Lim Kit Siang kena marah bangkitkan keadilan untuk Beng Hock
PEMIMPIN kanan DAP Lim Kit Siang dimarah oleh pengikut Facebooknya selepas membangkitkan semua isu kematian Teoh Beng Hock.
Menurut mereka Kit Siang tidak mempunyai kredibiliti untuk menegakkan keadilan terhadap kematian Beng Hong kerana mengabaikan isu itu ketika DAP menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan selama 22 bulan.
Tegas mereka, Kit Siang dan DAP mempunyai banyak kelebihan untuk menyiasat kematian Beng Hock ketika berkuasa kerana Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Ketua Peguam Negara dilihat sebagai mesra kepada pentabiran Pakatan Harapan ketika itu.
“Semasa pemerintahaan PH selama 22 bulan. Apa yang telah anda semua lakukan untuk membawa pelakunya ke muka pengadilan dan sekarang anda mahu membawa kes itu sebagai sebahagian daripada agenda politik anda lagi,” sindir Steve Tung Lee.
Lim Kit Siang kena marah
“Anda mempunyai 22 bulan, anak lelaki anda adalah salah seorang individu yang paling berpengaruh dan berkuasa dalam kerajaan Malaysia waktu itu, Peguam Negara juga rapat dengan DAP, bolehkah saya bertanya apa yang telah anda lakukan?” persoal Yiip Shaun.
“Wah, 22 bulan dengan bos SPRM dan AG, anda tidak boleh membuka kes itu? Berhenti menggunakan namanya kerana kamu tidak melakukan apa-apa untuk dia ketika berkuasa. Berhenti mengguna namanya untuk kepentingan politik ini menjijikkan,” tegas Justin Tan.
“Saya berasa sedih dengan Beng Hock. Saya merasa sedih kerana anda terus menggunakan beliau untuk menghasut orang. Apa yang telah anda lakukan semasa PH diberi kuasa? Memalukan,” sindir Marvin Lee.
“Apa yang anda lakukan semasa mengambil alih pemerintahan? Menyerahkan TNG 30? Seharusnya anda dapatkan keadilan ketika itu,” kata Sravanan Chingambaram.
“Kit Siang saya menghormati awak sebelum ini… tapi kadang-kadang lebih baik tutup mulut. Apa yang PH buat selama ini? Jangan kata 22 bulan tidak cukup untuk mengambil tindakan terhadap kesalahan lebih dari 60 tahun! Yang benar adalah tidak ada apa telah anda lakukan kecuali memperjuangkan kedudukan dan pertengkaran antara parti. Jadi diam. Rasa begitu muak,” luah Timothy Tws.
Dalam hantaran kira-kira 12 jam lalu, Kit Siang dengan tanda pagar ‘kerajaangagal180’ menulis, ‘Selagi keadilan tidak ditegakkan dalam kes Teoh Beng Hock, Malaysia belum menjadi negara normal. Artikel tersebut dimuatkan di blognya.
Beng Hock ditemukan mati pada 16 Julai 2009 di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 bangunan sama. SM
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Cakap berdegar-degar, ekor bergelumang dengan tahi.. Itulah PH/DAP.
Ikutilah siri-siri terkini kes rogol berikut..
Rogol 1:Pasngan Suami-Isteri rogol gadis di Bukit Tinggi. Rogol 2: Dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan. Rogol 3: Budak 10 tahun didapati hamil di Sarawak.... Rogol 4: Babitkan wanita kasta rendah di India. Rogol 5: Bukti Gagalnya Barat. Perancis X dapat Me... Rogol 6: Persundalan Elit. Pengasas Sugarbook dita... Rogol 7: Kes Rogol ADUN Tronoh. Esok sambung lagi. Rogol 7 (i): ADUN Tronoh. 2 kesan koyakan baharu p... Rogol 8: Da'i, rogol + setubuh di luar tabii. Rogol 9: Serah bukti dakwaan ADUN Gombak Setia ja... Rogol 7 (ii): ADUN DAP Tronoh, 2 saksi beri keter... Rogol 7 (iii): 2 saksi terlindung selesai..
4 comments:
Pemimpin PAS, umno dan bersatu patut ambil pengajaran dari perkara ini terutama untuk kes adib. Walau aku penyokong pas, tapi yg tak betul wajib di tegur dan siingatkan
22 BULAN BERKUASA TEO BENG HOCK TOKONG KENA MARAH
22 BULAN ATOK BERKUASA JHO LOW LESAP TERUS
AKU INGAT BANGSA JO LOW JER BANGANGKAN ATOK HARAMJADAH
BANGSA JHO LO JUGA HANTAM TOKONG KASI HANGUS
KIKIKIKI... APA APA PUN ATOK LAGI TRUK KENA MAIN SAMA JHO LOW , SAMPAI BARUA ATOK KATA JHO LOW JADI BERUANG...
#HAAHHHTEPOKKKK
Sampaikan walau 1 ayat.
Jika saya buat perbandingan, saya tidak akan ambil contoh dari sejarah Komunis Sosialis Russia menentang Nazi German, tetapi saya akan ambil perbandingan daripada perjuangan umat Islam Sunni menentang Tartar. Penulisan saya mungkin begini,
“Ayuh kita atur strategi bersama kalahkan Covid sepertimana pasukan Mamalik mengalahkan tentera Mongul dalam the Battle Of Ain Jalut. Lupakan perbezaan ke arah persamaan, seperti Ruknuddin Bebars sanggup melupakan perselisihan dengan Saifuddin Qutuz demi menghadapi tentera-tentera Tatar. Bentuk kekuatan demi rakyat dan negara.”
#StayUnitedStaySafe
Kami di PKR tidak ada kepimpinan ulama’ sebab itu kami suka belajar, kaji dan merujuk kepada Sirah dan Sejarah Islam. 😁
Post a Comment