Monday, July 19, 2021

Kuasa individu terlalu besar dikhuatiri buka jalan ketidakcekapan tadbir urus TH

 

‘Beri kepercayaan kepada saya, Tengku Zafrul dan kerajaan tambah baik TH’ – Zulkifli

Model baharu pengoperasian Tabung Haji (TH) kelak perlu dilaksanakan dengan jujur, amanah dan berintegriti memandangkan agensi itu diamanahkan menjaga wang lebih 8.3 juta pendeposit.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, pemusatan kuasa yang terlalu besar oleh individu atau pihak ke atas TH dikhuatiri boleh membuka jalan kepada ketidakcekapan tadbir urus.

Beliau berkata, mengikut Seksyen 10 Akta Tabung Haji 1995, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mempunyai kuasa ke atas TH terutama dari segi operasi dan penyelarasan jemaah haji.

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) juga akan terus kekal sebagai menteri bertanggungjawab bagi TH untuk memastikan hak umat Islam dan bakal jemaah haji terpelihara.

“Pengawalseliaan Bank Negara Malaysia (BNM) ke atas TH sama sekali tidak akan menghakis hak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan umat Islam ke atas TH,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini hari ini.

Katanya, setiap institusi kewangan yang dikawal selia BNM mempunyai model pengurusan berbeza, malah boleh mengekalkan punca kuasa sedia ada seperti Bank Rakyat yang masih di bawah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi walaupun dikawal selia BNM.

Zulkifli berkata, beliau berharap agar semua umat Islam dapat memberikan kepercayaan kepadanya, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz serta kerajaan bagi melaksanakan penambahbaikan ke atas TH.

Justeru katanya, kawal selia daripada badan yang berkepakaran seperti BNM adalah bagi memastikan TH kekal pada landasannya.

“Pelaksanaan Model Baharu Operasi TH ini adalah menambah baik tadbir urus dan model perniagaan TH.

“Ini bagi memastikan TH sentiasa mampan dalam menguruskan ibadah haji umat Islam di samping menguruskan perniagaan dan pelaburan yang mampu memberikan potensi pulangan baik untuk pendeposit,” katanya.

Katanya, cadangan penambahbaikan pengurusan dan operasi TH penting bagi menjunjung nilai integriti dan tadbir urus yang baik berasaskan lapan prinsip utama digariskan Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu untuk Asia dan Pasifik (UNESCAP).

(Visited 35 times, 35 visits today)


Peringatan: 
Awas, Melayu/Bumiputra/Islam jangan ditipu lagi..

Berikut ialah senarai 15 hujah dan bukti bahawa DAP sememangnya menentang Islam dan kedudukan istimewa Melayu-bumiputera, juga kepentingan berkaitan bahasa Melayu dan raja-raja Melayu yang menjadi tunggak utama Perlembagaan Malaysia.

Malah, DAP sudah cukup terkenal dengan kelantangan celupar dan biadab, memperlekeh, mempertikai, memprovokasi serta campur tangan terhadap hal-ehwal, institusi dan tokoh Islam.

1. Mufti Pahang, Dr Abdul Rahman Osman, sewaktu mempertahankan kandungan khutbah Aidiladha yang dikeluarkan Jabatan Mufti Pahang menyebut mengenai campur tangan DAP terhadap hal ehwal Islam seperti pelaksanaan hudud di Kelantan. Malah, tokoh DAP, Karpal Singh, cukup terkenal dengan kata-katanya, “an Islamic state over my dead body”.

2. Perlembagaan DAP jelas menyebut dalam Perkara 2 matlamat-matlamat DAP ialah untuk “mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal”.

3. Perkara 3(1) Perlembagaan Malaysia menyebut bahawa “Islam ialah agama bagi Persekutuan”. Namun, dalam Perlembagaan DAP pada Perkara 3 Matlamat-matlamat DAP hanya menyatakan “mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi yang merangkumi kebebasan pelbagai agama”.

4. Sheikh Omar Ali, Pegawai Khas Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, pada 8 September 2015 menulis: “Bagi DAP, urusan beragama adalah bersabit seorang hamba dengan Tuhannya”. Pegangan DAP yang membataskan urusan beragama kepada soal peribadi ini bercanggah dengan definisi Islam, iaitu satu cara hidup.

5. Penentangan DAP terhadap cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (RUU355) dengan pelbagai alasan. Sedangkan ia sekadar mahu meningkatkan kadar hukuman yang boleh dikenakan ke atas penganut Islam atas kesalahan syariah sahaja.

6. DAP juga memiliki rekod membentak dan ingkar kepada raja-raja Melayu. Antaranya mengenai isu pelantikan Menteri Besar Perak apabila Lim Kit Siang menyeru agar Adun DAP memboikot upacara mengangkat sumpah kerana tidak setuju perkenan Almarhum Sultan Azlan Shah yang melantik Adun PAS sebagai Menteri Besar pada 2008. DAP juga mengundang murka Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 2014 apabila enggan mengemukakan lebih daripada dua nama untuk calon Menteri Besar Selangor susulan Langkah Kajang. Ini tidak termasuk banyaknya lagi celupar pro-DAP terhadap institusi Istana.

7. Lim Kit Siang menuduh khutbah Jumaat disediakan Jakim sebagai menyebarkan kebencian dan mencabar usaha ke arah keharmonian. Pengerusi Wanita DAP, Chong Eng, pula mengkritik khutbah Jumaat berkait kewajiban wanita Muslim menutup aurat. Timbalan Setiausaha Agung DAP, Dr P Ramasamy, pula pernah menggelar pendakwah Islam, Dr Zakir Naik sebagai ‘syaitan’.

8. Dalam isu laungan azan dan bacaan ayat al-Quran, Dr Tan Seng Giaw telah mempersoalkan di Dewan Rakyat pada 27 Sept 2005 keperluan melaungkan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara yang dikatakan mengganggu penganut bukan Islam, terutama pada waktu Subuh. Antara disebut beliau, “bahkan juga 1,500 tahun yang lampau mana ada pembesar suara?”

9. Dalam isu solat hajat, Teresa Kok mempersoalkan dalam Facebook beliau pada 22 Julai 2016 kewajaran Exco Hal Ehwal Agama Selangor dari PAS, Dr Ahmad Yunus Hairi, mengarahkan agar semua masjid di seluruh negeri mengadakan solat hajat untuk memohon ke hadrat Allah agar konsert Selena Gomez di Stadium Melawati, Shah Alam pada 25 Julai dibatalkan.

10. Dalam isu umrah di Makkah, pemimpin DAP Melaka, Damian Yeo Shen Li, mempersoalkan sama ada dosa penganut Islam terhapus bila menjejakkan kaki ke Makkah. Sindiran sama juga telah disuarakan oleh pemimpin DAP Johor, Suppiah Ramakrishnan, dalam muka buku beliau pada Mac 2016 walaupun ia kemudiannya dipadamkan.

11. Dalam isu aurat, Nga Kor Ming menyindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam sambil menyifatkan seorang pemimpin Umno Pulau Pinang, Ahmad Darus, yang mencadangkan dalam Perhimpunan Agung Umno 2015 supaya pramugari MAS memakai pakaian yang menutup aurat sebagai "pemimpin Melayu otak cacat".

12. Dalam isu murtad, Ngeh Koo Ham mengeluarkan kenyataan pada 7 Jun 2014, yang diikuti ucapan sama di Dewan Rakyat pada 11 Jun 2014, supaya umat Islam diberikan kebebasan untuk keluar dari Islam. Kata beliau, umat Islam mestilah menerima hakikat bahawa jika seseorang Islam atas kehendaknya sendiri mahu keluar dari Islam dia mestilah dibenarkan berbuat demikian.

13. Pemisahan DAP dari semua pakatan politik yang pernah disertainya, iaitu Gagasan Rakyat pada Jan 1995, Barisan Alternatif pada Sept 2001 dan Pakatan Rakyat pada Jun 2015 kesemuanya berpunca dari ketidaksetujuannya terhadap perjuangan Islam PAS.

14. Deklarasi Setapak DAP menyatakan, “kesamarataan etnik harus menjadi prinsip paling penting, dan di atas prinsip inilah pengasingan rakyat ke dalam dua kelompok bumiputera dan bukan bumiputera ditentang”.

15. Kuat menyuarakan supaya Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) diratifikasi.

Ini merupakan sebahagian daripada banyaknya lagi hujah dan fakta serta senarai panjang mengenai DAP dalam isu ini. 

