis, berkawan dengan penyamun-penyamun antarabaangsa, merampas hak rakyat tertindas.

Al-hamdulillah, semoga Allah terus selamatkan negara Malaysia terinta ini.

Kesian, balaci parti anti Islam dapat apa? Dapat umpan mata kail?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails