Ada individu curi tomato, halia di Mydin kerana lapar – Ameer
KUALA LUMPUR – Kehidupan rakyat di negara ini semakin tenat akibat pandemik Covid-19 sehingga ada individu sanggup mencuri dua biji tomato dan halia kerana kelaparan.
Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin berkongsi satu insiden menjentik hatinya yang berlaku di salah sebuah rangkaian pasar raya miliknya.
“Sebelum ini biasanya kita nampak di Mydin orang curi barang elektrik seperti televisyan atau benda mahal tapi sebab mereka itu memang seorang pencuri. Mereka mencuri sebab mahu jual semula barang tersebut.
Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin. Foto HAFIZ SOHAIMI, 17 JULAI 2021.
“Tapi dalam situasi sekarang pun masih ada orang yang mencuri tapi dia ambil makanan dan bukanlah benda mahal, dia ambil sayur.
“Saya lihat dia ambil dua biji tomato dan sedikit halia, saya tanya pada orang itu kenapa ambil tomato? Dia kata untuk masak dan memang dia sangat malu ketika saya bertanya.
“Jadi orang seperti ini sebenarnya dia sedang kelaparan, sebab itu saya rasa kita perlu buat sesuatu untuk bantu rakyat yang sedang dalam kesusahan,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.
Terdahulu beliau yang mewakili Persatuan Perniagaan Masjid India (MIBA) bersama Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah menyampaikan sumbangan berupa bakul makanan kepada penerima yang terkesan akibat pandemik Covid-19 di ibu kota.
Dalam sesi tersebut, sebanyak 200 bakul makanan diagihkan kepada penerima yang menetap di sekitar Dang Wangi serta kawasan-kawasan berhampiran.
Orang awam mengambil sumbangan akibat terkesan berikutan Covid-19 daripada Masjid India Business Association (MIBA) dan IPD Dang Wangi di pekarangan IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur. Foto HAFIZ SOHAIMI, 17 JULAI 2021.
Mengulas lanjut, Ameer Ali berkata, tidak semua individu yang susah mahu tampil secara sukarela bagi meminta bantuan kerana dalam sesetengah situasi mungkin mereka berasa malu.
Jadi beliau berkata, tidak mustahil ada dalam kalangan rakyat yang tercicir daripada menerima bantuan yang disalurkan kerajaan.
“Kita tidak nafikan memang kerajaan salur jutaan malah berbilion ringgit tapi mungkin tak semuanya akan sampai kepada rakyat di seluruh pelosok, mungkin ada yang terlepas pandang walau seberapa daya pun mereka cuba,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Ameer Ali yang juga Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera memohon kerajaan memberi kelonggaran terhadap sektor-sektor perniagaan yang masih belum dibenarkan untuk beroperasi ketika tempoh Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
“Marilah kita tengok apa yang boleh dibuka dan ikut prosedur operasi standard (SOP). Jangan kita hanya cakap itu keperluan (essential services) dan ini bukan keperluan. Contohnya tempat cuci kereta, kenapa mereka tidak boleh beroperasi? Ia hanya untuk cuci kereta, mungkin ia bukan keperluan?
“Sekarang kita lihat kedai pajak boleh dibuka tetapi kedai emas pula terpaksa tutup operasi. Kedai pajak boleh ikut SOP, kenapa tidak kedai emas?
“MKN (Majlis Keselamatan Negara) dan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin), janganlah terus menyusahkan peniaga-peniaga ini, mereka semua ingin mencari rezeki yang halal.
“Biar kami usaha sendiri, bukannya mengharap bantuan dari kerajaan, kami tidak mahu duit, cuma mahu cari rezeki sendiri. Kita akan ikut SOP, kalau tidak samanlah kita, tutuplah kedai kita,” katanya. – MalaysiaGazette
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Wahai kapitalis Malaysia atau teman-teman mereka dari luar negara yang mengaut keuntungan di sini.. Samada yang pernah meminpin kerajaan atau tidak, termasuk bekas PM Malaysia.. Jenguklah ke atas kemiskinan rakyat, yang semakin mengcengkam ini.
Bukan asyik mengutuk konon 'malas' rakyat, sedangkan mereka mengaut rakus peluang untuk rakyat ke poket mereka dengan durjana dan biadap! Semoga akan terbongkar terus, kalau mereka yang beragama Islam, kemana harta hak rakyat yang ada dalam harta mereka, mereka agihkan?