(IH)

2 comments:

Anonymous said...

Senarai kenapa patut ditolak kerajaan PH yang disokong oleh barua barua Melayu yang bersekongkol dengan PH

Pakatan Harapan gunakan kuasa sepenuh bila menang PRU14:

1)Pecat 17 ribu kaki tangan kontrak.
2)Hapuskan JASA,BTN,SPAD.
3)Pindahkan asset TH 19b ke sykt bawah MOF.
4)Wujudkan Petugas Khas Wan Ji dan gang utk kaji pendidikan Islam & yg bukan Islam boleh bagi pendapat.
5)Jual asset LTAT
6)76% asset ladang TH dijual dan dlm proses.
7)Gugurkan semua dakwaan melibatkan orang mereka. LTTE, kes Terowong, Pembelian Rumah bawah harga pasaran
8)Beri bantuan pada sekolah swasta dan kolej Cina yang berkiblat ke Taiwan dan guna sijil UEC.
9)Potong peruntukan sekolah kebangsaan lebih dari RM500 juta.
10)Jual asset ladang gula Felda.
11)Jual asset strategik Khazanah.
12)Batalkan peruntukan 2.5b untuk bina sekolah di Sabah dan Sarawak
13)Mahu hapuskan elaun kritikal dan pencen Penjawat Awam.
14)Program PLKN dibatalkan.
15)Wujudkan Tabung Harapan dan lesapkan kutipan lebih RM200 juta.
16)Ganti GST dgn SST yg penuh dengan ketirisan.
17)Refund cukai pada pengelak cukai.
18)Pecat 45k kakitangan pencuci dan sekuriti sekolah yang melibatkan lebih 1600 sykt.
19)Program untuk kurangkan Penjawat Awam sebanyak 5%.
20)Hapuskan unit STAGG,STING,STFOC PDRM.
21)PH menjual 12 strategic assets worth RM25.6 billion, including IHH Berhad (RM8.42 billion), Sapura Upstream (RM3.7 bililon), Acibadem Sigort (RM1.25 billion), Telco M1 (RM1.65 billion), TNB shares (RM1.05 bililon), Boustead Plantation (RM1.2 bililon), Axiata Digital (RM0.579 bililon), BDO Unibank (RM0.415 bililon), CIMB (RM0.364 billion), Royale Chulan Hotel (RM0.197 bililon) and the Hong Kong Consulate building, sold to a buyer from China (RM1.6 billion).
22) Bailout kedai roti The Loft 10 juta dan dihadiahkan Bandar Malaysia pada tokey Cina bernilai RM20 bilion.
23) Tun semasa jadi PM kerajaan PH beri percuma Pulau Batu Putih pada Singapura sedangkan ada bukti bersurat milik negara

Semua ini melibatkan kepentingan Islam Melayu dan Bumiputera dijarah dan dicairkan sehabis mungkin.

Bayangkan dengan hanya seorang bernama Jho Low sahaja pemimpin ultra Melayu sesama Melayu berantakan dan bergadoh tiada penghujung. Sampai sekarang Jho Low lesap sambil tepok tangan saksikan kebangangan pemimpin Melayu berantakan.

Tiada satu pun Parti Politik Bangsa Jho Low mengutuk perbuatan Jho Low. Malah mereka mengangkat Jho Low sebagai pejuang yang berjaya menghancurkan orang Melayu supaya bercakaran sampai bila bila.

Kau orang Melayu serik serik lagi ke kena main dengan Bangsa Jho Low ini..!?

Masih ada juga Melayu yang buta mata terkinja kinja riang ria kena bodoh bangang oleh bangsa Jho Low ini

Muhasabah lah sahabat2.... bagi la fakta stastik angka bukti broo..

#bawakotakbukanpisau

Anonymous said...

Dalam masa 10 lagi klu ada otak Melayu jenis tak kisah pasal fakta yg mana fakta tak penting .... mmmm sah anak cucu nanti kencing berdiri kat atas kubo nnnti...

22 tahun 22 main sentimen fitnah persepsi... trial by media penyamun, pencuri dsb nya mahkamah masih ada banyak lagi bersidang...

murah sungguh harga Melayu ni kan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails