Kit Siang jangan ‘main api’ – Dr Khairuddin
KUALA LUMPUR: “Jangan bermain dengan api wahai orang tua. Sila mohon maaf dan betulkan kenyataan anda segera,” selar Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Beliau berkata demikian merujuk kepada satu hantaran Facebook Kit Siang sebelum ini yang secara jelas menghina terma ‘kerajaan Allah’ yang dipetik melalui kenyataan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Kata Khairuddin, walaupun terdapat kemungkinan bahawa Kit Siang masih belum memahami maksud kerajaan Allah disebabkan kegagalannya mendalami bahasa Malaysia, namun Khairudin juga tidak mengenepikan kemungkinan Kit Siang sengaja berbuat demikian.
“Mungkin kerana ‘gagap’ bahasa Malaysia walaupun setelah berpuluh tahun menjadi rakyat Malaysia sehingga ke usia lanjut beliau tidak faham maksud ‘kerajaan Allah’ dalam tulisan Presiden PAS, atau sememangnya dengan niat dan sengaja menghina apa sahaja berkaitan Islam?” soal Khairuddin.
Terdahulu, Presiden PAS secara terang berbicara mengenai hakikat yang berbalik perihal keimanan atas keyakinan dan ketentuan bahawa hanya Allah SWT yang mampu menghilangkan penyakit serta mengabulkan segenap ikhtiar manusia.
Kenyataan asal Presiden PAS itu juga menyebut, hanya kerajaan Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Sempurna boleh menghapuskan wabak ini pada bila-bila masa, adapun kerajaan manusia tetap menghadapi kekurangan dan kelemahan, serta wajib melakukan muhasabah bagi menampung kekurangan tersebut.
Namun begitu, Lim Kit Siang kemudiannya telah menyeleweng dan mempersenda serta meremehkan ‘keimanan’ umat Islam dengan menulis:
“If ‘Allah’s government’ is the best form of government in Covid-19 pandemic, why Malaysia is the last in the Economist’s global normalcy index losing out to countries none of which can claim to be ‘Allah’s government’.”
Bagaimanapun status Kit Siang itu tidak berapa lama kemudian dipadam selepas statusnya itu mengundang kecaman pengguna media sosial yang menyifatkan Kit Siang tidak memahami maksud sebenar ‘kerajaan Allah’ yang disampaikan Tuan Guru Abdul Hadi sehingga menyeleweng maksud sebenar. – HARAKAHDAILY 6/7/2021
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagaimanapun status Kit Siang itu tidak berapa lama kemudian dipadam selepas statusnya itu mengundang kecaman pengguna media sosial yang menyifatkan Kit Siang tidak memahami maksud sebenar ‘kerajaan Allah’.
Kalau tak tahu, belajar le. Dan minta maaf atas kesilapan. Yang sedihnya pengikut atau baruanya Melayu Islam, nak ikut pemimpinnya sampai ke akhirat? Kesian, semoga Allah SWT bukakan hidayah untuk mereka..
No comments:
Post a Comment