Kerajaan digesa kaji balik umur persaraan wajib pekerja akibat Pendemik Covid 19.
ReplyDeleteKesan Pendemik Covid 19 kesemua sektor ekonomi terjejas teruk. Pengangguran bertambah, peluang kerja terjejas terutama golongan muda, ekonomi menguncup dan pendapatan negara terjejas teruk.
Ini lah masa kerajaan mengkaji semula tempoh persaraan wajib dari 60 tahun ke 55 tahun. Memberi peluang pada tenaga muda yg lebih inovatif untuk mengisi jawatan terutama sektor awam.
Tahap kesihatan rakyat semakin merudum dan rakyat terdedah dengan tekanan dan stres menjadi faktor utama golongan muda pun maut akibat serangan jantung apa lagi golongan sudah berumur.
Pengamal perubatan am, Dr Zubaidi Ahmad berkata, serangan sakit jantung bukan hanya dipengaruhi oleh faktor kesihatan seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan obesiti, bahkan stres telah dibuktikan berdasarkan penemuan baharu oleh pakar perubatan.
Dalam masa yang sama golongan muda adalah golongan celik IT. Golongan muda terdedah pada ilmu teknologi maklumat dan gabungan ketiga-tiga komponen komputer, komunikasi dan tahu-guna celik IT.
Golongan muda ini boleh meneroka idea idea baru, kreatif, berbakat dan mencipta banyak ruang ilmu baru dalam dunia IT kepada manusia dan organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan umumnya berjaya.
Oleh itu, logiknya, ketiga-tiga komponen dan tenaga muda ini tidak boleh dipisahkan apabila berbicara tentang teknologi maklumat pada golongan muda celik IT ini.
Bagi golongan vateran dan sudah berusia sekitar 50 hingga 55 golongan dibiarkan bertugas dengan keadaan tidak sihat, tahap kesihatan menurun dan bertambah teruk kerana mereka tidak selesa dan ini akan menjejaskan produktiviti perkhidmatan awam.
Kita tengok ada keluarga terpaksa hantar kakitangan awam yang sudah berusia ini dari jauh, ada yang naik kerusi roda datang pejabat, muka dalam keadaan tertekan dan stress.
Ini lah masa golongan muda celik IT ini mengisi kekosongan dalam era ledakan teknologi maklumat masa kini. Mereka kreatif dan boleh menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna, serta untuk menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, suara, animasi dan maya. Situasi 'work from home' banyak kelebihan pada golongan muda dalam era global IT.
Era Teknologi Maklumat dan komunikasi digital ini membolehkan individu atau kelompok individu bertukar data dan maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang tidak terbatas, dengan cepat.
Dari data KKM Seramai 45,684 orang daripada 32.4 juta rakyat negara ini menderita penyakit jantung koronari sehingga kini rakyat negara ini turut mencatat menghidap penyakit kardiovaskular pada usia yang jauh lebih muda.
Bayangkan bagi golongan yang sudah berusia lebih 55 ke atas masih melakukan beban kerja dipejabat dalam keadan kesihatan yamg tidak memuaskan.
Lebih membimbangkan, bilangan kematian akibat penyakit berkenaan meningkat hampir 100 peratus iaitu 18,267 kes direkodkan tahun lalu berbanding 9,371 pada 2010.
Perlu diketahui bahawa penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, darah tinggi, obesiti, hiperkolesterolemia tanpa kawalan dan gaya hidup yang tidak sihat adalah penyumbang utama peningkatan penyakit kardiovaskular.
Teknologi maklumat ialah satu alat utama dalam era meklumat yang digunakan untuk mencapai, menyimpan dan menyebarkan maklumat dalam era IT yang berbentuk digital boleh dikatakan sebagai sesuatu yang memberi kesan kepada cara seseorang berfikir. Ia terkandung di dalam mesej yang boleh disimpan, dicapai dan dimanipulasikan.
Oleh itu adalah lebih baik umur persaraan di kaji balik sehingga 55 tahun oleh kerajaan semasa pembentangan bajet tahun 2021 nanti. Pada golongan umur 50 ke atas masa untuk buat pengorbanan.