Tuesday, July 06, 2021

Gaya hidup AS yang buruk, seks jijik, tinggalkan..

 

1. Ibu muda lakukan serangan seksual 

Linclon: Seorang ibu dijatuhi hukuman penjara 64 hingga 102 tahun kerana melakukan serangan seksual terhadap budak lelaki yang juga rakan anak perempuannya yang bermalam di rumahnya.

Portal Metro melaporkan Christina Greer, 38, memberi anak perempuannya yang berusia 11 tahun dan rakannya itu, alkohol dan gula-gula mengandungi ganja. Dia didakwa melakukan hubungan seks dengan seorang rakan anaknya yang berusia 13 tahun. Dia juga melakukan serangan seksual kepada seorang mangsa berusia 12 tahun.

Penderaan seksual itu berlaku di rumah Greer berhampiran Omaha, Nebraska, Amerika Syarikat antara 2017 dan 2018, mahkamah diberitahu pada Isnin. Menurut pendakwa raya, budak lelaki berusia 13 tahun itu memberitahu polis dia melakukan hubungan seks dengan Greer sebanyak tiga kali, ketika bermalam di rumah Greer, lapor Omaha World Herald.

Anak perempuan Greer juga memberi keterangan dia mendengar ibunya dan seorang rakan lelakinya di bilik tidurnya. Sebelum penangkapannya pada 2018, Greer dikatakan memberitahu mangsanya untuk menghapuskan bukti daripada telefon mereka dan tidak memberitahu siapa pun mengenai kejadian itu.

Menurut Phil Kleine, seorang Timbalan Pendakwa Raya di Pejabat Peguam Daerah Sarpy, ketika penyiasatan polis, mereka menemui gambar Greer yang tidak senonoh di telefon milik seorang mangsa.

Greer juga memberitahu anak perempuannya untuk tidak memberitahu siapa pun mengenai apa yang terjadi di rumah mereka kerana dia akan mendapat masalah dan kehilangan anak-anaknya.

Dengan bantuan anak perempuan Greer, detektif mengenal pasti enam kanak-kanak yang kerap menghabiskan hujung minggu di rumah wanita itu.

“Kes ini mengambil masa tiga setengah tahun dari penangkapan (Greer) hingga hukuman,” kata Kleine.

Greer dijatuhkan hukuman pada Isnin lalu di Mahkamah Daerah Sarpy County selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan. Ia termasuk serangan seksual tahap pertama terhadap seorang kanak-kanak bawah umur membabitkan dua kanak-kanak lelaki berumur 12 dan 13 tahun.

Dia juga didapati bersalah atas enam tuduhan salah laku kanak-kanak serta dua tuduhan mengganggu saksi. Menurut garis panduan hukuman di Nebraska, Greer perlu menjalani hukuman selama 32 tahun sebelum layak untuk parol.

Jika dia tidak mendapat parol, dia hanya akan dibebaskan selepas 51 tahun. 

2. Dia seorang wanita 26 tahun, wardar penjara yang terlampau

Los Angeles: Seorang wadar wanita di California dipenjara kerana melakukan hubungan seks dengan seorang banduan sambil ditonton 11 tahanan lain.

New York Post melaporkan Tina Gonzalez, 26, juga memotong seluar seragamnya untuk memudahkannya melakukan hubungan seks di penjara Fresno County, mahkamah dimaklumkan pada Selasa. 

Bekas ketuanya, pembantu syerif, Steve McComas memberitahu mahkamah dia menyaksikan banyak 'perkara yang menjijikkan' selama 26 tahun bekerja. Namun katanya, tiada yang lebih mengejutkan apabila mengetahui aksi seks Gonzalez ditonton banduan lain. 

Gonzalez berhenti selepas ditangkap Mei tahun lalu juga membekalkan banduan sama dengan pisau cukur, telefon bimbit dan maklumat dalaman sebelum sel tahanan lelaki itu diperiksa, kata laporan berkenaan. 

"Dia mengangkat sumpah untuk menggalas tanggungjawab itu tetapi (tindakannya) membahayakan nyawa rakan sekerjanya, 

"Tetapi dia tidak menunjukkan penyesalan. Dia masih berhubung menerusi telefon dengan berbual lucah dengan lelaki berkenaan serta bangga dengan kejahatan dilakukannya," kata McComas. 

April lalu, Gonzalez mengaku tidak bersalah melakukan aktiviti seksual dengan tahanan, memiliki dadah atau alkohol serta telefon bimbit yang mahu diberikan kepada banduan berkenaan. 

Bekas ketuanya meminta wanita terbabit dihukum penjara maksimum tiga tahun lapan bulan. Tetapi Hakim Michael Idiart meneliti pengakuan awal tertuduh sebelum menjatuhkan hukuman tujuh bulan di penjara daerah diikuti tempoh percubaan selama dua tahun. 

"Saya rasa apa yang anda buat itu dahsyat, bodoh dan anda sudah merosakkan karier anda," katanya kepada Gonzalez. -at 7/04/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini 2 kisah contoh gaya hidup AS, yang tidak boleh dijadikan ikutan, manusia moden yang bertamadun. Oleh itu kembalilah kepada cara hidup Islam, yang merangkumi pribadi, keluarga, masyarakat, negara, antarabangsa, dunia, bahkan hingga ke akhirat. 

Kalau makan-minum boleh diatur secara Islam, mengapa dalam hal politik masih ragu dan takut berpolitik cara Islam? Bahkan sanggup jadi 'barua' atau 'penjilat pungkok tak basuh' parti politik yang anti Islam di negara ini? Mahu ikut kepimpinan mereka hingga ke neraka?

Fikir-fikirlah, biar waras sesuai dengan kehendak Islam, selamat dunia akhirat. Insya Allah!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails